Thursday, March 12, 2015

Minggu ke 32

Assalamualaikum

Third trimester sudah. Lama tak update apa-apa dalam ni. Banyak sebenarnya nak update tapi tiap-tiap hari busy nak settle kan semua handover sebelum officially bersalin. Dalam pada tu, sempat jugak lah heret suami cari barang persediaan confinement aku. Aku ni pulak jenis selagi tak complete selagi tu lah rasa ada benda tak siap.

Sekarang check up dah 2 minggu sekali. Macam biasalah. Nanti masuk 9 bulan check up every weeks pulak. Air gula dah minum. Alhamdulillah aku tak de masalah gestational diabetes. Kalau tak, masaklah nak kena ambik darah..

Kali ni aku buat jugak 3D scan dengan sonographer Ms Jezlyn. Comel je orangnya.. well recommended. RM120 dapat sekeping gmbar 3D, CD gambar dan video sepanjang scan dibuat. Mula-mula malas jugak nak buat tapi aku fikir maybe ni last aku pregnant ke apa kan.. buat jelah haha..

Trimester ketiga ni ada harinya aku macam bertenaga sangat, ada hari totally flat sampai rasa tak nak buat apa-apa langsung. Morning sickness pulak sama je macam first pregnancy dulu. Dalam sebulan ni ada jugak harinya aku termuntah pagi-pagi dalam 2 ke 3 kali sebulan macam tu. Ingatkan dah hujung-hujung ni takde dah.

Set bersalin kali ni aku beli set Nona Roguy. Aku ni jenis suka benda tradisional macam ni. Aku suka bau jamu segala. Tengah pregnant ni pun aku suka mandi guna scrub mustika ratu dengan lulur susu segala.. Lepas tu sental dengan berus mandi tu peh segar bugar lepas mandi. Tak bukak pun lagi set bersalin ni. The main reason aku beli sebab review orang cakap tak kena sembelit makan pil dia so aku try lah considering masalah aku yang utama masa berpantang dulu tu .. hermmm...



Antara yang dah ready :

Set bersalin NR, D herbs minyak kelapa dara n feminine wash, bengkung tambahan (walaupun dah ada Leesa Formula bengkung masa confinement lepas), bio oil yang aku gigih dok sapu untuk elak stretchmark bertambah teruk, minyak angin geliga (suka bau dia), last but not least losyen mustajab. Aku nak cari manjakani tapi seller tu suruh try pil manjakani jamu mak dara so ambik jelah.. Tak sabar nak pantang haha.. rindu dilayan bak puteri kengkononnn..




Selain tu aku beli jugak tungku letrik, sauna belt (lazada), bengkung moden (lazada), pad maternity dengan overnite (dua-dua kotex) sebab last time pakai madame tak ngam lah macam tak secure.. Hopefully ni ok.

List hospital bag mommy
Hair dryer
sweater
tudung express
kain batik
towel
stokin
minyak angin (lepas bersalin)
travel toiletries
disposable panties
nursing cover
maternity pad
barut (kalau rajin)
nursing pillow (untuk duduk dalam kereta balik rumah)
selipar jepun
tungku letrik


Lain-lain kalau terfikir nanti update balik. Cheriooo!

Sunday, January 25, 2015

Prepping for the bun in the oven

I'm soo lazy to blog about mommy checklist ahaha... Last time aku guna Leesa Formula and fully utilised all the items. Macam aku cakapla, aku suka sangat ginger cream dia. Kali ni nak try set NR tapi rasa-rasanya macam nak beli ala carte ginger cream Leesa Formula hihi.. I miss the smell..

Aku pernah mengomel pasal sembelit masa berpantang last time. Kali ni, tidak lagi. Seriously item wajib ada bagi aku yang amat-amat penting ialah Duphalac dan berbondong-bondong enema. Sekarang baru 26th weeks, still long way to go hopefully. Barang baby shouldve crossed the list already, barang mommy ape lah sangat. Ngeh..

Barang keperluan berpantang
Maternity pad/ Overnight pad
Disposable panties
Nursing cover
Nursing bra
Minyak urut
Tungku
Stokin, sweater
Hairdryer (untuk keringkan luka bawah, yes I use this!)
Slipper
Breast pad
Set berpantang
Barut
Mandian herba

Kebanyakan barang dah ada masa berpantang anak pertama dulu. Macam barut, sweater, stokin, panties semua tu. Jadi tak banyak yang perlu get ready kali ni. Cuma aku fokus nak ambik set berpantang dengan breastpump je..

What have I done in the past weeks?









Menyelesaikan semua shopping spree sebelum diri ini tak larat nak mengusung badan membeli benda-benda ni semua. Sekarang pun dah rasa macam nak tercabut tulang punggung ni. Adoi.. Kalau dah sarat habislah. Lesson learnt masa past pregnancy. No more last minutes prepping.

Sekarang fokus baca balik buku You Having a Baby by Dr Mehmet Oz yang glemer dalam Oprah tu. Ada jugak certain benda yang takde dalam list terbeli jugak. Adatlah kan. Macam beli medela swing maxi tu ada beberapa pakej boleh pilih. Since semua benda aku dah beli, so aku opt to take baby carrier dengan hands free breast pump bra as their free gift. Hands free bra tu pun mahal jugak kalau nak beli. Walaupun tak terfikir pun sebelum ni hehe..

Rompers aku beli kat Kenanga wholesale city jer. Satu pek ada 5 helai. Aku beli 2 pek 10 helai cuma RM50. Kebanyakan barang baby beli masa expo Sogo hari tu. Sangat berbaloi lah kot nama pun baby expo. Yang last aku beli breastpump with all the free gifts, avent starter kit (paten lama pun lantaklah sana asal menang di poket sendiri ahahah), diaper bag, lotion halau nyamuk semua beli kat PWTC baby expo. Sangat worth every penny lah aku rasa.

The end~


Newborn checklist

Assalamualaikum..

Nak menyambut orang baru ni memang excited, be it anak kedua ke so on and so forth, persediaannya tetap rancak macam biasa cuma kali ni lebih bijak memilih apa yang perlu dan tak perlu sebab dah ada sikit pengalaman.

Ni checklist aku. Actually ada buat dalam excel spreadsheet sebab lagi senang buat budgetted cost and actual cost so that takde lah terlebih membazir. Boleh keep track on items yang tak beli lagi summore. :)

Sekarang dah almost 26th weeks, boleh dikatakan semua barang keperluan baby dah disediakan. Laa.. sangat. This is based on my checklist la sebenarnya sebab maybe keperluan lain parents lain-lain kan.

Senarai barang baby baru lahir
Bakul baju baby
Baju tidur panjang
Baju lengan pendek
Baju lubang-lubang
Rompers
Bib
Barut
Bedung baby
Towel
Sapu tangan
Stokin, mittens & booties
Detergent baby untuk cuci baju

Grooming
Tungku baby
Changing mat
Wet tissue
Botol spray
Baby bath, baby shampoo, lotion,
Baby oil - sleeping
Minyak telon
Nappy rash cream
Vicks
Ubat cuci pusat
Grooming kit (ketip kuku, brush, sikat)
Cotton buds & cotton ball

Feeding
Botol susu
Pacifier
Pencuci botol

Others
Termometer
Diaper bag


Memandangkan anak pertama aku tak kisah pasal botol, so aku assume yang nombor dua ni pun maybe sama la kot. Ada certain babies yang tak serasi dengan botol, so kena try and error. Jadi, untuk kes macam ni beli set botol starter pack terus maybe akan jadi satu bentuk pembaziran pulak. Tak perlu beli banyak2 sekali gus.

Then ada jugak certain babies yang ada kulit sensitive. Jadi untuk mandian maybe kena beli set khas untuk snsitif skin macam buds, sebamed dll yang agak mahal. Maybe boleh try travelling pack dulu untuk tahu baby serasi ke tak dengan jenama lain yang popular macam pureen, johnson baby etc.

Mittens & booties pulak memang banyak yang comel2.Tapi tak perlu beli terlalu banyak sebab by the time 3 bulan mittens tu dah tak pakai sangat sebab nak bagi baby familiar dengan saraf motor tangan dia etc. Tapi kalau stokin and barut tu okey lah beli lebih sikit sebab at least sampai umur setahun boleh pakai lagi.

Tu jelah yang terlintas sekarang. Next new mom checklist pulak.

Daa~

Wednesday, December 24, 2014

Simptom mengandung anak kedua

Anak nak masuk dua yaw.. boleh crossed salah satu wish list aku sebelum cecah 3series hehe.. Ni jelah antara simptom yang aku hadapi masa pregnancy kali ni.

1) Antara yang ketara banyak kahak. I hate spitting tengok orang spit merata-rata pun macam eiii gross nak mampus. Tapi tulah, benda yang tak suka memang selalu datang pon. Masa pregnant kali ni sedia la plastik whatsoever untuk buang lendir-lendir tak berkenaan tu. -sorry if it sounds disturbing- oh my!

2) Tak suka ayam. Prefer steak berbanding chicken chop. Obviously lah sebab dah cakap tak suka ayam kan. Tapi masuk 5 bulan dah boleh makan ayam la cuma kalau ada benda lain memang tak prefer.

3) Yup, ada morning sickness tapi cuma 3 bulan pertama. Tu pun mild je tak delah sampai dehydrated ke apa. Boleh kira dengan jari lah berapa kali je muntah masa pregnancy kali ni.

4) Lapar selalu. Makan macam monster lepas dah habis fasa morning sickness. Monthly check up baru 5 bulan dah naik 4kg! Kesannya aku kena minum air gula next check up. Choy!

5) Tiba-tiba suka nak pakai barang kemas. Sebelum ni memang aku simpan je gelang ke rantai tak pakai pun sebab rimas. Tapi masa pregnant ni aku suruh husband beli gelang emas ko.. Tak penah-penah sampai husband aku pun pelik. Layan jelah craving bini dia ni. Nak buat macam mana dah aku asyik menyanyi-nyanyi. Hehe..

6) Suka makan asam. Pelik eh sebab sebelum ni aku tengok mangga muda pun seram sebab dah terbayang masam macam mana. Aku tak suka asam sebab taknak otak kecut. Tah dari kecik aku rasa kalau makan asam nanti otak kecut. Ngeng.

7) Baby ni suka duduk belah kiri perut je tak tau lah sebab apa. Belah kanan rasa kosong. Pelik ke eh?

Selain dari yang kat atas ni, perubahan kat diri aku pulak tak delah apa sangat pun. dah 21 weeks pregnant pun masih takde baby bump yang ketara. Sekarang ni fasa confuse buncit ke pregnant. Hadoii... Cumanye kalau mood rajin aku datang habis satu rumah aku kemas lepastu sakit segala sendi punggung time nak berjalan. Seksa sungguh.

Dah scan baby dan insyaallah it's a Boy! Orang kata naluri ibu selalu betul tapi malangnya aku rasa aku takde naluri apa2 pun nak predict gender baby so better buat scan jelah kan. Tapi ada je yang scan lain keluar lain. Apa pun Alhamdulillah... Get to smell bau syurga again. Till then!

Friday, September 12, 2014

Tips lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan awam

Disclaimer : Entry would be a bit lengthy. This tips is based on my own experience. Four times manual exams and one time online exam, all passed. I wouldn't take any responsibilities for those who failed even after reading my tips. Kekeke.. :p

Sebab SPA no longer buat manual exams nowadays, aku cerita secara brief jelah pasal manual exams ni. Sebenarnya bagi aku manual exam lagi lah susah berbanding online exam sebab tak silap aku ada 5 paper. Dari pagi sampai ke petang baru siap. Keluar je hall memang rasa ting tong skek. Hahaha.. Ni senarai paper and brief explaination pasal paper2 ni :
  1. Pengetahuan Am
  • Berkisar isu semasa, pengetahuan am yang biasa. Kadang-kadang ada jugak soalan pasal sistem komputer, pasal law terms sukan, etc.
  • Contoh : Siapa pelumba basikal negara? Tahun berapa Sukan Komanwel diadakan? Kacang jer kan... Ada jugaklah yang susah sampai tak terfikir dek akal. Malas nak fikir.
  1. Daya Penyelesaian Masalah
  • Ini soalan matematik. Bukan add math pun. Kira okey lah cuma kalau tak laju memang tak cukup masa. Masa memang sangat berharga time ni. Tau term perimeter, basic2 macam sudut 360 darjah total pun oklah. Ada algebra sikit2. Ada jugak soalan macam soalan PTS, soalan logik dsb. Kalau exam untuk akauntan ke, kastam ke.. kira susut nilai/depreciation tu normal lah. Note that manual exam TAK BOLEH GUNA KALKULATOR -_-
  1. Paper English/BM 
  • Ni senang. Soalan objektif jer. Bagi petikan, lepastu ada soalan ko paham ke tidakk petikan tu. Cam soalan darjah 6 bolehhh?? Tak delah. Ada je pusing sket2 kena pikir sket2 tapi rilex sket lah buat paper ni.
  1. Esei Bahasa Melayu
  • Ada 5 tajuk. Pilih satu untuk digoreng.
  1. Esei Bahasa Inggeris
  • Sama macam esei BM. 

Ok, enough pasal manual exam. Sekarang SPA dah canggih ok. Pakai online jer. Online ok jugak cuma ada la sikit2 flaw yang maybe boleh diperbaiki. Contohnya SPA tak boleh verify betol ke calon exam sebenar yang ambik exam. Mana tau orang lain yang ambikkan so tak adil lah persaingan di situ. Lagi satu, bila buat online kat rumah Mr. Google memang available je kan. Tak tau term, google. So, macam no point jugaklah sebab bagi aku ujian sebenar bila buat online ni cuma kat daya penyelesaian masalah je. Math exam manual sebenarnya tak boleh guna kalkulator, tapi kalau dah kat rumah, bodoh la kan tak guna kalkulator. Tu jela kot flaw yang significant sekarang. Haha sori..


Mari aku terangkan secara ringkas tentang online exam. Basically online exam ada 3 paper sahaja which are:

  1. Pengetahuan Am
  2. Daya Penyelesaian Masalah
  3. Ujian Psikometrik
  • Yang dua di atas aku dah terangkan sebelum ni. Apa itu ujian psikometrik? Ujian ni takde jawapan yang betul or salah. Cuma jawab dengan jujur baru boleh nilai kau orang yang jenis macam mana. Contohnya? Nasihat ibu bapa adalah elemen penting dalam keputusan yang saya buat. (Ya/Tidak/Tak Pasti). Ada kalanya saya mengumpat bila ada masa terluang (Ya/Tidak/Tidak Pasti). Jawab ler.. 

LETS CONTINUE UNTUK TIPS LULUS EXAM

1) Baca paper, dengar berita. 
  • Walaupun tak de masa, dalam kereta boleh dengar radio Bernama 24 frekuensi 93.9 area Lembah Klang. Buat masa ni radio ni cuma available di KL dan Johor je tak silap aku. Aku suka radio ni sebab everyday update isu semasa, ada perbincangan politik, isu kepenggunaan, basically boleh tune telinga dengar benda2 yang ilmiah sikit dari benda merepek2 je kan. Sekurang-kurangnya isu semasa sentiasa update. Bukan esok exam, iv, hari ni baru dengar. No! No! Tapi nak lagi baik, baca lah paper. Update sket ok.
2) Soalan matematik
  • Jawab laju2. Bagi aku, penentu lulus ke tak banyak bergantung kat Seksyen ni. Sebab tak semua orang boleh habis on time. So, bila dapat habis ontime, and yakin jawapan dah betul, peluang lulus tu tinggi. 
  • Jawab soalan yang ada jawapan jitu (precise?)dulu. Yang perlukan kemahiran logik yang agak tinggi tinggalkan dulu. Contohnya : gambarajah apa yang patut ada selepas gambarajah ini..? Ni jenis soalan PTS yang memang memerlukan calon tenung soalan tu lama untuk dapat jawapan. So bila yang dah jawab soalan yang memang boleh diyakini jawapan tu, barulah jawab soalan jenis logik pulak.
  • LAJU LAJU LAJU
  • Paham konsep. Ni sudut pun tak tahu memang susah la nak jawab. Sesaran, jarak tu apa? Diameter, Perimeter, sudut hexagon, kiraan masa, unit, banyak lah konsep asas kena tau sebab nak kira tentunya perlu paham konsep. Tapi aku yakin semua orang tahu benda ni kan.
3) Ujian psikometrik. 
  • Kalau soalan macam ni : Saya tidak pernah ponteng kerja (Ya/Tidak/Tidak Pasti). Kalau jawapan Ya, bermaksud awak memang rajin, tak pernah ponteng kerja. Kalau jawapan Tidak, maksudnya, awak ni tak setuju dengan pernyataan di atas, yang membawa maksud, awak memang pernah ponteng kerja.
  • Elakkan jawab Tidak Pasti.
4) Guna unifi/streamyx, laptop
  • Untuk elakkan masalah jawab exam online, guna laptop instead of tablet atau smartphone masa jawab exam. Maybe boleh, tapi lebih baik jangan ambil risiko. Sebab bukan tiap-tiap hari SPA buat pangiilan exam tau. Jadi, jangan la sia-siakan peluang sebab masalah remeh temeh macam ni. 
5) Selalu refresh kalau jawapan tak lekat. 
  • Refresh lah kalau ada masa. Ada jugak masanya bila refresh tiba-tiba langsung tak ada satu pun jawapan yang lekat. Jangan risau, refresh je banyak2 kali. Insyaallah kalau betul dah jawab, semua soalan akan keluar lampu hijau.

Ok lah tu jela setakat ni. Yang penting, Usaha, Doa, Tawakal. Amin... Doakan aku next iv. 


Wednesday, September 3, 2014

Korean treat

A good friend of mine just came back from Korea today. Knowing my love for those skincare and makeups, she gave me a little Korean treat which I love....



Emm.. should everything involve snails?? I'm not sure, but seeing those Koreans flawless glowing skin texture, they might found something that is good for the skin by using the snails extract. Same thing like the Japanese with their miracle pitera effects..

Thanks love. I love snails haha.


I'm pregnant....... again

Just finished The Gatecrasher by Madeline Wickham a.k.a Sophie Kinsella. Good storyline but I quite unsure that I like the ending. Anyway, this had been a very long weekend with National Day celebration so on and so forth. Thing is... suppose my red flag appear last week, which means by the time my husband came down to KL, red flag should be over. However.... until now still no signs for it to come. And that's what made me think that I might be pregnant.

So yesterday, my husband and I, both decided to run a test. Quickly bought the cheapest test kit and after a while, the results appear but the second line seems to be a little bit blurry. So, I guess there will be a big questionmark to both of us until tomorrow. Then without any confirmation regarding the 'pregnancy thingy' I send off my husband to the airport.

This morning, I sneak out from the office around 10am to buy that that digital clearblue pregnancy test from Guardian and the result is....




We are about 2-3 weeks pregnant. I did not realise that we are this fertile but who knows.... considering the 'bunting pelamin' with the first one. This is really..... unpredictable. A bit overwhelm but alhamdulillah to the most gracious Allah for this rezeki.

Just that hopefully I can carry this one until full term and really hope that she/he would be a healthy baby and all. Alhamdulillah.