Showing posts with label Getaways. Show all posts
Showing posts with label Getaways. Show all posts

Sunday, November 28, 2021

Snippet of the past few weeks

Hey there.. assalamualaikum.

As usual, when I write on this space, my husband already flew off for work. Exam in few days, tapi past few weeks I keep on berjimba je. How la.

Just to recap what happen during the past two weeks that my husband was around. We went for unplanned road trip to Pahang with the kids. Initially I nak pergi bawa diorang ke Kuala Gandah je. Manage to meet few elephants tapi smol2 one je. Suppose ada aktiviti mandikan gajah etc but sebab air sungai naik so cancel jela. Sebab suam2 kuku je experience tu, we decided to naik sikit head to Kuantan terus. Actually after Kuala Gandah, we stayed in a hotel at Temerloh. Had ikan patin etc then ingat nak cari makan dekat Kuantan. Sampai je Teluk Cempedak terus rasa amazednya ada Starbucks, Mcd, KFC, everything dekat sana and tempat tu so cantik. We end up terus booking a night stayed in Kuantan. 


My world. Captured with Ip13


Kuala Gandah Elephant Sanctuary


We were lucky to meet this 5 month baby elephant


Teluk Cempedak view yang buat we decide to stay for the night




Hello pinky beach

We had lunch at Restoran Mabiq. Ramai orang but quite efficient lah eventhough kena beratur juga nak masuk pun. We arrive on 12.30pm maybe orang baru nak ramai. Food taste good. I had pais ikan, eventhough i don't know what it is, turn out dia ikan patin tempoyak juga. I had it already dekat Temerloh and I had enough kot. Hari2 makan tempoyak pitamm..

We were lucky to secure a room eventhough it weekends. Masa lunch i scroll booking.com and luckily found this resort. Memang cantik. We ride ATV [RM50 for 30mins], ada pool, private beach, complementary breakfast semua, I had no complaint. Definitely I will come back again. There's little pub and restaurant dekat resort ni. We jalan pantai at night, then ada fireworks show, dekat beach. Memang lucky lah sebab kitorang tak tau pun ada benda ni. Dengan lagu2 best feeling sangat la kan. Maybe the ambience buat rasa best kot.

I cuti the whole week sebab annual leave I banyak lagi nak clear. Hehe.. Then balik KL jelah after Kuantan. Esoknya pergi swab test dekat Prince Court coz my husband nak work dah. Sebab alang2 keluar, we shoot to Genting Highlands pulak. Memang trip Pahang sangat la kalini. Tak naik atas. Just jalan dekat GHPO je. Husband alhamdulillah negative, clear nk pergi work.




We had desert dekat Godiva, husband I memang tau perangai I suka desert. Kalau I hilang tu either hilang dalam kedai kek atau kedai kopi. 😅 Both kids inherit trait I yang suka desert tu. Habislah. Manage to grab few handbags kat atas tu. I rasa murah kali ni maybe sebab Black Friday?? atau I memang lucky haha.. Perempuan atas ni dapat coklat dia dah happy dah. 

Owh before that! I ada trip with my family dekat Ipoh masa husband I off to work. Yelah nak tak nak we need to live je dalam covid ni kan. What we can do is try as much as we can to follow SOP. Jangan bersalam, jaga jarak, sanitise always, pakai mask. If dah kena what to do. But alhamdulillah, until now none of our family member get infected by covid. Future, we never know. Semua family members both sides dah vaccinated unless kids below 11 years old macam anak i memang tak lah. Hope Allah protects them always.

Both my parents, my nenek join this trip. Regardless la kena pakai wheelchair ke ape we all tolak je. My sisters, 4 out of 5 ada. In fact semua sibling I pun girls je takde boys haha.. If orang cakap I lemah lembut tu sebab belum pernah tengok I mengamuk jela kot. Ada satu story kelakar pasal nenek I but I keep it to myself jela hahaha.. I just nak create memories while they are still around. I pun tak tahu sampai bila I akan ada dekat sini. We never know. 

Looking back at our picktures, deep down I'm a proud sister and I nak congratulate my parents for raising us so well. My little sister doing specialist in opthalmologist, a med officer soon to be specialist dah. Another one is an engineer building maybe the tallest building in Malaysia, PNB118 and the youngest is doing her ACCA. Perempuan sesat semua orang dah besar suddenly dia lahir. 😂 We talked and chatted like we were still a kid. Especially when the husband is not around. My sister's husband now overseas to oversee construction project dengan Japan company. So of coz la dia pun single macam I haha.. My father cakap, tengoklah diorang ni even dah besar tapi cakap macam masa diorang budak2 dulu. Yeah.. miss that moment sebenarnya. Buat lawak bodoh, but now we are paying for the trip. Just bagitahu where u want to go, what u want to eat, we'll settle everything. Macam mana my parents settle everything for us masa kitorang kecik2 dulu. 

Hey Ipoh

Drooling


My all time fav Ah Cheng laksa


The best roti jala by Chef Nizam

Mee rebus Kuala Kangsar from cooked by my fren, Seri

Some random pictures of what I ate past few weeks haha. Anak I pun dah tahu perangai mak dia jangan makan lagi. Lemme feed the phone first! Lol! Sometimes when I tak amek gambar they'll ask me why I didn't take picture? Boleh makan dah ke ni? Hahahhahah... Sorry kids!!

This time around takde adegan baling barang, gaduh2 maki2.. Am I healed? Hahah.. We never know. But I tahu even how bad the situation is, I am loving him forever. He's back now, tapi hati manusia ni berbolak balik, Allah yang pegang. I'll be devastated but I know I will move on easily if it will ever happen again. For now, I just want to enjoy the moment, had him cuddle me when he's around, buying things that I want, bring me to road trip, kiss me randomly at night when I sleep. Cry when I cried. Trying so hard to jaga my hati. Always tarik kepala I to sleep at his ketiak omg! Hug me tight, make sure I'm covered dengan selimut. 

I don't know but I feel if I mengungkit lagi, macam I break his heart. I fikir banyak kali sebelum reply whatsapp or cakap. Sometimes I dah type, then I delete and type benda yang takkan trigger marah dia. Bila I dah type tu I lega coz I dah buat even tak send kat dia faham tak. Bila nak cakap pun I akan mengungkit dalam hati but then istighfar jap and cakap benda baik2 je la untuk dia dengar dengan telinga tu. At least ada improvement. Dulu I memang hembus je apa dalam hati I and the consequences memang real bad lah kan. Now let say if I teringat, I akan nangis je. I won't say anything. Esok dia fly, malam ni I akan masak untuk lunch dia. And I akan buat cookies favourite dia choc chip sea salt cookies. Actually favourite I, but tu macam signature cookies I la untuk dia haha.. Then final nights tu normally we will cuddle and check each other nangis ke tak. Lol. Lama dah tak rasa berat hati nak lepaskan. I don't know, hikmah after what happen ni, relationship kitorang makin berkualiti. Makin matang mungkin. Alhamdulillah.. Tapi hope dia tak lupa, even I sayang pun I can walk away anytime and forget everything if benda jadi lagi. Parents I tak ajar pula kalau kena pijak just stay.

Tapi like I said previously, I just want to enjoy the moment. I love my husband, love my family, my kids, my friends. I love them all. Insyaallah amin.







Friday, August 29, 2014

Apa nak buat bila hilang luggage bag?

First time aku hilang luggage bag masa pergi Kota Kinabalu awal tahun 2014. Masa tu Air Asia baru operate dari KLIA 2. Sebab ini family trip, so aku incharge lah semua benda dari tiket sampai la ke check in. Bapa mertua yang sponsor tambang.

So memang aku tak sangka lah semua orang yang aku handle ok je dapat beg memasing. Aku ni yang tunggu bag tak kunjung tiba. Satu jam lepas tu ada satu lagi flight dari KL ke KK. Officer AA di KK cakap maybe luggage aku ada dalam flight tu. Warghhhh!!!

Akak ipar aku siap ambik luggage dia kat tangan orang lagi. Imagine kalau dia lambat sikit tah2 dah kena kebas luggage tu. Salah aku la jugak terhegeh2 dari imigresen ke tempat luggage. Confius jap sebab airport KK tu macam tak strict sangat. Tempat luggage dekat giler dengan gate keluar masuk tu. Ada je aku tengok orang luar yang bukan passenger selambe je masuk situ. So ada dua possibilities, either beg aku kena curi or memang beg aku tak naik kapal langsung.

So aku tunggu sejam untuk next flight. Ikut hati rasa nak balik KL terus je. Dengan period nye, pad aku sume dalam tu. Makeup la, baju untuk 5 hari. Ish! Sampai dah habis luggage next flight pun masih tak de beg aku. Bukan aku sorang je. Ade la 5-6 orang hilang beg dlm flight same dengan aku. Tau jela Sabah ramai tourist. Ade pelancong Jepun dengan anak lagi hilang beg terkial-kial nak explain rupe beg tu kat officer. Kesian la diorang kan.

Dah confirm beg aku takde, report jelah kat kaunter hilang bagasi tu. Bagi details beg, warna, anggaran saiz, jenis ape.. Sbb tu la pentingnye buat tag dekat beg. Nak membezakan beg lah. Salah aku jugak beg aku tu aku cuma letak password lock je. Beg baru tak teringat langsung nak tanda apa-apa.. Huhu.. So kitorang terus je perjalanan tanpa beg aku. Stress! No point tunggu lagi.

Aku n husband terus pergi mall cari baju or apa-apa yang patut. Makeup memang tak la. Penat jer susun baju untuk pakai harian end up hilang. Kena berabis banyak jugak la nak tak nak. So petang tu baru dapat call cakap bag aku masih di KL. Akan sampai ikut penerbangan malam. Apa-apa jelah aku pun dah beli sume keperluan aku kat sana. Jadi berdouble pulak. Tak boleh la nak tunggu sampai malam sebab kitorang bukan nak stay di KK. Nak g pulau lagi.. Isnin petang baru datang KK semula. Selasa balik KL. So aku bagi tau jelah aku ambik Isnin petang. Macam xde point aku bawak luggage. Huh.

So dah berjimba berhari-hari kat Sabah dengan takde sunblock bagai, memang horror lah percutian aku kat sana. Beza gila dengan percutian berdua dengan husband kat Kundasang sebelum tu. Taubat aku tak nak pergi ramai-ramai dah. Isnin malam tu baru ambik luggage. Bolehla pakai baju untuk balik KL esoknya. Ni baru dalam negara. Buatnya hilang luggage kat luar negara guna pulak eiro, pounds sterling mampuslah nak shoping benda emergency macam ni. Kalau aku tau aku sumbat jer satu baju nak balik masuk cabin. Huh!

Tapi kira nasib baikla jumpa balik sekurang-kurangnya. Dalam hati aku nak cakap goodbye dah sebab xnk letak harapan tinggi nak jumpa balik. Ramai je kawan2 aku hilang luggage tak jumpa2 ok! Masa nak ambik luggage tu aku tengok tempat luggage claim macam xde luggage aku. Rasa nak nanges haha.. Baru hilang luggage, belum hilang anak. Eei.. xmaula.. Apapun main point is kena tag lah luggage tu so that senang nak cari ke apa...


Monday, April 14, 2014

Of Renaissance hotel KL

It can be said this month of April quite a bliss month at least for me sebab... tax refund from the IRB dah dapat yey and get to kepit my husband like a leech sebab he got meeting in KL two weeks in a row!!

Stayed at level 24, we got the room with tower view.





Macam biasa, setiap kali masuk hotel wajib nak tengok toilet. Toiletries dia paling best. Banyak kott.. hehe..





Macam hotel lain jugak.. sama je interior cuma win kat toiletries je ;)






That's my couch potato boss with her popcorn on our bed. -_-




Overall ok. The room is not that spacious as compared to other 5 stars hotel. It can be said that the staffs are well trained and friendly. There's a BUT.... however I think every hotels have their own policies to maintain their standard. My baby is not allowed to enter the cocktail sheeshhhhhhhhh and thats the only complaint I have.

Families with small kids are advisable to dine at the dining area downstairs at the ground level.

At least I got some off days before giving a full swing on my day job next week. Haih.. another tax audit for my client in the week to come. Why la...

Gross profit rise, gross profit drop also giving us headache because the client might be prone to kena tax audit. Obviously it cant be stagnant every year, so just let them do it and embraceeee hahahaha.. bye

Sunday, December 15, 2013

Kundasang with love




Cantiknya Sabah, subhanallah. Kali ni cuma pergi berdua. Baby tinggal tokmama hehe.. Sampai dalam pukul 3.00 petang so target nak sampai Kundasang dalam pukul 6.00 ++ lepas setel kereta sewa etc. Satu tips sila download apps Waze memang senang je nak pergi mana-mana attraction point. Jalan dari KK ke Kundasang memang takde lampu jalan and note that Sabah gelap awal. Masa tu jarak pandangan memang terhad sebab dah gelap dan berkabus. Sampai Celyn Resort Kinabalu dalam pukul 6.30pm tapi macam dah pukul 9 gelapnya.. -_- Resort ni pun cari guna Waze kalau tak memang takkan jumpa ler.. Jauh ke dalam dan jalan nak ke resort cuma halfway bertar. Mampusla kete Viva Elite tu haha tapi memang boleh 'pergi' orang kata. Saing-saing triton kalau ikot belakang.. Tu pon leh saing kalau ada lori lambat macam siput haha

Malam pertama kami just check in lepastu segarkan badan sembahyang etc dan turun semula nak pergi cari makan. Ada je room service tapi saja nak cari ubat gigi sambil jalan pekan kundasang. Ingatkan semua hotel ada sediakan ubat gigi unfortunately not this one. Ok la small matter je pon. Kitorang makan KFC je sini lepastu balik resort. Ada je kedai runcit, jangan risau. Tapi pam minyak kat sini tutup pukul 6 pm.

Esoknya pukul 5 pg dah bangun semangat nak tengok gunung tapi sebab hujan memang berkabus dan tak nampak langsung. Lepas breakfast terus pergi poring dekat Ranau. Kat poring banyak benda boleh buat. Ada hotspring, canopy walk, etc. Kalau decide nak mandi bawakla baju tapi aku malas sebab banyak lagi tempat nak pergi.








Canopy walk tu gayat ok.. Kalau tengok bawah memang bikin pening.


Check point canopy walk. Cantik sangat kehijauan hutan dalam ni. Kalau panjat Gunung Kinabalu mesti lagi cantik pokok2 kat sana. Frust si gunung sombong amat. Totally tak nampak huhu... masa ni pun denai licin. Kena jalan hati-hati la. Aku pulak pandai giler pakai flats memang lenjan abes flat aku masuk hutan macam ni, Such a noob haha.. Pakaila kasut sesuai ok next time.


Lepas tu pergi Sabah tea. Jalan shortcut lagi sebab pakai waze. Kat sini  takde apa pun tapi kalau nak tengok ladang teh ok la kot. Ada satu cafe kat sini sape nak makan. Aku datang sini pun sebab dia bersebelahan dengan Kampung Luanti je tempat attraction yang banyak ikan. Sekejap je kat sini cuma beli 3 kotak teh sabah RM11 saje je padahal kat Jusco pun ada tak silap hehe..





Ikan kat sini jinak-jinak macam kat Kenyir. Nak masuk pun ada nombor giliran sebab tak boleh ramai2 sangat. Makanan boleh beli sepaket RM0.20..takde makanan pun ikan2 tu akan datang jugak. Pelahap betol.

Then terus pergi Kinabalu Park. Kat sini guna tiket sama je dengan tiket Poring. Mesilau pun guna tiket sama. Jimat2.. :)

Kinabalu park boleh masuk kereta. Memang tak larat la nak jalan kaki dalam tu. Cantik sangat dan banyak tupai jinak. Kat sini kalau nak jalan kaki boleh je tapi masakkk laa haha..


Isi minyak dulu.. Comel je pam minyak die.

Lepastu makan kat restoren kat pekan kundasang. Okeyla restoren ni ramai je orang. Yang penting kepak ayam die sedap giler.

Ngam2 je nak pergi Desa Cattle tengok lembu. Time perah susu pukul 3 petang tiap2 hari. Sebelum ke Desa Cattle ada je lagi satu tempat attraction iaitu War Memorial tapi malas pulak nak pegi.





Argh busuknye.. Haha.. Takder lah New Zealand sangat tapi okeyla.. Tengok lembu beratur perah susu pun RM4. Kelas kau lembu! Sampai jem entrance nak tengok lembu punya pasal. Nasib aku dah sampai awal. Seriusly bukan sebab lembu ni pandai sangat beratur nak kena perah susu. Aku rasa sebab time tu pun diorang bagi lembu2 ni makan and lorong nak masuk tu cukup2 je badan sekor lembu so nampak ler macam beratur. Exaggerate sangat ok. Aku beli 2 kotak susu coklat tapi sori bau lembu tak sanggup nak telan dah. Husband aku pun sama. Pergi tempat anak lembu dan kambing boleh bagi diorang makan tapi hmmmhhhh bau erghhh... Susu lagi skotak pun end up bagi jer kat orang. Dua2 tak boleh telan. Rasanya tempat ni kalau budak2 pergi ok la. Honeymoon spoil mood je bau lembu hehe..





Ini kat Mesilau Park. Ok la cantik macam kat Kinabalu Park. Pencinta nature macam aku memang suka sangat laa...

Balik Mesilau kitorang lepak kat Pine. Kengkonon nak tengok Kinabalu but tak dapat la sebab orang kata kalau nak tengok seluruh gunung kena bangun pagi2.. -_-

Pine seriously cantik. Next time nak duduk sini hehe..










Depan bilik kat Celyn



Goodmorning cinta! Rise and shine. Masa ni around 5.30am



Slope naik Celyn, but in the end all worth it



Gunung yang tak malu lagi hari ni.. Our last day, terima kasih sebab tunjuk muka. 


Bye sayang see u again

Head to Kota Kinabalu first thing in the morning after breakfast. Flight balik pukul 6 so pergi Pekan Nabalu dulu. Keychain beli sini memang murah gila la.. Betol orang cakap. (Ni kalau nak compare dengan KK). Benda sama je sebenarnya.. Lepastu pergi Pasar Filipin ergh rasa panas gila sebab sebelum ni dok layan sejukk je kat Kundasang tu hehhe.. Malas nak shoping dalam tu. Aku cuma beli rumpai laut dan amplang je sebab benda lain tak minat.

Straight je pergi Jamilah Jewellery beli pearl. Takla minat sangat pearl, cuma beli untuk orang lain je lebih. 


Pantai Tanjung Aru

Pergi buang masa kat Tanjung Aru jap tengok makcik2 menari poco2 dengan lagu anak kampung yang femes tu. Rajin sungguh.. Aku ada plan lain sebenarnya.. Nak makan lokan kat Sepanggar tapi semua spoil sebab ada orang nak jumpa. Last sekali makan pataya je kat kedai -_- 

End the day melayan cerita the time traveller's wife dalam flight balik KL. Best! Definitely will come again to Sabah untuk trip pulau pulak.Insyaallah one fine day.



Tuesday, November 12, 2013

Short getaway to Miri




Miri. Bandar kecil yang tenang. Aku sampai sini pertama kali pada Oktober 26, 2013. Tujuannya satu. Nak tengok tempat suami aku cari rezeki untuk family kecil kami, disamping luangkan masa together2. Just a short weekend getaway, pergi Sabtu balik Ahad.

Bukan tak pernah fikir nak datang selama ni, cuma keadaan aku yang tak mengizinkan. Dah lama tak naik flight, last naik masa pergi Singapore tengah pregnant 3 bulan. Tak ada beza pun, cuma kali ni aku naik flight bawak budak kecik. Ya, sorang diri uruskan karenah anak aku sepanjang 2 jam penerbangan. Tuhan saja yang tahu betapa aku berdoa supaya dia behave well dalam flight. Alhamdulillah, a lil bit hectic during the first 15minutes dan dozed off sleeping on my lap until we touch down.

Tak ada apa yang luar biasa bandar Miri ni cuma tak sehectic KL lah. Satu perbezaan besar cuma bagi aku makanan kat sini sangat mahal berbanding KL. Kat sini okeylah ada Mcd, KFC dan Sugar Bun. First time makan situ tapi cuma order mashed potato. Err.. I don't favor the gravy though. Mungkin sebab tak biasa. Kalau nak harap ada Chili's ke, TGI, Delicious, Italiannis memang aku tak nampak pun. Tapi tak tau la kot2 ada kan..

Satu-satunya benda yang aku suka kat Miri ni is the hotel. Hehe.. Aku duduk di Parkcity Everly Hotel dan bagi aku ok la.. Bersih, katil besar, ada bath tub dengan harga yang berpatutan. Aku tengok ramai jugak pilot and stewardess check in kat hotel ni. Tak sure dari mana, mungkin Maswing. Masa dan keadaan memang tak cukup untuk aku explore Miri ni. Kalau bawa baby memang boleh pergi tempat yang selamat untuk baby jela. Takkan nak pegi Gua Niah, snorkeling etc walaupun hati meronta nak buat semua tu.


Sebenarnya aku nak tengok jugak keboleh hidupan (pun boleh!) aku kat bandar ni sebab mungkin awal tahun depan aku pun akan jadi warga Miri. Sebab husband aku don't really think I can survive here sebab kat sini mall paling besar dan ramai org cuma Bintang Mall. Aku cuba nak suka mall ni so aku nak positif je all the way. Dalam erti kata lain, mungkin semua yang aku nak ada di sini walaupun...........

Sepanjang perjalanan ke Esplanade aku tengok rumah besar2 sangat. Yang kampung, kampung sangat. Jurang yang agak besar disitu. Nak cakap harga rumah murah aku rasa tak. Sebab rate sama je macam KL. Mungkin sebab Miri bandar minyak kot. Makan mahal, rumah mahal, tapi tak dengar complain pun. Aku makan otak-otak sekeping rm1.40!! Kat KL paling mahal pun rm0.70.

Yang famous kat sini nasi lalapan. Aku suka sangat sebab dia macam ayam penyet tapi banyak sayur celur macam ulam makan dengan sambal belacan. Rm12.00 sekali hadap ok! Makanan pertama aku makan kat sini laksa sarawak dekat padang golf miri. Ya allah sedapnya. Bagi 10 mangkuk pun bole habiskan haha..

All in all aku rasa ini trip yang tenang je sebab tak sibuk2 nak shoping, tak jem dan kebanyakan tempat is nature based.  Memang dapat spend quality time dengan family sebab aku rasa macam masa pun lambat je jalan. Tik tok tik tok...

Mungkin satu hari nanti aku jatuh cinta kat bandar ni. Sape tahu..