Saturday, May 30, 2015

Review set berpantang Nona Roguy


Berpantang hari ke 25. Meh aku nak review set bersalin Nona Roguy yang aku pakai untuk bersalin kali ni.

Basically ada 6 jenis barang dalam ni excluding barut. Barut aku beli berasingan. Unlike set Leesa Formula yang aku pakai sebelum ni ada include sekali barut. Harga lebih kurang je so aku boleh consider set Nona Roguy ni sebenarnya agak mahalla sebab takde barut kan..

So, cara pemakaian semua ada tertulis dalam buku pamplet yang ada disertakan dalam box ni. Pil untuk makan ada satu jer iaitu Phytonatal. Bagi aku, pil ni memang superb lah bagi mereka2 yang ada masalah sembelit lepas bersalin. Yelah, normally perjalanan usus jadi lebih perlahan lepas bersalin, sebab tu lah boleh trigger sembelit atau bak kata omputih constipation. Untuk aku, aku cuma makan Phytonatal lepas dinner 2 biji. Esoknya confirm segala bendasing yang tidak diperlukan dalam badan akan dapat dikeluarkan dengan jayanya. Aku suke giler pil ni. Thanks to the inventor. Baby aku pulak alhamdulillah takdelah cirit birit ke ape bila aku makan Phytonatal ni. In fact susu badan pun banyak.

First few weeks bersalin especially the first week, tiap2 hari aku akan basuh tempat luka bersalin dengan uncang cuci herbanika. Luka aku sikit jer, so memang cepat baik. Aku cuci dengan uncang ni pun sebab tak nak bawah tu berbau hanyir. Kalau orang dulu2 nenek aku cakap basuh pakai asam keping. Walaupun dah baik luka, aku still continue cuci dengan uncang cuci ni. Sepaket tu boleh pakai banyak kali selagi ada herbanye. Boleh jugak dibuat mandi tapi aku memang berpantang mak aku dah siapkan air rebusan daun2 macam serai wangi, limau purut etc so aku takdelah guna benda ni untuk mandi.

Paling best minyak Herbanika NR. Aku dah bawak siap2 minyak ni ke hospital masa bersalin hari tu. Benda pertama yang aku pakai lepas bersalin. Titik sikit dekat pad dan urut badan. In fact dah habis pun minyak ni aku pakai sobs.. Nak beli lagi tapi malas lah so aku pakai minyak angin biasa je sekarang ni. Untuk aku, bila titik dekat pad, tak de lah berbau darah nifas tu. Luka pun cepat je baik. Lepas dry dengan hairdryer tempat tuut tu, pakai pad yang dititik dengan minyak herbanika memang rasa bersih dan fresh.

Satu lagi benda yang dah habis aku pakai is Herbanika lulur, Best sangat sebab aku perasan muka aku macam berseri sikit bila pakai ni. Bantai jer lulur kat muka sekali wakakakaa... Ada jugak krim barut herbanika. Krim ni memang buat barut aku bertukar kuning haha.. Dua2 benda ni asasnya kunyit kot tak silap aku sebab lulur tu pun buat lantai toilet aku jadi kuning hohohhh... Ada orang rajin lapik dengan kain or tisu taknak barut kotor tapi dah dasar pemalas macam aku ni ah gasaklah sana. Kurang2 aku rajin jugak pakai barut. This time aku ada 3 barut haha so tukar2 lah hari2 bila basuh.

Last but not least, akar herbanika. Memandangkan aku peminat green tea kalau makan makanan jepun, dan aku jugak boleh telan air teh herba mustika ratu macam tu je, air akar herbanika ni takde lah susah pun aku nak telan. Rasa dia lebih kurang sama je. Aku suka minum suam berbanding yang sejuk. Kalau suam laju sikit minum. Letak dalam termos and minum jer bila dahaga. Air akar ni pun function dia untuk banyakkan susu. Sama jugak macam phytonatal, anak aku takdelah kembung ke, cirit birit bila aku consume benda ni. In fact dia dah sleep through the night pun sekarang ni walaupun masih dalam hari. Senang sikit kot jaga baby lelaki kan. As long as lepas mandi tuamkan baby insyaallah takde masalah kembung or angin pasang.

Take note set ni takde pilis ya, ginger cream ke apa cuma ada krim barut herbanika tu untuk perut. Aku prefer ginger cream n krim perut Leesa Formula lagi sebab krim tu lagi power dari losyen halia bara whatsoever in the market sekarang. Krim tu kalau pakai peh bepeluh2 perut aku. Krim barut herbanika NR pulak takde lah feel dia se kick Leesa Formula punya cuma aku perasan walaupun macam tu, kesan dia stretch mark kat perut tak de lah nampak horror sangat n perut pun boleh jer langsing hehohhh..

Kalau diberi pilihan, aku nak semua dalam set Nona Roguy, tambah Ginger cream n losyen barut Leesa Formula hihi... Phytonatal memang terbaik lahhh..No sembelit at all I love it. Overall berat aku dah kembali ke berat asal and in fact few kgs lesser than berat asal sebenarnya sekarang ni. Walaupun makan nasik tak hengat banyak gile tapi still turun jugak berat. And thanks to breastfeeding. Awal2 dulu laju jer berat turun, sekarang dah slow down sikit hopefully boleh ler turun lagi hakhakkk..

Okeylah tu jer babai!!

5 comments:

  1. untuk pantang kali ni saya beli loose jer.. dan untuk berurut saya beli minyak urut herbanika nona roguy.. memang sedaplah bau dia.. rasa best jer bila sapu..

    Terjah blog saya, jom! DAPATKAN INFO , TIP , PETUA MENGENAI KEHAMILAN DAN KESUBURAN DI SINI

    ReplyDelete
  2. Tq bg review yg sangat best..phytonatal bila leh start consume eh?takot baby jaundice kalo makan awal2..

    ReplyDelete
  3. Tq bg review yg sangat best..phytonatal bila leh start consume eh?takot baby jaundice kalo makan awal2..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. pantang anak kedua, ketiga dan insyaAllah keempat memang akan beli minyak herbaneka ni...phytonatal wajib...terbaik dua benda tu... lulur pun bagus..fresh ja lepas mandi...tp sy malas nak menyental...hakhakhak..

    ReplyDelete