Wednesday, May 27, 2015

Berpantang cara aku

Berpantang kali kedua ni aku rasa lebih relaks berbanding kali pertama dulu. Cuma di hospital aku kena sakit perut macam contraction setiap kali aku susukan baby aku. Memang nyeri jugak la rasa masa rahim nak mula mengecut tu sebab kali ni aku tak rasa sakit langsung masa bersalin. So, sakit sikit pun aku rasa macam sakit lah ceritanya..

Kali ni tak ada episiotomi pun. Baby lahir 3.53kg ada jugak luka sikit bawah tu and jahit sikit. 2nd degree tear. Tapi tak sakit pun bila berjalan.. Hari ke 6 nurse check kat rumah dia cakap macam takde jahitan pn.

Kalau dulu aku alami sembelit teruk masa bersalin anak pertama, kali ni aku dah sedia enema in case aku takde urge nak pergi toilet lebih 3 hari. So, 3rd day aku dah boleh membuang macam biasa dengan bantuan enema. Walaupun aku ada phhytonatal dalam set bersalin NR tu masa awal2 ni aku tak makan lagi lah sebab nak make sure anak aku betol2 bebas jaundice. Kalau dah masuk tiga hari masih takde urge aku akan makan lactulose yang kpj bagi. So far so good. Memang sebenarnya aku nak kurangkan kebergantungan pakai enema tu sebab mesti ada side efffect kan kalau setiap kali nak membuang asyik pakai enema. Lepas 2 minggu baru aku start makan phytonatal setiap kali lepas makan malam 2 bijik. Esok pagi sure akan membuang secara natural. Every day without fail. Badan aku pun rasa ringan jer hahaha..

Bab pemakanan pulak aku memang ambik yang berzat lah sebab aku tak reti makan ikan masin. Tak pernah cuba nak makan pun. So mak aku akan masakkan sup ikan merah, masak ikan tenggiri dan seumpamanya. Awal2 aku makan ikan jer.. Limau sunkist makan hari2 sekurang2nya sebijik so that luka cepat baik. Jus sunquick oren aku minum hari-hari letak dalam botol and minum bila dahaga. Air suam memang sentiasa ada sebab breastfeed baby memang selalu dahaga. Kadang-kadang sekali minum dah habis setengah botol.

Berurut start hari ke 10 selama 3 hari. Memang syok lah bila dah lepas berurut. Aku rasa kali ni aku aktif sikit lah masa berpantang. Alhamdulillah anak aku pun tak ada jaundice. Masa cek first time 8.2 lepas tu makin turun 7.8 so tak perlu warded. Cuma continue breastfeed. Aku memang suka lah breastfeed ni sebab berat aku turun dengan jayanya hahahah in fact lagi ringan berbanding sebelum pregnant dulu.

Aku boleh jer mandikan baby aku sendiri etc. Kalau dulu aku bersalin bila nak siapkan baby atas katil aku rasa sakit pinggang tapi kali ni takde pulak. Walaupun orang kata effect pakai epidural akan sakit pinggang. Tapi aku terbalik pulak. Masa tak pakai yang sakit pinggang masa berpantang.

Anak nombor 2 ni pun tak banyak meragam. Senyap je cuma menagis bila nak susu or perut kembung. Bila aku exercise kaki dia, keluar la angin tu lepas tu tidur balik. Very easy baby menyebabkan aku banyakkk sangat masa and aku rasa lamaanya pantang ni. Still berbaki sebulan lagi cuti tapi aku dah boring teramat dah ni. Takkan hari-hari mengadap tv, playstation, internet semua aku dah boring. Rasa macam nak masuk kerja jerrr tapi sapa nak jaga anak aku pulak wakakaka..

Dats it. Walaupun quite senang this time, I'm soooo gonna go to LPPKN untuk perancang  after this.

No comments:

Post a Comment