Friday, January 4, 2013

Review Leesa Formula

Dah janji nak review masa berpantang guna Leesa Formula (LF) ni so here it is. Sekarang ni nak ikutkan dah hari ke 18 aku bersalin. Start guna set berpantang lepas dah balik kampung hari ke 6 lepas bersalin. Alhamdulillah Amni takde kuning ke ape cuma masuk nicu jap sebab dia muntah air ketuban 3 kali. So, pediatrik decide tahan wad 3 hari lagi nak pantau dia macam mana. So far takde masalah, in fact aku rasa dia baby paling sehat dalam nicu tu. Cuma mak dia ni risau telebihh..

Aku paling suka Ginger cream dia. Sebab wangi dan senang nak pakai. Ni buat ganti pilis yang orang pakai kat dahi tu. Takla jatuh kat baby masa breastfeed. Aku pulak bantai letak kat perut, kaki semua sebelum pakai stokin. Memang best sebab keluar angin. Hihi..

Benda kedua aku paling suka bengkung dia. Sebab panjang dan kalau sorang-sorang pun boleh pakai sendiri. Ketat dan kejap di badan. Rase best je pakai. Bengkung ni aku pakai malam je sebab siang banyak bergerak so tali dia tu kena adjust la kalau nak sedap pakai. Malam tidur dan menyusu je so tak banyak gerak sangat senang tak payah bukak dan adjust lagi. Untuk siang aku pakai bengkung segera jek ;) Sebelum pakai bengkung kena sapu cream perut dia dulu. Cream ni warna perang macam pati halia tu la cuma warna dia jernih. Tak terus panas bila pakai tapi bila dia panas fuh memang berpeluh jugak perut dalam bengkung tu..

Tablet haruan dengan perawan memang aku makan hari-hari 2 biji sekali. So far luka jahitan bawah tu dah kering la. Maybe sebab husband aku dah belikan 8 botol pati haruan gamat harwany tu suruh aku minum hari-hari masa awal-awal beranak dulu. Tablet haruan ni sebagai supplemen la tapi bagi aku okey je.. Susu banyak, baby tak kuning dan tak meragam. Baby pun kuat kentut. Eh, ada kaitan ke?? haha..Tablet perawan pun ada haruan jugak tapi maybe untuk ketatkan ape yang longgar la kot ye dakk.. Nak cuci vagina and sewaktu dengannya tiap kali tukar pad aku beli dherbs pembersih wanita. Ada sirih, manjakani dengan ape tah tapi best la pakai.. Rasa bersih je lepastu keringkan dengan hair dryer. Nurse tak bagi letak minyak gamat sebab kalau lembab boleh mengundang kuman katenyerr..

Minyak telon baby pun aku suka jugak sebab wangi dan baby kentut, berak kencing okeyy.. Tak sakit perut selalu. Baby nanges pun sebab lapar je or nak peluk. 

Last but not least tungku. Okey la wangi bau herba kan. Tapi aku yang pemalas ni pakai tungku letrik je.. Senang dan mudah dipakai. Tengokla kalau rajin nanti kerap la pakai kot.. Leceh jugak nak panaskan bagai. Hihi.. Sesuai untuk orang rajin je la kot.

Semalam aku timbang berat dah turun 9kg. Hopefully will keep on reducing sampai la abes pantang nanti yekkk.. Aku tak tau la sebab LF ke ape kan tapi alhamdulillah setakat ni aku tak de demam ke ape, masuk angin ke, muka bengkak ke masa berpantang. Masa akikah dengan cukur jambul Amni pun orang dok tercari-cari mak baby yang mana sebab aku pakai baju kurung tak nampak macam orang dalam pantang katenyer.. Mak aku pun tanya kenapa muka nampak gebu je. Tak pucat pun.. Pastu die jawab sendiri maybe kamu makan pati haruan kott..?? haha.. Tapi pantang kat kampung kan, memang hari-hari aku mandi air akar kayu dengan serai wangi. Maybe other factors pun should be counted kot. Sebab lain mungkin aku serasi dengan set berpantang ni. So wallahualam.. overall aku bagi 4.8 bintang out of 5 for Leesa Formula. Ok bye.