Saturday, May 30, 2015

Review set berpantang Nona Roguy


Berpantang hari ke 25. Meh aku nak review set bersalin Nona Roguy yang aku pakai untuk bersalin kali ni.

Basically ada 6 jenis barang dalam ni excluding barut. Barut aku beli berasingan. Unlike set Leesa Formula yang aku pakai sebelum ni ada include sekali barut. Harga lebih kurang je so aku boleh consider set Nona Roguy ni sebenarnya agak mahalla sebab takde barut kan..

So, cara pemakaian semua ada tertulis dalam buku pamplet yang ada disertakan dalam box ni. Pil untuk makan ada satu jer iaitu Phytonatal. Bagi aku, pil ni memang superb lah bagi mereka2 yang ada masalah sembelit lepas bersalin. Yelah, normally perjalanan usus jadi lebih perlahan lepas bersalin, sebab tu lah boleh trigger sembelit atau bak kata omputih constipation. Untuk aku, aku cuma makan Phytonatal lepas dinner 2 biji. Esoknya confirm segala bendasing yang tidak diperlukan dalam badan akan dapat dikeluarkan dengan jayanya. Aku suke giler pil ni. Thanks to the inventor. Baby aku pulak alhamdulillah takdelah cirit birit ke ape bila aku makan Phytonatal ni. In fact susu badan pun banyak.

First few weeks bersalin especially the first week, tiap2 hari aku akan basuh tempat luka bersalin dengan uncang cuci herbanika. Luka aku sikit jer, so memang cepat baik. Aku cuci dengan uncang ni pun sebab tak nak bawah tu berbau hanyir. Kalau orang dulu2 nenek aku cakap basuh pakai asam keping. Walaupun dah baik luka, aku still continue cuci dengan uncang cuci ni. Sepaket tu boleh pakai banyak kali selagi ada herbanye. Boleh jugak dibuat mandi tapi aku memang berpantang mak aku dah siapkan air rebusan daun2 macam serai wangi, limau purut etc so aku takdelah guna benda ni untuk mandi.

Paling best minyak Herbanika NR. Aku dah bawak siap2 minyak ni ke hospital masa bersalin hari tu. Benda pertama yang aku pakai lepas bersalin. Titik sikit dekat pad dan urut badan. In fact dah habis pun minyak ni aku pakai sobs.. Nak beli lagi tapi malas lah so aku pakai minyak angin biasa je sekarang ni. Untuk aku, bila titik dekat pad, tak de lah berbau darah nifas tu. Luka pun cepat je baik. Lepas dry dengan hairdryer tempat tuut tu, pakai pad yang dititik dengan minyak herbanika memang rasa bersih dan fresh.

Satu lagi benda yang dah habis aku pakai is Herbanika lulur, Best sangat sebab aku perasan muka aku macam berseri sikit bila pakai ni. Bantai jer lulur kat muka sekali wakakakaa... Ada jugak krim barut herbanika. Krim ni memang buat barut aku bertukar kuning haha.. Dua2 benda ni asasnya kunyit kot tak silap aku sebab lulur tu pun buat lantai toilet aku jadi kuning hohohhh... Ada orang rajin lapik dengan kain or tisu taknak barut kotor tapi dah dasar pemalas macam aku ni ah gasaklah sana. Kurang2 aku rajin jugak pakai barut. This time aku ada 3 barut haha so tukar2 lah hari2 bila basuh.

Last but not least, akar herbanika. Memandangkan aku peminat green tea kalau makan makanan jepun, dan aku jugak boleh telan air teh herba mustika ratu macam tu je, air akar herbanika ni takde lah susah pun aku nak telan. Rasa dia lebih kurang sama je. Aku suka minum suam berbanding yang sejuk. Kalau suam laju sikit minum. Letak dalam termos and minum jer bila dahaga. Air akar ni pun function dia untuk banyakkan susu. Sama jugak macam phytonatal, anak aku takdelah kembung ke, cirit birit bila aku consume benda ni. In fact dia dah sleep through the night pun sekarang ni walaupun masih dalam hari. Senang sikit kot jaga baby lelaki kan. As long as lepas mandi tuamkan baby insyaallah takde masalah kembung or angin pasang.

Take note set ni takde pilis ya, ginger cream ke apa cuma ada krim barut herbanika tu untuk perut. Aku prefer ginger cream n krim perut Leesa Formula lagi sebab krim tu lagi power dari losyen halia bara whatsoever in the market sekarang. Krim tu kalau pakai peh bepeluh2 perut aku. Krim barut herbanika NR pulak takde lah feel dia se kick Leesa Formula punya cuma aku perasan walaupun macam tu, kesan dia stretch mark kat perut tak de lah nampak horror sangat n perut pun boleh jer langsing hehohhh..

Kalau diberi pilihan, aku nak semua dalam set Nona Roguy, tambah Ginger cream n losyen barut Leesa Formula hihi... Phytonatal memang terbaik lahhh..No sembelit at all I love it. Overall berat aku dah kembali ke berat asal and in fact few kgs lesser than berat asal sebenarnya sekarang ni. Walaupun makan nasik tak hengat banyak gile tapi still turun jugak berat. And thanks to breastfeeding. Awal2 dulu laju jer berat turun, sekarang dah slow down sikit hopefully boleh ler turun lagi hakhakkk..

Okeylah tu jer babai!!

Wednesday, May 27, 2015

Berpantang cara aku

Berpantang kali kedua ni aku rasa lebih relaks berbanding kali pertama dulu. Cuma di hospital aku kena sakit perut macam contraction setiap kali aku susukan baby aku. Memang nyeri jugak la rasa masa rahim nak mula mengecut tu sebab kali ni aku tak rasa sakit langsung masa bersalin. So, sakit sikit pun aku rasa macam sakit lah ceritanya..

Kali ni tak ada episiotomi pun. Baby lahir 3.53kg ada jugak luka sikit bawah tu and jahit sikit. 2nd degree tear. Tapi tak sakit pun bila berjalan.. Hari ke 6 nurse check kat rumah dia cakap macam takde jahitan pn.

Kalau dulu aku alami sembelit teruk masa bersalin anak pertama, kali ni aku dah sedia enema in case aku takde urge nak pergi toilet lebih 3 hari. So, 3rd day aku dah boleh membuang macam biasa dengan bantuan enema. Walaupun aku ada phhytonatal dalam set bersalin NR tu masa awal2 ni aku tak makan lagi lah sebab nak make sure anak aku betol2 bebas jaundice. Kalau dah masuk tiga hari masih takde urge aku akan makan lactulose yang kpj bagi. So far so good. Memang sebenarnya aku nak kurangkan kebergantungan pakai enema tu sebab mesti ada side efffect kan kalau setiap kali nak membuang asyik pakai enema. Lepas 2 minggu baru aku start makan phytonatal setiap kali lepas makan malam 2 bijik. Esok pagi sure akan membuang secara natural. Every day without fail. Badan aku pun rasa ringan jer hahaha..

Bab pemakanan pulak aku memang ambik yang berzat lah sebab aku tak reti makan ikan masin. Tak pernah cuba nak makan pun. So mak aku akan masakkan sup ikan merah, masak ikan tenggiri dan seumpamanya. Awal2 aku makan ikan jer.. Limau sunkist makan hari2 sekurang2nya sebijik so that luka cepat baik. Jus sunquick oren aku minum hari-hari letak dalam botol and minum bila dahaga. Air suam memang sentiasa ada sebab breastfeed baby memang selalu dahaga. Kadang-kadang sekali minum dah habis setengah botol.

Berurut start hari ke 10 selama 3 hari. Memang syok lah bila dah lepas berurut. Aku rasa kali ni aku aktif sikit lah masa berpantang. Alhamdulillah anak aku pun tak ada jaundice. Masa cek first time 8.2 lepas tu makin turun 7.8 so tak perlu warded. Cuma continue breastfeed. Aku memang suka lah breastfeed ni sebab berat aku turun dengan jayanya hahahah in fact lagi ringan berbanding sebelum pregnant dulu.

Aku boleh jer mandikan baby aku sendiri etc. Kalau dulu aku bersalin bila nak siapkan baby atas katil aku rasa sakit pinggang tapi kali ni takde pulak. Walaupun orang kata effect pakai epidural akan sakit pinggang. Tapi aku terbalik pulak. Masa tak pakai yang sakit pinggang masa berpantang.

Anak nombor 2 ni pun tak banyak meragam. Senyap je cuma menagis bila nak susu or perut kembung. Bila aku exercise kaki dia, keluar la angin tu lepas tu tidur balik. Very easy baby menyebabkan aku banyakkk sangat masa and aku rasa lamaanya pantang ni. Still berbaki sebulan lagi cuti tapi aku dah boring teramat dah ni. Takkan hari-hari mengadap tv, playstation, internet semua aku dah boring. Rasa macam nak masuk kerja jerrr tapi sapa nak jaga anak aku pulak wakakaka..

Dats it. Walaupun quite senang this time, I'm soooo gonna go to LPPKN untuk perancang  after this.

Thursday, May 14, 2015

Review Medela Swing Maxi Breastpump

Bila dapat tahu aku mengandung kali kedua, aku dah set dalam kepala untuk breastfeed baby selama yang boleh dan buat stok susu banyak2 masa dalam pantang. So I really2 NEED a good pump tanpa merabakkan poket aku a.k.a poket husband aku lah haha.. I was aiming for Medela Freestyle sebab ramai bagi good review but thinking back, is it even value for money? Sepadan tak dengan poket aku? I'm sooo not willing to spend kalau tak worth sangat whenever dah buat pertimbangan on the kebaikan dan faktor lain yang menyebabkan mungkin ada option yang lebih baik.

Kebetulan ada mother and baby expo dekat pwtc masa aku pregnant so aku ingat nak survey on the pump lah. Medela Freestyle memang lah impian kebanyakan mak-mak yang berniat menyusukan baby semaksimum yang boleh tapi harganya waduhh boleh dapat henbeg sebijik. Kalo beg Longchamp boleh dapat berbijik2 kot.

I was looking for a pump that is lightweight, senyap, double pumping dan yang penting electric sebab aku dah malas nak pam manual. Kat expo ni jugak aku baru tahu kewujudan medela swing maxi. Maxi means it's designed for double pumping. Medela swing ada yang single and double. Eh, ini dah bagus sebab keempat-empat ciri-ciri yang aku nak tu ada. Even some says that swing maxi lebih senyap berbanding freestyle. I dont know.. maybe ada orang yang boleh verify. Difference dengan Freestyle is that Medela FS ada LCD display and it is FREESTYLE obviously.

But fret not, sekarang kan dah ada freestyle pumping bra so tak kisahlah benda tu. Setelah berfikir sejenak aku pun settle with Medela Swing Maxi dengan RM1.2k ++ berbanding Medela FS masa tu promo RM1.7k++. Jimat lah beberapa ratus. Best beli kat expo sebab aku dapat sekali free gift freestyle pumping bra brand simple wishes worth RM100++ jugak tak silap aku and baby carrier.

Sekarang dah hari yang ke sepuluh, dari hari ke 5 lagi aku dah buat stock sebelum start kerja balik nanti.

Setakat ni, regarding the performance of the pump, aku sangat puas hati sebab :
1) Tak banyak parts nak cuci
2) Tak sakit bila pump sebab ada 2 phase expression dan boleh set tahap sedutan kuat ke tak
3) Senyap
4) Ringan, kecil
5) Jimat masa sangat-sangat sebab sekali pam dua belah sekali
6) Jimat duit untuk long term sebab Enfalac A+ dah naik harga :(
7) Boleh elak Miss B bengkak masa dalam pantang sebab agak2 nak penuh cepat2 pam






Selalunya aku akan pam around 10 to 15 minutes max. Baby kan selalu tidur, kadang2 sampai Miss B full pun dia tak bangun lagi. Perut baby pun kecik je kot 2oz minum dah cukup. Excessive milk supply ni kalau tak pam sayang je kan. At least boleh buat stock.

Ok lah tu je review aku. Till then, bye!

Bersalin anak kedua

Expected due date aku sepatutnya 3 May 2015. Tapi sampai ke hari tu tak ada langsung tanda-tanda aku akan bersalin. Penat bawak perut tak payah cakapla.. Nampak gaya ni macam nak overdue :(

Masa hari EDD aku gigih ke Sogo kononnya nak bagi cepat bersalin. Malam tu ada rasa sakit perut sikit tapi tak konsisten and hilang macam tu je menjelang pagi. Disebabkan memang aku ada appointment 4 May 2015 aku pun gerak ke KPJ untuk checkup. Kalau kena extend untuk bersalin lagi seminggu rasanya memang aku tak larat.

Sampai hospital dalam pukul 10.30 pagi. Instead of normal checkup, aku disuruh naik ke tingkat 3 untuk check bukaan serviks etc. Barang semua dah ready dalam kereta in case aku bersalin hari ni. Ada dua orang staff nurse assist masa tu untuk tukar baju dan masuk labour room terus. Staff nurse check bukaan aku dan confirm dah 5cm dilated. Diorang estimate dalam pukul 3 aku akan bersalin. Masa ni aku pelik jugak sebab tak rasa sakit pun. Lepas cucuk enema, aku pun ada urge nak ke toilet untuk clearkan apa yang patut sebelum bersalin. Normal procedure la kan..

Disebabkan pengalaman bersalin dulu yang sangat sakit sampai nak putus nyawa aku rasa, so aku request nak epidural. Then staff nurse arrange untuk epidural after a while doc anest pun datang. Dia pelik aku boleh gelak-gelak lagi dah dilate 5cm. Tanya aku confirm ke nak epidural sebab aku tak nampak macam sakit. Maybe badan aku boleh tahan. Buat aku terfikir jap.. tapi mengenangkan sekejap lagi mesti sakit so aku pun proceed. Teruk kan aku hahaha..

So doc anest explain pros n cons, the procedure so on and so forth, lepas tu proceed with it. Masa cucuk yang pertama tu aku rasa macam ada benda sejuk lalu dekat pinggang aku. Lepas 3 minit cucuk yang kedua walaupun anest dah cakap jarum besar sikit tapi dah tak rasa sakit sebab yang pertama dah took effect. Selesai proses cucuk epidural tak sampai 10 minit pun. Syaratnya badan jangan bergerak la masa cucuk tu so that the process can be done smoothly.

Dalam labour room kali ni lebih tenang aku rasa. Tenang banyak la.. Sebab contraction tinggi pun boleh senyum sembang-sembang dengan husband and zikir sikit-sikit. Nervous jugak fikir nak keluarkan anak sorang lagi ni. Dalam labour room aku makan kurma and minum air zam-zam je sebab dah tak boleh makan makanan berat. Nasib aku sempat breakfast pagi tadi.

Almost 1.30pm bukaan baru 6cm.. Aku rasa lambat lagi kot nak bersalin ni. Then nurse cakap nak cepat bukaan baring mengiring. So aku ikutkan aje la. Mesin ctg masih terpasang di perut sejak mula tadi. Kejap2 nurse datang pasangkan tiub untuk aku kencing. Serius tak rasa macam tengah kencing pun tapi aku boleh dengar kot air mengalir masuk besen besi yang nurse pegang tu. Then doc datang pecahkan air ketuban. Sekejap je prosesnya.. Takde bunyi pop macam anak pertama aku dulu sebab kali ni doctor yang pecahkan.

Nurse datang pakaikan pad, tukar everytime dah basah sangat bawah tu dengan air ketuban yang keluar sikit-sikit. Then cukurkan bulu bawah tu ohh my agak segan jugaklah walaupun aku dah buat sendiri sebelum datang hospital. Setiap 15 min ke setengah jam nurse akan datang cek. Tapi takdelah cek bukaan selalu. Dalam pukul 2.30 pm aku tertidur sebab boring takde cerita best pun kat tv.

Pukul 3.00pm nurse kejutkan untuk cek bukaan. Then dia cakap dah 10cm dilated. Dia tanya aku tak rasa sakit ke? Serius aku takde rasa sakit obviously sebab epidural tu lah. Dalam hati aku macam mana nak push sebab aku tak ada urge nak push langsung sebab tak sakit. Nurse call doctor lepas tu doc datang untuk assist labour aku.

Susah ya nak push kalau tak sakit sampai 1 tahap aku tak tau apa yang aku buat. Tak nak lah end up dengan ceasar sebab kebodohan mengepush ahahahaa.. Dulu masa kali pertama tak ada ubat langsung dalam 3 or 4 kali push dah keluar baby. Aku try jelah push walaupun tak sakit langsung. Nurse and doc memang bagi support suruh push betul-betul. Siap cakap kepala baby jauh lagi nak pakai forcep or vakum pun tak boleh. Omg.. aku rehat jap, ambik nafas panjang and terus push push push... sampai dah nampak kepala baby. Ulang balik proses tu sampailah akhirnya pukul 3.32pm keluar jugak baby boy aku seberat 3.53kg ke dunia. alhamdulillah...



Fresh from the oven


Day 0

Welcome to the family our little bundle of joy!


Day 7