Saturday, April 20, 2013

Kos bersalin wad kelas 1 Hospital Serdang

First and foremost, bersalin di Hospital Serdang amat memuaskan bagi aku. Doktor, midwife dan nurse semua memang ambil berat pasal pesakit, siap wish goodluck dan doa semua selamat masa nak tolak ke labour room lagi. Masa kat PAC room even doctor not on duty pun greet nicely lepastu advice suruh baring kalau tak tahan sakit sangat, selawat and everything. Never a single traumatic moment for me as many reviews been read during my pregnancy on how bad the service of government hospital is. Cuma jangan nak gedik and mengada lah ok memang la orang malas nak layan. Bukan kau sorang patient kat situ. How people treat u is based on how u treat people also laa.. Yin and Yang.

Back to the topic. Aku buat keputusan bersalin kat Hospital Serdang sebab tu paling dekat dengan rumah, senang family member nak datang in case things does not went smoothly as u wish i.e anak masuk nicu macam kes aku laaa.. 

3 hari aku duduk wad kelas 1 and kosnya  ialah :



RM 630 sahaja. Kalau bayar deposit RM 800 untuk kelas 1 pun akan dapat refund balik sebab total bil tak sampai RM 800 pun. Ni pun sebab dah tolak subsidi kerajaan. Nak ikutkan total kos RM 1,520 kalau takde subsidi. Thank you kerajaan Malaysia. 

Sebab aku ada medical card ING tak perlu bayar deposit cuma call insurance suruh issue Guarantee Letter (GL) je. So total cost untuk aku selama bersalin ni is RM0.00.. Sooo happy.. hahahhaha..




Orang tanya kenapa tak pergi beranak kat Prince Court sedangkan company husband cover bersalin sana. Bagi aku tak payah la nak ber Prince Court bagai sakit nye sama je. Dah la tengah kl buatnye jem mampus beranak dalam kereta. Prince Court kemana, anak kemana. Aku dah masuk wad KPJ, Hospital Pantai (ni melawat orang ok) tapi wad Hospital Serdang is the best bagi aku. 

Bilik sorang, orang kemas tiap-tiap pagi, husband teman skali, bilik air dalam bilik guna sendiri je xshare, baju bedobi, sampah hari-hari kutip, vacum hari-hari, nurse baik gila siap cerita pengalaman bersalin sendiri, doktor dah la cantik, baik pulak tu cuma wad xde tv je. Alhamdulillah xde skali pon aku kena cek dengan doktor lelaki sepanjang bersalin. Kalau tak maunye tak besalin aku. Hahaha.. And again, thank u to those who take a good care of me masa duduk kat wad 8B Hospital Serdang. God bless.

Wad nicu baby aku je kena bayar RM62 untuk 3 hari sebab baru lahir takde insurans lagi. Hehehehe.. Hopefully this helps sapa-sapa yang tengah survey nak bersalin kat mana. Trust me, government hospital is the best provided that u are not gedik and mengada type. Yang tu aku pon rasa nak lempang laju-laju. Booo!!! Ok bye :)

Kos servis Nissan Almera 1000km

Hai!

Bagi yang tertanya-tanya.. ni experience aku sendiri. Total cost servis Almera 1000km is only RM90 provided that labour fees is free during certain period. 

Siap servis dan cuci kereta sekali for free. :)

Prosedur beli kereta

Hello guys... :)

Been such a long time never write anything here. Tipu cakap busy.. actually nobody is busy, if u want it u'll make time for it no matter what. Straight to the point.

Now that u have in mind what car u want to buy.. Every day and night dream of it. The smell of new car.. even game the sims pon mood enlighten a bit of smelling new car. Hehe.. Ok enough. First thing first, decide dulu kegunaan dan penggunaan kereta tu mainly untuk apa. For instance, macam aku ada new family member nak boh stroller mana la muat dalam myvi tecik aku. So, aku perlukan sebijik kereta sedan dan bagi aku anak sorang takkan lah aku nak angkat mpv. Lainlah next year nak beranak lagi. :P

Banyak lagi faktor lain kena consider contohnya :

    • jimat minyak atau tak. Unless anak tauke minyak sukati lah nak angkat kereta makang minyak banyakk.. Or, anak orang kaya or even hang memang kaya where money is not a problem at all. 
    • maintenance cost. Meaning kos servis, alat ganti etc. Bukan hat yang bayaq bulan-bulan tu. Kalau kereta tu tak pandai rosak asai bawak ja bmw pon boleh aihh nak pakai. Hahahahhahahaaa...
    • insurance and road tax masa birthday dia tiap taun. Note that makin mahal harga kereta tu, makin mahal la insurans dia tetiap tahun. Unless for new car hampa ada transfer ncd (non claim discount) dari kereta lama ke kereta baru so tak sakit sangat nak bayaq.. Maksimum ncd tak silap aku 55% la kot.. More or less. 
    • penumpang. Hokey ni boleh masuk dalam salah satu faktor consider beli kereta sebab kalau single boleh la angkat viva ka.. swift ka.. mirage ka.. keta compaq yang kiut miut. Kalau dah kawen tiap weekend bawak mak mentua shoping boleh la angkut sedan ka.. adik baradik or anak ramai angkut mpv or van sudahhh.. Tak pon lori ikot suka hampa laa..
And now.. dah bekenan, p la showroom dia. Pi test drive dulu apa macam kena tak di hati tu.. Sales assistant (SA) will guide u from a to z. Depa pon nak makan komisyen jugak kan.. Jarang ada SA yang main tipu kalau kat showroom. Kalau beli kereta second tak tau la pulak..

Then, bayar booking fees range dalam RM500 ke RM1,000 lebih kurang je proses macam beli rumah cuma beli kereta lagi cepat prosedurnya.. This booking fees is usually refundable in case tak jadi beli. Then kira-kira sume berapa loan yang korang nak buat lepas tolak deposit yang korang boleh bayar. Better siapkan at least 10% deposit la ok hutang banyak-banyak pon tak tenang aihh.. Deposit tak perlu bayar lagi sampaila dapat kunci.

Pasal loan ni, kalau nak senang lulus bayaran bulanan tu mesti tak lebih 1/3 dari pendapatan korang lepas dah tolak komitmen lain macam rumah, kad kredit, personal loan etc. Kalau tak, maybe kena ada penjamin. Tak sure la pendapatan tu gross income ke net income. Hehe.. Better if net la kan.. Gross pebendenye kene tolak EPF, income tax bagai dulu.. 

Biasanya hari ni submit dokumen, esok loan dah lulus. Antara dokumen yang dikehendaki : slip gaji 3 bulan, bank statement 3 bulan. Dah lulus then tunggu jelah perkhabaran dari SA bila nak dapat kereta dan setel kan balance downpayment tu.

So, here's my new baby.. Walaupun tak canggih macam kereta hampa.. tapi asal kena dengan family kecik aku sudahhh.. Travel jauh pun mesti ok sebab sebelum ni aku pakai myvi 1.3(A) ni upgrade sikit la 1.5(A) ada la jugak progress. Hahahahaaa...


Masa dalam showroom lagi



Overall alhamdulillah walau first time beli kereta sendiri tak de la experience kena tipu ke apa. Semua went smoothly and even my SA Mr. Tan did a very good job siap kawtim interest rate kereta bagi rendah lagi dengan bankers. Booking lepas tu within 2 weeks time dah dapat kunci. So happy hunting guys!

Bye!