Sunday, December 15, 2013

Kundasang with love




Cantiknya Sabah, subhanallah. Kali ni cuma pergi berdua. Baby tinggal tokmama hehe.. Sampai dalam pukul 3.00 petang so target nak sampai Kundasang dalam pukul 6.00 ++ lepas setel kereta sewa etc. Satu tips sila download apps Waze memang senang je nak pergi mana-mana attraction point. Jalan dari KK ke Kundasang memang takde lampu jalan and note that Sabah gelap awal. Masa tu jarak pandangan memang terhad sebab dah gelap dan berkabus. Sampai Celyn Resort Kinabalu dalam pukul 6.30pm tapi macam dah pukul 9 gelapnya.. -_- Resort ni pun cari guna Waze kalau tak memang takkan jumpa ler.. Jauh ke dalam dan jalan nak ke resort cuma halfway bertar. Mampusla kete Viva Elite tu haha tapi memang boleh 'pergi' orang kata. Saing-saing triton kalau ikot belakang.. Tu pon leh saing kalau ada lori lambat macam siput haha

Malam pertama kami just check in lepastu segarkan badan sembahyang etc dan turun semula nak pergi cari makan. Ada je room service tapi saja nak cari ubat gigi sambil jalan pekan kundasang. Ingatkan semua hotel ada sediakan ubat gigi unfortunately not this one. Ok la small matter je pon. Kitorang makan KFC je sini lepastu balik resort. Ada je kedai runcit, jangan risau. Tapi pam minyak kat sini tutup pukul 6 pm.

Esoknya pukul 5 pg dah bangun semangat nak tengok gunung tapi sebab hujan memang berkabus dan tak nampak langsung. Lepas breakfast terus pergi poring dekat Ranau. Kat poring banyak benda boleh buat. Ada hotspring, canopy walk, etc. Kalau decide nak mandi bawakla baju tapi aku malas sebab banyak lagi tempat nak pergi.








Canopy walk tu gayat ok.. Kalau tengok bawah memang bikin pening.


Check point canopy walk. Cantik sangat kehijauan hutan dalam ni. Kalau panjat Gunung Kinabalu mesti lagi cantik pokok2 kat sana. Frust si gunung sombong amat. Totally tak nampak huhu... masa ni pun denai licin. Kena jalan hati-hati la. Aku pulak pandai giler pakai flats memang lenjan abes flat aku masuk hutan macam ni, Such a noob haha.. Pakaila kasut sesuai ok next time.


Lepas tu pergi Sabah tea. Jalan shortcut lagi sebab pakai waze. Kat sini  takde apa pun tapi kalau nak tengok ladang teh ok la kot. Ada satu cafe kat sini sape nak makan. Aku datang sini pun sebab dia bersebelahan dengan Kampung Luanti je tempat attraction yang banyak ikan. Sekejap je kat sini cuma beli 3 kotak teh sabah RM11 saje je padahal kat Jusco pun ada tak silap hehe..





Ikan kat sini jinak-jinak macam kat Kenyir. Nak masuk pun ada nombor giliran sebab tak boleh ramai2 sangat. Makanan boleh beli sepaket RM0.20..takde makanan pun ikan2 tu akan datang jugak. Pelahap betol.

Then terus pergi Kinabalu Park. Kat sini guna tiket sama je dengan tiket Poring. Mesilau pun guna tiket sama. Jimat2.. :)

Kinabalu park boleh masuk kereta. Memang tak larat la nak jalan kaki dalam tu. Cantik sangat dan banyak tupai jinak. Kat sini kalau nak jalan kaki boleh je tapi masakkk laa haha..


Isi minyak dulu.. Comel je pam minyak die.

Lepastu makan kat restoren kat pekan kundasang. Okeyla restoren ni ramai je orang. Yang penting kepak ayam die sedap giler.

Ngam2 je nak pergi Desa Cattle tengok lembu. Time perah susu pukul 3 petang tiap2 hari. Sebelum ke Desa Cattle ada je lagi satu tempat attraction iaitu War Memorial tapi malas pulak nak pegi.





Argh busuknye.. Haha.. Takder lah New Zealand sangat tapi okeyla.. Tengok lembu beratur perah susu pun RM4. Kelas kau lembu! Sampai jem entrance nak tengok lembu punya pasal. Nasib aku dah sampai awal. Seriusly bukan sebab lembu ni pandai sangat beratur nak kena perah susu. Aku rasa sebab time tu pun diorang bagi lembu2 ni makan and lorong nak masuk tu cukup2 je badan sekor lembu so nampak ler macam beratur. Exaggerate sangat ok. Aku beli 2 kotak susu coklat tapi sori bau lembu tak sanggup nak telan dah. Husband aku pun sama. Pergi tempat anak lembu dan kambing boleh bagi diorang makan tapi hmmmhhhh bau erghhh... Susu lagi skotak pun end up bagi jer kat orang. Dua2 tak boleh telan. Rasanya tempat ni kalau budak2 pergi ok la. Honeymoon spoil mood je bau lembu hehe..





Ini kat Mesilau Park. Ok la cantik macam kat Kinabalu Park. Pencinta nature macam aku memang suka sangat laa...

Balik Mesilau kitorang lepak kat Pine. Kengkonon nak tengok Kinabalu but tak dapat la sebab orang kata kalau nak tengok seluruh gunung kena bangun pagi2.. -_-

Pine seriously cantik. Next time nak duduk sini hehe..










Depan bilik kat Celyn



Goodmorning cinta! Rise and shine. Masa ni around 5.30am



Slope naik Celyn, but in the end all worth it



Gunung yang tak malu lagi hari ni.. Our last day, terima kasih sebab tunjuk muka. 


Bye sayang see u again

Head to Kota Kinabalu first thing in the morning after breakfast. Flight balik pukul 6 so pergi Pekan Nabalu dulu. Keychain beli sini memang murah gila la.. Betol orang cakap. (Ni kalau nak compare dengan KK). Benda sama je sebenarnya.. Lepastu pergi Pasar Filipin ergh rasa panas gila sebab sebelum ni dok layan sejukk je kat Kundasang tu hehhe.. Malas nak shoping dalam tu. Aku cuma beli rumpai laut dan amplang je sebab benda lain tak minat.

Straight je pergi Jamilah Jewellery beli pearl. Takla minat sangat pearl, cuma beli untuk orang lain je lebih. 


Pantai Tanjung Aru

Pergi buang masa kat Tanjung Aru jap tengok makcik2 menari poco2 dengan lagu anak kampung yang femes tu. Rajin sungguh.. Aku ada plan lain sebenarnya.. Nak makan lokan kat Sepanggar tapi semua spoil sebab ada orang nak jumpa. Last sekali makan pataya je kat kedai -_- 

End the day melayan cerita the time traveller's wife dalam flight balik KL. Best! Definitely will come again to Sabah untuk trip pulau pulak.Insyaallah one fine day.