Wednesday, April 22, 2015

Mengandung minggu ke 38

Ticker menunjukkan hari ni genap aku mengandung 38 minggu 3 hari. Tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi sebelum due date. Sakit badan jangan cakap lah sekarang. Kalau boleh aku nak bersalin cepat-cepat sikit huhu..

Ramai yang cakap perut aku besar kali ni berbanding yang pertama dulu. Yelah, besar sebab nak shave yg kat bawah tu pun dah tak nampak langsung. Kena pakai cermin. Unlike masa mengandung kali pertama nampak lagi okey... Duh...

Hari ni aku rasa baby sangat aktif dari pagi. Kenapa ek.. Selalu aku buat kerja sampai tak perasan baby punya movement sebab banyak lagi benda lain nak fikir. Tapi hari ni kemain ya.. kembung-kembung perut aku dia dok begolek dalam tu. Siap tersedu-sedu bagai lagi (aku rasa la sebab ada satu time tu macam berdetak sedu-sedu macam tu) ah tak tau nak describe macam mana.

Dulu aku mengandung kembar darah. Kali ni macam mana ek. Aku risau jugak sebenarnya kalau tak ada apa-apa tanda tetiba dah ada bukaan ke apa kan. Sebab anak kedua jalan tu dah ada. Harap-harap jangan la macam tu. Huhu..

Pasal aku pulak macam biasa la.. tak boleh tengok toilet kotor. Hari-hari nak sental lepas tu letak air freshner. Kalau aku rasa bau air freshner tu tak kuat or dah kurang wangi harus cari yang baru. Dalam kereta pulak ambi pur tu kadang-kadang aku cabut ambik bau sepam dua rasa best je. Pembawakan kot walaupun aku tau chemical kan memang tak baik untuk baby tapi tak boleh tahan la. Kalau pergi Jusco market tu aku paling suka duduk lama-lama kat bahagian sabun. Tarik nafas dalam-dalam sebab nak bau dia. Lepas bersalin harap takde perangai pelik macam ni lagi la.

Oh ya dua minggu sebelum ni aku kena food poisoning lepas makan bento. Malam tu rasa perut mengeras sentiasa. Aku ingat nak beranak dah skali pergi toilet habis muntah semua. Lega... Baru perut tak mengeras. Then boleh tidur macam biasa tapi pukul 6 pagi tu aku muntah lagi tak sempat pergi toilet muntah tepi katil ok! Argh sudah... Siap warna hijau kuning semua ada. And perut mengeras. MC lah hari tu tak pergi kerja. Pegi klinik doktor cakap food poisoning pun boleh trigger contraction. Patutlah sikit-sikit mengeras.

Then lepas dua tiga hari kena food poisoning tu tetiba satu badan rasa gatal macam kena hama. Aku mandi dengan air garam pun tak jalan jugak. Takde lah bintik ke, gigitan nyamuk ke apa cuma gatal satu badan dari kaki sampai kepala. Boleh melecet kalau garu pakai kuku. Even sampai sekarang pun aku gatal lagi cuma tak seteruk masa mula-mula kena dulu. Sampai tak boleh tidur and bahu aku bengkak sebab menggaru punya pasal. Habis bab gatal kaki bengkak pulak macam katak kembung dah aku tengok. Dulu tak de pulak macam ni. Btolla simptom mengandung ni lain-lain tiap-tiap anak.

Sekarang kaki dah tak bengkak, cuma sakit celah kangkang bila nak start bangun atau jalan. Memang rasa susah tapi demi anak apa saja aku turutkan. Haha.. Walaupun orang cakap mengiring ke kiri lebih  baik untuk baby tapi badan aku tetap selesa mengiring ke kanan. Nanti tengah malam bila sedar baru aku mengiring ke kiri sebab dah lenguh nak tampung berat bila baring macam tu.

Kedudukan baby dah kat bawah. Last week check up doc cakap dah engage sikit. Baru-baru ni check up tak engage lagi pulak. Mana-mana jelah.. Haha.. This week check up tengok lah macam mana cerita dia. Aku ingat nak servis aircond lah this week. Panas gile tidur sekarang sampai pasang econ dengan kipas sekali lepas tu ikat rambut tinggi-tinggi baru boleh tidur. Tak pun aku je yang rasa panas macam tu.

Oklah, we'll see bila aku akan pop out dengan simptom-simptom yang aku cakap kat atas ni ek..

** Baru buat submission e-filing hari ni lepas datang mood. Better late than never :)

Tuesday, April 7, 2015

36 weeks and counting



Already 36th weeks..!! How time flies.. Sekarang dah kira macam menunggu hari lah kan sebab dah full term. Alhamdulillah...

Bila ingat balik nervousnya lahai.. Last checkup which is a few days ago, doc had confirmed baby dah engage sikit. Meaning big chances for normal delivery as well kali ni. Usually anak kedua lambat sikit engage, sometimes masa ibu ada contraction baru engage. Aku tanya does this means that I will be in labour earlier than expected? Ans : not necessary. Baby weight dh 2.6kg sekarang. Tumbesaran ok, ngam2 je dengan due date. Good boy you are.

What happen to me? Normal ke eh gatal-gatal je badan ni walaupun takde nyamuk gigit pon. Aku garu sedap gila sampai melecet tempat yang digaru tu. Kaki dah berparut bagai sebab gatal. Waduh2.. Ada yang cakap normal lah kalau macam tu. Pembawakan budak ni lain-lain.

Tapi seriously pregnant kali ni agak payah sikit. Maybe sebab peningkatan umur atau aku culas pantang masa anak first dulu hehe.. Tak tahan tengok adik aku makan mekdi dengan coke masa tu. Mai seteguk.. fuh.. nah sekarang rasain loo.. Bukan niat nak merungut ya.. cuma aku bagi tau memang ada beza lah badan dah pernah beranak dengan baru first time beranak. Even bos aku and orang sekeliling notice baby bump agak besar kali ni. Huhu.. Yelah dah loose kot. Haha..

Tak tahu lah kalau ada nombor 3 pulak tah2 badan dah macam rumah berjalan. Sometimes tengah malam sangat sakit kalau aku banyak berjalan siang. Selalunya weekend lah jadi camtu sebab siang g jalan mall lah ape lah.. Weekdays cuma g opis, balik opis so badan tak letih sangat. Otak je letih. sobs.

Sampai saat ni tak finalise lagi nama baby. Dulu masa bujang kemain angan-angan list nama anak dah siap berjela dah bebetol nak beranak tak tau pulak nak letak apa. Malas lah nama fancy2 sangat last2 panggil boy or girl or baby je.. Hadoih.. Nak cari nama yang tak manja2 sangat sebab boy biar dia bertokoh sikit lah.

Tak tahu bila aku akan menulis lagi. So dah ngantok bye for now :)

iPhone tak boleh connect wifi

Suddenly hari ni iPhone baru aku tak boleh connect unifi kat rumah. Stress!! Sebab aku dah dapat configure way to solve the problem, immediately aku up 1 entry sini. Hopefully will help those yang ada problem macam aku tadi. 

Pencarian mencari solution ada jugak yang tak masuk akal macam heat kan iPhone dengan hairdryer (wtf) atau letak dalam fridge so that iPhone boleh function normally balik. Being me, I don't believe such crap tapi kalau dah terdesak boleh la try. I would rather change the phone to a new one sebab still ada warranty dan melayan segala kesulitan rather than do something that might void my device warranty. Tak worth it kot..

Ok now..

Disclaimer dulu ya.. This step applicable for iphone that can't connect to Unifi ONLY. Selain dari tu, I have no idea. Don't ask  me, I'm not even a tech savvy pon haha..

1) Dekat address bar just taip 192.168.0.1
- Nanti akan keluar TM wireless page something like that. Username taip admin, password biar je kosong.



Klik setup --> Wireless setting  --> Manual wireless network setup

Then akan keluar gambar macam kat atas ni. 

Tukar channel width ke 20Mhz macam kat atas ni. Default rasanya 40Mhz. Save setting.


2) Dekat iphone korang klik Forget This Network bila klik kat simbol i warna biru tu. (refer gambar no 3). Then try connect network tu balik dengan masukkan password macam wifi macam baru mula-mula nak buat sebelum jadi auto connect.




3) Taraaa... See? Berjaya jugak connect akhirnya lepas aku buat semua step simple kat atas ni. Fuh! (anyway, simbol i biru tu can be seen kat bawah ni :)




Ok thats all for now. Hopefully no one need to heat/freeze their iPhone after this haha... Bye...