Wednesday, April 22, 2015

Mengandung minggu ke 38

Ticker menunjukkan hari ni genap aku mengandung 38 minggu 3 hari. Tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi sebelum due date. Sakit badan jangan cakap lah sekarang. Kalau boleh aku nak bersalin cepat-cepat sikit huhu..

Ramai yang cakap perut aku besar kali ni berbanding yang pertama dulu. Yelah, besar sebab nak shave yg kat bawah tu pun dah tak nampak langsung. Kena pakai cermin. Unlike masa mengandung kali pertama nampak lagi okey... Duh...

Hari ni aku rasa baby sangat aktif dari pagi. Kenapa ek.. Selalu aku buat kerja sampai tak perasan baby punya movement sebab banyak lagi benda lain nak fikir. Tapi hari ni kemain ya.. kembung-kembung perut aku dia dok begolek dalam tu. Siap tersedu-sedu bagai lagi (aku rasa la sebab ada satu time tu macam berdetak sedu-sedu macam tu) ah tak tau nak describe macam mana.

Dulu aku mengandung kembar darah. Kali ni macam mana ek. Aku risau jugak sebenarnya kalau tak ada apa-apa tanda tetiba dah ada bukaan ke apa kan. Sebab anak kedua jalan tu dah ada. Harap-harap jangan la macam tu. Huhu..

Pasal aku pulak macam biasa la.. tak boleh tengok toilet kotor. Hari-hari nak sental lepas tu letak air freshner. Kalau aku rasa bau air freshner tu tak kuat or dah kurang wangi harus cari yang baru. Dalam kereta pulak ambi pur tu kadang-kadang aku cabut ambik bau sepam dua rasa best je. Pembawakan kot walaupun aku tau chemical kan memang tak baik untuk baby tapi tak boleh tahan la. Kalau pergi Jusco market tu aku paling suka duduk lama-lama kat bahagian sabun. Tarik nafas dalam-dalam sebab nak bau dia. Lepas bersalin harap takde perangai pelik macam ni lagi la.

Oh ya dua minggu sebelum ni aku kena food poisoning lepas makan bento. Malam tu rasa perut mengeras sentiasa. Aku ingat nak beranak dah skali pergi toilet habis muntah semua. Lega... Baru perut tak mengeras. Then boleh tidur macam biasa tapi pukul 6 pagi tu aku muntah lagi tak sempat pergi toilet muntah tepi katil ok! Argh sudah... Siap warna hijau kuning semua ada. And perut mengeras. MC lah hari tu tak pergi kerja. Pegi klinik doktor cakap food poisoning pun boleh trigger contraction. Patutlah sikit-sikit mengeras.

Then lepas dua tiga hari kena food poisoning tu tetiba satu badan rasa gatal macam kena hama. Aku mandi dengan air garam pun tak jalan jugak. Takde lah bintik ke, gigitan nyamuk ke apa cuma gatal satu badan dari kaki sampai kepala. Boleh melecet kalau garu pakai kuku. Even sampai sekarang pun aku gatal lagi cuma tak seteruk masa mula-mula kena dulu. Sampai tak boleh tidur and bahu aku bengkak sebab menggaru punya pasal. Habis bab gatal kaki bengkak pulak macam katak kembung dah aku tengok. Dulu tak de pulak macam ni. Btolla simptom mengandung ni lain-lain tiap-tiap anak.

Sekarang kaki dah tak bengkak, cuma sakit celah kangkang bila nak start bangun atau jalan. Memang rasa susah tapi demi anak apa saja aku turutkan. Haha.. Walaupun orang cakap mengiring ke kiri lebih  baik untuk baby tapi badan aku tetap selesa mengiring ke kanan. Nanti tengah malam bila sedar baru aku mengiring ke kiri sebab dah lenguh nak tampung berat bila baring macam tu.

Kedudukan baby dah kat bawah. Last week check up doc cakap dah engage sikit. Baru-baru ni check up tak engage lagi pulak. Mana-mana jelah.. Haha.. This week check up tengok lah macam mana cerita dia. Aku ingat nak servis aircond lah this week. Panas gile tidur sekarang sampai pasang econ dengan kipas sekali lepas tu ikat rambut tinggi-tinggi baru boleh tidur. Tak pun aku je yang rasa panas macam tu.

Oklah, we'll see bila aku akan pop out dengan simptom-simptom yang aku cakap kat atas ni ek..

** Baru buat submission e-filing hari ni lepas datang mood. Better late than never :)

No comments:

Post a Comment