Wednesday, December 24, 2014

Simptom mengandung anak kedua

Anak nak masuk dua yaw.. boleh crossed salah satu wish list aku sebelum cecah 3series hehe.. Ni jelah antara simptom yang aku hadapi masa pregnancy kali ni.

1) Antara yang ketara banyak kahak. I hate spitting tengok orang spit merata-rata pun macam eiii gross nak mampus. Tapi tulah, benda yang tak suka memang selalu datang pon. Masa pregnant kali ni sedia la plastik whatsoever untuk buang lendir-lendir tak berkenaan tu. -sorry if it sounds disturbing- oh my!

2) Tak suka ayam. Prefer steak berbanding chicken chop. Obviously lah sebab dah cakap tak suka ayam kan. Tapi masuk 5 bulan dah boleh makan ayam la cuma kalau ada benda lain memang tak prefer.

3) Yup, ada morning sickness tapi cuma 3 bulan pertama. Tu pun mild je tak delah sampai dehydrated ke apa. Boleh kira dengan jari lah berapa kali je muntah masa pregnancy kali ni.

4) Lapar selalu. Makan macam monster lepas dah habis fasa morning sickness. Monthly check up baru 5 bulan dah naik 4kg! Kesannya aku kena minum air gula next check up. Choy!

5) Tiba-tiba suka nak pakai barang kemas. Sebelum ni memang aku simpan je gelang ke rantai tak pakai pun sebab rimas. Tapi masa pregnant ni aku suruh husband beli gelang emas ko.. Tak penah-penah sampai husband aku pun pelik. Layan jelah craving bini dia ni. Nak buat macam mana dah aku asyik menyanyi-nyanyi. Hehe..

6) Suka makan asam. Pelik eh sebab sebelum ni aku tengok mangga muda pun seram sebab dah terbayang masam macam mana. Aku tak suka asam sebab taknak otak kecut. Tah dari kecik aku rasa kalau makan asam nanti otak kecut. Ngeng.

7) Baby ni suka duduk belah kiri perut je tak tau lah sebab apa. Belah kanan rasa kosong. Pelik ke eh?

Selain dari yang kat atas ni, perubahan kat diri aku pulak tak delah apa sangat pun. dah 21 weeks pregnant pun masih takde baby bump yang ketara. Sekarang ni fasa confuse buncit ke pregnant. Hadoii... Cumanye kalau mood rajin aku datang habis satu rumah aku kemas lepastu sakit segala sendi punggung time nak berjalan. Seksa sungguh.

Dah scan baby dan insyaallah it's a Boy! Orang kata naluri ibu selalu betul tapi malangnya aku rasa aku takde naluri apa2 pun nak predict gender baby so better buat scan jelah kan. Tapi ada je yang scan lain keluar lain. Apa pun Alhamdulillah... Get to smell bau syurga again. Till then!