Thursday, May 14, 2015

Review Medela Swing Maxi Breastpump

Bila dapat tahu aku mengandung kali kedua, aku dah set dalam kepala untuk breastfeed baby selama yang boleh dan buat stok susu banyak2 masa dalam pantang. So I really2 NEED a good pump tanpa merabakkan poket aku a.k.a poket husband aku lah haha.. I was aiming for Medela Freestyle sebab ramai bagi good review but thinking back, is it even value for money? Sepadan tak dengan poket aku? I'm sooo not willing to spend kalau tak worth sangat whenever dah buat pertimbangan on the kebaikan dan faktor lain yang menyebabkan mungkin ada option yang lebih baik.

Kebetulan ada mother and baby expo dekat pwtc masa aku pregnant so aku ingat nak survey on the pump lah. Medela Freestyle memang lah impian kebanyakan mak-mak yang berniat menyusukan baby semaksimum yang boleh tapi harganya waduhh boleh dapat henbeg sebijik. Kalo beg Longchamp boleh dapat berbijik2 kot.

I was looking for a pump that is lightweight, senyap, double pumping dan yang penting electric sebab aku dah malas nak pam manual. Kat expo ni jugak aku baru tahu kewujudan medela swing maxi. Maxi means it's designed for double pumping. Medela swing ada yang single and double. Eh, ini dah bagus sebab keempat-empat ciri-ciri yang aku nak tu ada. Even some says that swing maxi lebih senyap berbanding freestyle. I dont know.. maybe ada orang yang boleh verify. Difference dengan Freestyle is that Medela FS ada LCD display and it is FREESTYLE obviously.

But fret not, sekarang kan dah ada freestyle pumping bra so tak kisahlah benda tu. Setelah berfikir sejenak aku pun settle with Medela Swing Maxi dengan RM1.2k ++ berbanding Medela FS masa tu promo RM1.7k++. Jimat lah beberapa ratus. Best beli kat expo sebab aku dapat sekali free gift freestyle pumping bra brand simple wishes worth RM100++ jugak tak silap aku and baby carrier.

Sekarang dah hari yang ke sepuluh, dari hari ke 5 lagi aku dah buat stock sebelum start kerja balik nanti.

Setakat ni, regarding the performance of the pump, aku sangat puas hati sebab :
1) Tak banyak parts nak cuci
2) Tak sakit bila pump sebab ada 2 phase expression dan boleh set tahap sedutan kuat ke tak
3) Senyap
4) Ringan, kecil
5) Jimat masa sangat-sangat sebab sekali pam dua belah sekali
6) Jimat duit untuk long term sebab Enfalac A+ dah naik harga :(
7) Boleh elak Miss B bengkak masa dalam pantang sebab agak2 nak penuh cepat2 pam






Selalunya aku akan pam around 10 to 15 minutes max. Baby kan selalu tidur, kadang2 sampai Miss B full pun dia tak bangun lagi. Perut baby pun kecik je kot 2oz minum dah cukup. Excessive milk supply ni kalau tak pam sayang je kan. At least boleh buat stock.

Ok lah tu je review aku. Till then, bye!

No comments:

Post a Comment