Tuesday, November 12, 2013

Short getaway to Miri




Miri. Bandar kecil yang tenang. Aku sampai sini pertama kali pada Oktober 26, 2013. Tujuannya satu. Nak tengok tempat suami aku cari rezeki untuk family kecil kami, disamping luangkan masa together2. Just a short weekend getaway, pergi Sabtu balik Ahad.

Bukan tak pernah fikir nak datang selama ni, cuma keadaan aku yang tak mengizinkan. Dah lama tak naik flight, last naik masa pergi Singapore tengah pregnant 3 bulan. Tak ada beza pun, cuma kali ni aku naik flight bawak budak kecik. Ya, sorang diri uruskan karenah anak aku sepanjang 2 jam penerbangan. Tuhan saja yang tahu betapa aku berdoa supaya dia behave well dalam flight. Alhamdulillah, a lil bit hectic during the first 15minutes dan dozed off sleeping on my lap until we touch down.

Tak ada apa yang luar biasa bandar Miri ni cuma tak sehectic KL lah. Satu perbezaan besar cuma bagi aku makanan kat sini sangat mahal berbanding KL. Kat sini okeylah ada Mcd, KFC dan Sugar Bun. First time makan situ tapi cuma order mashed potato. Err.. I don't favor the gravy though. Mungkin sebab tak biasa. Kalau nak harap ada Chili's ke, TGI, Delicious, Italiannis memang aku tak nampak pun. Tapi tak tau la kot2 ada kan..

Satu-satunya benda yang aku suka kat Miri ni is the hotel. Hehe.. Aku duduk di Parkcity Everly Hotel dan bagi aku ok la.. Bersih, katil besar, ada bath tub dengan harga yang berpatutan. Aku tengok ramai jugak pilot and stewardess check in kat hotel ni. Tak sure dari mana, mungkin Maswing. Masa dan keadaan memang tak cukup untuk aku explore Miri ni. Kalau bawa baby memang boleh pergi tempat yang selamat untuk baby jela. Takkan nak pegi Gua Niah, snorkeling etc walaupun hati meronta nak buat semua tu.


Sebenarnya aku nak tengok jugak keboleh hidupan (pun boleh!) aku kat bandar ni sebab mungkin awal tahun depan aku pun akan jadi warga Miri. Sebab husband aku don't really think I can survive here sebab kat sini mall paling besar dan ramai org cuma Bintang Mall. Aku cuba nak suka mall ni so aku nak positif je all the way. Dalam erti kata lain, mungkin semua yang aku nak ada di sini walaupun...........

Sepanjang perjalanan ke Esplanade aku tengok rumah besar2 sangat. Yang kampung, kampung sangat. Jurang yang agak besar disitu. Nak cakap harga rumah murah aku rasa tak. Sebab rate sama je macam KL. Mungkin sebab Miri bandar minyak kot. Makan mahal, rumah mahal, tapi tak dengar complain pun. Aku makan otak-otak sekeping rm1.40!! Kat KL paling mahal pun rm0.70.

Yang famous kat sini nasi lalapan. Aku suka sangat sebab dia macam ayam penyet tapi banyak sayur celur macam ulam makan dengan sambal belacan. Rm12.00 sekali hadap ok! Makanan pertama aku makan kat sini laksa sarawak dekat padang golf miri. Ya allah sedapnya. Bagi 10 mangkuk pun bole habiskan haha..

All in all aku rasa ini trip yang tenang je sebab tak sibuk2 nak shoping, tak jem dan kebanyakan tempat is nature based.  Memang dapat spend quality time dengan family sebab aku rasa macam masa pun lambat je jalan. Tik tok tik tok...

Mungkin satu hari nanti aku jatuh cinta kat bandar ni. Sape tahu..

2 comments:

  1. JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH

    ReplyDelete
  2. JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085321606847 TRIMAH KASIH

    ReplyDelete