Tuesday, November 26, 2013

Pengalaman bersalin

Nak masuk setahun dah aku bersalin. Hehe sekejapnya macam tak terasa. Dulu sebelum kahwin selalu kena senggugut sampai guling-guling tahan sakit. Lepas kahwin period sekali lepastu pregnant. Heaven gila tak period lama, so tak payah hadap senggugut tiap bulan.

Seronok mengandung anak pertama sebab semua pengalaman tu belum pernah rasa. Cukup 39 minggu 5 hari dah keluar tanda.

Ahad, 16 Disember 2012
8.00am : masuk toilet ada darah dan lendir warna pink. Tapi masih tak sakit. Cuma berdebar sebab tak lama lagi kena beranak -_-

10.00am : ada sakit sikit tapi tak sesakit macam senggugut. Aku ingat doc yang aku selalu pergi checkup cakap contraction ni yang betul2 punya adalah sakit sampai aku tak boleh nak senyum dah. Adik aku boleh buat lawak suruh aku senyum time tu. Obviously masih boleh ketawa tebahak2 lagi.. Ko tunggu! Parents aku insists pergi hospital jugak nak cek kot2 kena tahan wad. Masa ni boleh jalan lagi, boleh senyum dan berlagak normal. Sebab dah ada 'show' so kena la pergi cek. Sesi selukan yang pertama nurse cakap baru buka 1cm. Boleh balik rumah dulu. Bila sakit selang 5minit secara konsisten datang hospital cepat. Ok, balik lah kiter... Lega sikit hehe

2.00pm : dah mula rasa sakit macam bedenyut2. Setiap kali nak mula sakit aku cuak dah.. Yela macam roller coaster kejap sakit, kejap tak sakit. Tapi masih boleh senyum jgn risau haha. Aku nak relaks, ajak adik aku teman aku tidur. Sebenarnya suruh dia catat selang masa contraction aku haha.. Sakit dah weh tapi ok lagi. Konsisten setiap 7 minit. Ok la kan stil boleh tidur.

8.00pm : sakit dah tahap macam senggugut aku. Aku ingatkan ni la paling max sakitnye so aku rasa eh xde la sakit sangat. Lol.. Ko tunggu!

8.30pm : aku duduk di pac room hospital serdang. Nurse seluk lagi dah buka 4cm. Dia suruh salin baju pink. Masa ni boleh jalan laju lagi sampai kena tegur tak sakit ke jalan laju. Hu... Setiap kali kena seluk kan depa pakai pelincir apa tah aku rimas so aku akan pergi toilet basuh. Tu lah yang last aku boleh jalan pi toilet -_-

10.00pm : sakit aku dah makin menggila. Muka pun dah start bekerut-kerut tahap tak boleh senyum. Aku baring je kat katil tu. Baring mengiring tak kena, telentang lagi la tak kena. Ya allah... Aku tak henti2 zikir (la'ila ha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin), benafas elok2, ada masanya aku bawak minda aku ke dunia lain kurang sikit rasa sakit tapi masa tak boleh fokus ikut hati nak jerit je tapi aku masih waras kot nak buat benda macam tu. Sampai tahap menggeletar badan aku masa sakit contraction tu.


Isnin, 17 Disember 2012
2.00 pagi : masih layan sakit tapi keadaan makin sunyi so boleh cuba bernafas betul dan bawa fikiran menerawang ke benda lain dari dok fikir pasal sakit. Sakit memang sakit tapi aku dah rasa macam terlalu sakit sampai badan aku dah lali. So just embrace it. Tiba2...... POP!!! Lepastu dengar bunyi baby nanges. Terkejut aku orang depan katil teberanak dalam PAC room! Ni macam bilik observation je sebelum tolak ke labour room. The mom tak bunyi ke sakit ke apa? Tak sakit la kot kan.. Tak panggil doctor pun? Erkk.. Lepastu doc datang la sebab baru je tadi cek dia baru buka 6cm. Anak first lak tu. Doc cakap awak beranak sendiri tengok ni habis koyak rabak. Ok lupakan kisah dia. Ni kisah aku wahahahaaa...

3.00am : sakit dah sangat gila tapi masih boleh bbm mak aku. Mama tak tidur sembahyang the whole night doa untuk aku. Sobs! Hurm lepas tu tiba2 datang sakit macam betul2 nak meneran dah. Ya allah memang aku rasa nak meneran. Terus panggil nurse suruh cek bukaan. Tak rela aku bersalin dalam pac room ni. Baru 6cm. Lamanyaaaa.... Aku ingat dah 8cm ke.. Huhu.. Sebenarnya sebelum tu aku stick kat 4cm punya lama so nurse cakap meh dia tolong bukakkan laluan. Dia godek2 bawah tu sampai jadi 6cm. Jangan tanya aku macam mana. Aku pun tak tau. Tapi tak sakit pun seluk. Nak compare dengan contraction macam kena gigit semut je. Sakit makin menggila dan ni first time aku ter 'shee shee' atas katil masa contraction! Lenjun kain pink aku. Nurse datang salinkan. -_- tq nurse baiknyaa... Bukan sekali ok 3kali!!! Ohmy... Apa la aku ni. Pemegang katil besi tu macam nak patah aku pegang masa datang contraction.

5.00am : tiba2 dengar bunyi POP!! Teburai air keluar dan aku yakin ketuban aku dah pecah. Sekali lagi nurse datang salin kain aku. Huhu... Dia cakap lepasni bukak cepat sikit kot sebab ketuban dah pecah. Ok dah 7cm. Husband aku akan touch down kl dalam pukul 8.30 pagi. Allah gerakkan hati dia kot nak balik awal sikit. Sebab due aku patutnya 20 Disember. Dia ingat nak balik awal sikit so that boleh teman aku sementara tunggu 20 Disember tu. Tapi Allah dah rancang sebaiknya...

9.00am : orang lain semua dah masuk labour room. Aku je masih disitu sampai nurse pun dah betukar shift. Sedih ok! Aku cakap kat nurse tolak jela saya dalam labour room. Dia cakap kat labour room pun sama je. Tapi dorang tolak jugak aku masuk labour room dan panggil husband aku. Sedihnya aku cakap dia masih on the way from epot! Tak pelaaa.... Masa ni masih 7cm -_-

9.05am : dalam labour room dah. Macam biasa sakit teketar2 bila datang contraction. Aku tak de amek ape2 ubat tahan sakit ke, gas ke apa all the way natural. Bukan aku taknak, takdak sapa offer pun -_- bolehhh?? Haha... Tapi aku yakin pasti boleh badan aku terima semua ni. Tiba2 nurse cakap dah full 10cm dan boleh push. Dalam masa depa sediakan lampu, alatan bagai, nampak husband aku masuk. Macam dapat semangat untuk push ok! Mana 8cm & 9cm? Tetiba 10 cm terus! Push lah 2 -  3 kali. Jangan risau bab push aku dah khatam berapa bijik buku tah takot punya pasal. Doc ckp aku pandai push ok kembang jap.

9.38am : keluar baby dan sakit semua hilang terus. Memang ada buat episiotomy so that koyak tak terlalu besar. Lepastu jahit dan cucuk anti kancing gigi masa tengah jahit tu. Apalah sangat sakit jahit memang tak rasa sakit lah sebab sebelum ni sakit macam nak gila. Apapun pengalaman ni amat berharga untuk aku.


Tak sangka dari setitis sperma dan sebiji ovum boleh jadi manusia. Badan perempuan ni sangat kuat sampai boleh keluarkan seorang manusia lain. Lelaki ado??? Haha... Apa pun aku sangat besyukur. Tapi kalau tanya aku nak ke lagi??? Erkkk nanti2 dulu lah kot haha...

Patutla doktor aku cakap anak sulung ni special dan sebenarnya paling disayangi sebab nak keluarkan tu selalunya payah dan lama. Betoi kot.. Tapi tak taula kan.. Kalau anak ramai mana boleh pilih kasih oi..



No comments:

Post a Comment