Friday, August 29, 2014

Apa nak buat bila hilang luggage bag?

First time aku hilang luggage bag masa pergi Kota Kinabalu awal tahun 2014. Masa tu Air Asia baru operate dari KLIA 2. Sebab ini family trip, so aku incharge lah semua benda dari tiket sampai la ke check in. Bapa mertua yang sponsor tambang.

So memang aku tak sangka lah semua orang yang aku handle ok je dapat beg memasing. Aku ni yang tunggu bag tak kunjung tiba. Satu jam lepas tu ada satu lagi flight dari KL ke KK. Officer AA di KK cakap maybe luggage aku ada dalam flight tu. Warghhhh!!!

Akak ipar aku siap ambik luggage dia kat tangan orang lagi. Imagine kalau dia lambat sikit tah2 dah kena kebas luggage tu. Salah aku la jugak terhegeh2 dari imigresen ke tempat luggage. Confius jap sebab airport KK tu macam tak strict sangat. Tempat luggage dekat giler dengan gate keluar masuk tu. Ada je aku tengok orang luar yang bukan passenger selambe je masuk situ. So ada dua possibilities, either beg aku kena curi or memang beg aku tak naik kapal langsung.

So aku tunggu sejam untuk next flight. Ikut hati rasa nak balik KL terus je. Dengan period nye, pad aku sume dalam tu. Makeup la, baju untuk 5 hari. Ish! Sampai dah habis luggage next flight pun masih tak de beg aku. Bukan aku sorang je. Ade la 5-6 orang hilang beg dlm flight same dengan aku. Tau jela Sabah ramai tourist. Ade pelancong Jepun dengan anak lagi hilang beg terkial-kial nak explain rupe beg tu kat officer. Kesian la diorang kan.

Dah confirm beg aku takde, report jelah kat kaunter hilang bagasi tu. Bagi details beg, warna, anggaran saiz, jenis ape.. Sbb tu la pentingnye buat tag dekat beg. Nak membezakan beg lah. Salah aku jugak beg aku tu aku cuma letak password lock je. Beg baru tak teringat langsung nak tanda apa-apa.. Huhu.. So kitorang terus je perjalanan tanpa beg aku. Stress! No point tunggu lagi.

Aku n husband terus pergi mall cari baju or apa-apa yang patut. Makeup memang tak la. Penat jer susun baju untuk pakai harian end up hilang. Kena berabis banyak jugak la nak tak nak. So petang tu baru dapat call cakap bag aku masih di KL. Akan sampai ikut penerbangan malam. Apa-apa jelah aku pun dah beli sume keperluan aku kat sana. Jadi berdouble pulak. Tak boleh la nak tunggu sampai malam sebab kitorang bukan nak stay di KK. Nak g pulau lagi.. Isnin petang baru datang KK semula. Selasa balik KL. So aku bagi tau jelah aku ambik Isnin petang. Macam xde point aku bawak luggage. Huh.

So dah berjimba berhari-hari kat Sabah dengan takde sunblock bagai, memang horror lah percutian aku kat sana. Beza gila dengan percutian berdua dengan husband kat Kundasang sebelum tu. Taubat aku tak nak pergi ramai-ramai dah. Isnin malam tu baru ambik luggage. Bolehla pakai baju untuk balik KL esoknya. Ni baru dalam negara. Buatnya hilang luggage kat luar negara guna pulak eiro, pounds sterling mampuslah nak shoping benda emergency macam ni. Kalau aku tau aku sumbat jer satu baju nak balik masuk cabin. Huh!

Tapi kira nasib baikla jumpa balik sekurang-kurangnya. Dalam hati aku nak cakap goodbye dah sebab xnk letak harapan tinggi nak jumpa balik. Ramai je kawan2 aku hilang luggage tak jumpa2 ok! Masa nak ambik luggage tu aku tengok tempat luggage claim macam xde luggage aku. Rasa nak nanges haha.. Baru hilang luggage, belum hilang anak. Eei.. xmaula.. Apapun main point is kena tag lah luggage tu so that senang nak cari ke apa...


No comments:

Post a Comment