Wednesday, August 27, 2014

Sebab perempuan minta cerai



1) Suami tidak cukup mencuba

  • Secara semulajadinya perempuan suka dipujuk, dimanjakan, disayang selalu. Kalau tak dibelai selalu pun sekurang-kurangnya tunjuklah suami masih menginginkannya seperti sebelum berkahwin dahulu. Sekali sekala ucapan rindu pun mampu meroboh benteng iceberg hati isteri yang tengah marah. Kalau bergaduh, suami langsung tak berusaha untuk memujuk, lama-lama mungkin jadi barah dalam rumah tangga bila mana ada lelaki lain yang sudi jadi pendengar setia.
2) Deraan fizikal atau mental
  • Kalau tak dera fizikal, dera mental. Contohnya menghamburkan kata-kata kesat kepada isteri semasa bergaduh, memukul depan anak-anak, tak merasa bersalah bila memukul isteri, dan lain-lain penderaan. Mungkin sekali dua, lepas pukul minta maaf masih boleh terima. Tapi kalau dah setiap kali bergaduh berakhir dengan physical abuse, cinta dalam hati mungkin bertukar menjadi ketakutan terhadap suami.

3) Suami tidak memberi nafkah zahir/batin
  • kategori lelaki lupa tanggungjawab. Zaman sekarang ada wanita yang lebih berjaya dari segi kerjaya berbanding suami. Tapi itu bukan tiket untuk lelaki mengabaikan nafkah isteri dan anak-anak. Bila mana isteri mula rasa semua tanggungjawab terpikul di bahu nya sendiri, syaitan mula lah memainkan peranan menghasut apalah gunanya membela suami yang seperti biawak hidup.Melainkan telah dipersetujui bersama bahawa tugas suami di rumah menjaga anak-anak dan isteri mencari nafkah tidak mengapalah. Tapi dalam agama sendiri menyatakan tanggungjawab memberi nafkah sebenarnya terletak di bahu suami. Ada je kenalan doktor pakar dan suami nya cuma dirumah menguruskan anak-anak sebab si isteri tak sanggup biarkan anak-anak dibela tangan orang asing. Wanita ni okey jer asalkan lelaki jaga anak betul-betul, bukan 24 jam menghadap SMS perempuan lain bila masa tu dah banyak sangat di rumah.

4) Krisis pertengahan usia
  • Krisis mula berlaku bila anak-anak dah di universiti atau dah bekerja. Masa wanita itu tidak lagi sibuk menguruskan anak-anak dan anak-anak pula dah jarang berhubung dengan ibu. Ruang kosong ini pula diisi dengan berfacebook lalu terjumpalah kekasih lama muda-muda dulu. Terlanjur berjumpa menerusi facebook, nak pulak jumpa berdepan, face to face. Maka cinta lama berputik kembali. Serasakan tiada lagi tanggungjawab terhadap anak-anak, anak-anak pula sudah mula berdikari, dalam hati mula berfikir, aku patut berfikir untuk diri aku sendiri walaupun terpaksa lukakan hati suami. Ramai jer jadi macam ni. Know that u are damn annoying old woman! *vomit*

5) Tiada keserasian
  • Walaupun bercinta sudah bertahun-tahun, baru setahun jagung berkahwin dah bercerai. Bila dah berkahwin baru sedar tak ada keserasian dalam hubungan. Lebih buruk lagi bila ada campur tangan orang tua yang masing-masing nak menegakkan anak masing-masing. Yang terkorban tentulah perkahwinan yang baru dibina. Kadang-kadang perempuan ni lancang je minta cerai bila bergaduh tapi tak semuanya berniat betul-betul nak bercerai. Ada je yang saja nak duga suami sayang ke tak kat dia. Sebab tu la talak di tangan lelaki. Ada je lelaki yang kaki mabuk, kaki layan pelacur then kahwin dengan perempuan yang bercinta dengannya bertahun-tahun. Zaman sekarang, percintaan jarak jauh tu biasa. Si perempuan pulak tak tahu aktiviti sampingan bakal suami yang satu ni. Bila dah tahu, berperanglah dan seterusnya bercerai.


No comments:

Post a Comment