Sunday, August 31, 2014

Malaysia : Di sini lahirnya sebuah cinta


JOGET MALAYSIA

Datuk Panglima pergi membajak 
Ke tanah rata senja pulangnya 
Kalau Saloma orang yang bijak 
Negeri kita apa namanya 

Ikanlah keli di dalam perahu 
Oranglah buta tangkap buaya 
Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu 
Negara kita nama Malaysia 

Ramalah rama di pohon duri 
Mati ditimpa si buah nangka 
Kalau Saloma orang bistari 
Bulan berapa Malaysia merdeka 

Anak benggali ke kebun nyonya 
Petiklah gambus anak Melaka 
Wahai Cik Ramlee ini jawabnya 
Tiga puluh satu Ogos Merdeka 

Ke pasar lama membeli serai 
Singgah bertanya Datuk Menteri 
Kalau Saloma orang yang pandai 
Di mana letak Ibu Negeri 

Anaklah bilal dari Mentakab 
Pergi ke Johor buat kenduri 
Cik Ramlee soal mudah dijawab 
Kuala Lumpur ibu negeri


One of my favourite patriotic song. ;) Selamat hari merdeka Malaysia sayang..
Walau seribu kesedihan menyelubungi pada tahun ini, yakinlah pasti ada cahaya di hujung jalan. Terima kasih kerana telah menjadi tempat berlindung terbaik buat aku dan juga keluargaku. Couldn't ask for more.

 #MalaysiaIndependenceDay2014 #sayasayangMalaysia

No comments:

Post a Comment