Wednesday, November 27, 2013

Bahaya ibu mengandung terkena demam campak

Aku nak share benda ni lama dah tapi cuma hari ni berkesempatan nak taip in proper. Pengalaman memang akan mengajar manusia menjadi lebih bijak tapi kalau sesuatu perkara tu dapat diubah tentu tak akan ada penyesalan. Nasihat aku, kalau tak tahu tentang sesuatu benda tolonglah consult yang pakar. Jangan simply buat assumption sendiri dan membahayakan nyawa orang lain.

Nak dijadikan cerita, masa usia kandungan aku dah dipenghujung, adik aku kena chicken pox a.k.a campak. Cuma aku berdua je dengan dia kat rumah sebab dia je yang boleh teman aku masa tu kot2 nak beranak ke apa. Husband aku kan jauh -_-
Aku ingat aku tough. Tak akan kena walaupun dari kecik aku tak pernah kena pun. Sampai adik aku dah clear pun aku masih tak kena. So aku assume ok la kot.

Sampai hari aku bersalin. Macam aku cakap anak aku warded jap 3 hari kt nicu. Bukan ada apa pun, cuma terminum air ketuban je. Jadi lepas 3 hari aku pun discharge. Balik rumah aku sedar ada bintik air yang gatal kat dahi dan pinggang aku. Since tak pernah kena campak, so aku tak tau. Aku pun takde rasa demam ke apa. Tapi adik aku confirm tu memang campak. Ya allah, satu benda je aku terfikir : macam mana nak breastfeed baby aku? Nanti dia pulak kena macam mana?

Terus aku pergi klinik untuk confirmkan dengan doktor dan mintak advice.

Doktor klinik 1 :
Continue breastfeed macam biasa so that baby akan dapat antibodi lawan campak tu

Doktor klinik 2 :
I dont know since i never experience this kind of thing before. Just give her formula milk. I can suggest a few sensei shop selling milk at much cheaper price -_-

Wtf. Since adik aku doktor tapi di Ireland, dia cakap kat sana baby yang terexpose dengan virus campak akan diberi injection to prevent it first, at least until dia ada antibodi sendiri nak lawan. Tak tau di Malaysia macam mana.

Doktor klinik 3 :
Aku pergi nak mintak dia inject baby aku to prevent campak. Note that masa ni baby aku tak kena campak lagi, tapi dah expose kan. So probability nak kena very high. But u know what, the doc says sorry we don't have such injection because it is not listed in the list of vaccination for babies here in Malaysia.

So aku tawakal jelah. Memang bodoh sebab mana la aku tau nak buat macam mana. Bukan aku tak consult doctor tapi semua opinion lain2. So aku ikot doctor 1. What a very stupid decision. Campak aku tak teruk. Aku pun hairan jugak. Tak sampai 10 bintik pun. Baik pun cepat tapi memang confirm la benda tu campak. Maybe vaccination masa kt London dulu lain kot hehe.. Dia kuat sikit ke mana la taw kan.

Hari ke 14 bersalin buat kenduri akikah anak aku. Masa ni aku nampak sebiji bintik macam ruam kat pipi dia. Aku ingatkan rashes biasa la kot so teruskan je dengan majlis. Habis kenduri petang tu sah naik terus campak dia. Aku dengar orang tua cakap campak ni pantangnya tak boleh potong rambut. Kalau tak memang keluar habis. Dah sah2 anak aku buat akikah kan.. Tahla nak percaya ke tak.

Atok saudara aku cakap xpe, nanti dia baik sendiri. Anak aku okey lagi, cuma kejap2 merengek. Baby 14 hari apa la yang dia tau. Semua orang convince aku okey baby ni, nanti baik sendiri. Kecuali mak n adik aku. Husband aku pulak jakun kalo balik kg mesti nak main ikan. Ayah aku n bapak sedara aku kebetulan nak g mancing so husband aku dah gatal bontot nak ikut. Pegilah sana, kesian pulak walaupun dia macam berbelah bagi nak duduk dengan aku ke nak g mancing.

Masuk maghrib hati aku dah tak sedap sebab baby aku kerap sangat merengek. Mak aku ajak g klinik.

Doktor klinik 4 :
Terkejut tengok kulit anak aku. Dia taknak sentuh pun cuma tengok dari jauh. Dia cakap sory ni penyakit kulit yang teruk i tak boleh handle. What the fuck! Aku yang bukan doktor pun tau ni demam campak ok!

Mak aku terus suggest pergi hospital. Sebab emergency cepat sikit masuk untuk di examine. Aku cakap aku tau benda ni demam campak sebab aku baru kena. Sayangnya kat sana cuma ada doktor pelatih. Siap p baca buku lagi cari simptom kot. Nasib baik mak saudara aku bekas matron kat sana so dia arrange dengan kawan dia pergi hospital Taiping. Sebab kat situ ada wad baby macam kat Serdang. First time aku naik ambulans. Tapi tak laju sebab ada baby kan. Anak aku sepanjang jalan genggam tangan aku sambil merengek.

Sedih sangat masa tu aku rasa bodohnya aku kenapa sampai jadi macam ni. Kalau aku tau aku bawak hospital terus. Paediatrician datang malam tu examine anak aku. Dia terkejut kenapa sampai jadi macam ni baru bawak. Bukan apa, dalam masa setengah hari je penuh dah 1 badan bintik tu. Pg tadi cuma ada 1 kat muka.

Lepastu dia explain sepatutnya bila baby dah expose kena ambik injection untuk prevent. Sebijik macam apa adik aku cakap. Kenapa doktor lain tak tau!!!!! Dia cakap bila dah kena terpaksa buat cara rawatan lain which is masuk antibiotik dalam badan selama 10 hari.

Bahayanya baby kena campak is kalau campak tu tersebar kat otak, paru2 atau usus mungkin boleh mengakibatkan kematian. Ya allah... Kalau aku dengar cakap orang tua yang campak ni baik sendiri mungkin benda lain yang jadi (aku taknak sebut nauzubillah).

Paed cakap dia tengok anak aku berak tak berdarah, so usus dia masih ok. Pernafasan ok maksudnya paru2 ok. Tapi dia taknak confirm kan apa2. Bayangkan perasaan aku macam mana. Masa tu anak aku nak susu aku tak boleh bagi since dia dah kena kuarantin. Aku tak boleh tengok dia selama 10 hari tu sebab aku pun macam baru kena campak. Aku akur sebab tak nak infect baby lain sebab kat nicu banyak premiee.

Husband aku datang dengan family aku yang lain lepas tu. Aku tau dia rasa bersalah. Aku pun takde cakap apa dengan dia. Dia cakap nak teman amni malam ni dah siap packing barang dah. Tapi tak boleh sebab sebenarnya mak je yang boleh teman semalaman. Since aku pun tak boleh teman, aku ajak je dia balik. Esok datang semula.

Selama 10 hari tu aku dengan husband ulang alik pergi hospital Taiping. Aku memang tak boleh masuk. Husband aku masuk bagi susu n curi2 tangkap gambar baby. Aku cuma duduk dalam kereta perah susu. Tunggu gambar dari husband. Kadang2 aku duduk surau hospital. Kadang2 sembang dengan mak guard depan nicu -_-  .. Tiap hari pergi balik hospital perjalanan lebih kurang 3 jam. Tengahari huaband bawak aku makan dan lepak Taman Tasik Taiping. Petang pukul 6 balik sampai rumah masa maghrib.

Orang cakap aku tak payah pergi la since aku pun tak boleh masuk. Tapi cuma pandang dinding tempat aku warded je pun aku dapat kekuatan nak perah susu. Berkali2 aku doa supaya setiap titik susu bagi dia kekuatan lawan virus campak tu.

Dalam nicu

Fighting for campak at 14 days old

Now : 11 months old



Alhamdulillah semua yang pahit dah berlalu. Ni bahagian aku, ujian untuk aku. Aku terima jelah.. Tak faham macam mana orang boleh dera baby, campak dari bangunan semua. Apa pun, bagi baby bawah setahun, apa2 medication pun kena consult yang pakar. Aku bukan nak salahkan doktor tapi bukan sikit doktor aku jumpa, bukan tak usaha. Cuma nak jumpa yang sebenar tu jauh dihujung jalan. Nasihat aku, jumpa paed jelah kalau nak consult hal baby. Infact depa ada satu buku practice untuk infant kat Malaysia ni.

Jangan lalai, jangan cuai. Anak adalah permata terindah anugerah Allah tak mungkin aku akan tukar ganti walau dengan seluruh kekayaan di dunia.



Tuesday, November 26, 2013

Pengalaman bersalin

Nak masuk setahun dah aku bersalin. Hehe sekejapnya macam tak terasa. Dulu sebelum kahwin selalu kena senggugut sampai guling-guling tahan sakit. Lepas kahwin period sekali lepastu pregnant. Heaven gila tak period lama, so tak payah hadap senggugut tiap bulan.

Seronok mengandung anak pertama sebab semua pengalaman tu belum pernah rasa. Cukup 39 minggu 5 hari dah keluar tanda.

Ahad, 16 Disember 2012
8.00am : masuk toilet ada darah dan lendir warna pink. Tapi masih tak sakit. Cuma berdebar sebab tak lama lagi kena beranak -_-

10.00am : ada sakit sikit tapi tak sesakit macam senggugut. Aku ingat doc yang aku selalu pergi checkup cakap contraction ni yang betul2 punya adalah sakit sampai aku tak boleh nak senyum dah. Adik aku boleh buat lawak suruh aku senyum time tu. Obviously masih boleh ketawa tebahak2 lagi.. Ko tunggu! Parents aku insists pergi hospital jugak nak cek kot2 kena tahan wad. Masa ni boleh jalan lagi, boleh senyum dan berlagak normal. Sebab dah ada 'show' so kena la pergi cek. Sesi selukan yang pertama nurse cakap baru buka 1cm. Boleh balik rumah dulu. Bila sakit selang 5minit secara konsisten datang hospital cepat. Ok, balik lah kiter... Lega sikit hehe

2.00pm : dah mula rasa sakit macam bedenyut2. Setiap kali nak mula sakit aku cuak dah.. Yela macam roller coaster kejap sakit, kejap tak sakit. Tapi masih boleh senyum jgn risau haha. Aku nak relaks, ajak adik aku teman aku tidur. Sebenarnya suruh dia catat selang masa contraction aku haha.. Sakit dah weh tapi ok lagi. Konsisten setiap 7 minit. Ok la kan stil boleh tidur.

8.00pm : sakit dah tahap macam senggugut aku. Aku ingatkan ni la paling max sakitnye so aku rasa eh xde la sakit sangat. Lol.. Ko tunggu!

8.30pm : aku duduk di pac room hospital serdang. Nurse seluk lagi dah buka 4cm. Dia suruh salin baju pink. Masa ni boleh jalan laju lagi sampai kena tegur tak sakit ke jalan laju. Hu... Setiap kali kena seluk kan depa pakai pelincir apa tah aku rimas so aku akan pergi toilet basuh. Tu lah yang last aku boleh jalan pi toilet -_-

10.00pm : sakit aku dah makin menggila. Muka pun dah start bekerut-kerut tahap tak boleh senyum. Aku baring je kat katil tu. Baring mengiring tak kena, telentang lagi la tak kena. Ya allah... Aku tak henti2 zikir (la'ila ha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin), benafas elok2, ada masanya aku bawak minda aku ke dunia lain kurang sikit rasa sakit tapi masa tak boleh fokus ikut hati nak jerit je tapi aku masih waras kot nak buat benda macam tu. Sampai tahap menggeletar badan aku masa sakit contraction tu.


Isnin, 17 Disember 2012
2.00 pagi : masih layan sakit tapi keadaan makin sunyi so boleh cuba bernafas betul dan bawa fikiran menerawang ke benda lain dari dok fikir pasal sakit. Sakit memang sakit tapi aku dah rasa macam terlalu sakit sampai badan aku dah lali. So just embrace it. Tiba2...... POP!!! Lepastu dengar bunyi baby nanges. Terkejut aku orang depan katil teberanak dalam PAC room! Ni macam bilik observation je sebelum tolak ke labour room. The mom tak bunyi ke sakit ke apa? Tak sakit la kot kan.. Tak panggil doctor pun? Erkk.. Lepastu doc datang la sebab baru je tadi cek dia baru buka 6cm. Anak first lak tu. Doc cakap awak beranak sendiri tengok ni habis koyak rabak. Ok lupakan kisah dia. Ni kisah aku wahahahaaa...

3.00am : sakit dah sangat gila tapi masih boleh bbm mak aku. Mama tak tidur sembahyang the whole night doa untuk aku. Sobs! Hurm lepas tu tiba2 datang sakit macam betul2 nak meneran dah. Ya allah memang aku rasa nak meneran. Terus panggil nurse suruh cek bukaan. Tak rela aku bersalin dalam pac room ni. Baru 6cm. Lamanyaaaa.... Aku ingat dah 8cm ke.. Huhu.. Sebenarnya sebelum tu aku stick kat 4cm punya lama so nurse cakap meh dia tolong bukakkan laluan. Dia godek2 bawah tu sampai jadi 6cm. Jangan tanya aku macam mana. Aku pun tak tau. Tapi tak sakit pun seluk. Nak compare dengan contraction macam kena gigit semut je. Sakit makin menggila dan ni first time aku ter 'shee shee' atas katil masa contraction! Lenjun kain pink aku. Nurse datang salinkan. -_- tq nurse baiknyaa... Bukan sekali ok 3kali!!! Ohmy... Apa la aku ni. Pemegang katil besi tu macam nak patah aku pegang masa datang contraction.

5.00am : tiba2 dengar bunyi POP!! Teburai air keluar dan aku yakin ketuban aku dah pecah. Sekali lagi nurse datang salin kain aku. Huhu... Dia cakap lepasni bukak cepat sikit kot sebab ketuban dah pecah. Ok dah 7cm. Husband aku akan touch down kl dalam pukul 8.30 pagi. Allah gerakkan hati dia kot nak balik awal sikit. Sebab due aku patutnya 20 Disember. Dia ingat nak balik awal sikit so that boleh teman aku sementara tunggu 20 Disember tu. Tapi Allah dah rancang sebaiknya...

9.00am : orang lain semua dah masuk labour room. Aku je masih disitu sampai nurse pun dah betukar shift. Sedih ok! Aku cakap kat nurse tolak jela saya dalam labour room. Dia cakap kat labour room pun sama je. Tapi dorang tolak jugak aku masuk labour room dan panggil husband aku. Sedihnya aku cakap dia masih on the way from epot! Tak pelaaa.... Masa ni masih 7cm -_-

9.05am : dalam labour room dah. Macam biasa sakit teketar2 bila datang contraction. Aku tak de amek ape2 ubat tahan sakit ke, gas ke apa all the way natural. Bukan aku taknak, takdak sapa offer pun -_- bolehhh?? Haha... Tapi aku yakin pasti boleh badan aku terima semua ni. Tiba2 nurse cakap dah full 10cm dan boleh push. Dalam masa depa sediakan lampu, alatan bagai, nampak husband aku masuk. Macam dapat semangat untuk push ok! Mana 8cm & 9cm? Tetiba 10 cm terus! Push lah 2 -  3 kali. Jangan risau bab push aku dah khatam berapa bijik buku tah takot punya pasal. Doc ckp aku pandai push ok kembang jap.

9.38am : keluar baby dan sakit semua hilang terus. Memang ada buat episiotomy so that koyak tak terlalu besar. Lepastu jahit dan cucuk anti kancing gigi masa tengah jahit tu. Apalah sangat sakit jahit memang tak rasa sakit lah sebab sebelum ni sakit macam nak gila. Apapun pengalaman ni amat berharga untuk aku.


Tak sangka dari setitis sperma dan sebiji ovum boleh jadi manusia. Badan perempuan ni sangat kuat sampai boleh keluarkan seorang manusia lain. Lelaki ado??? Haha... Apa pun aku sangat besyukur. Tapi kalau tanya aku nak ke lagi??? Erkkk nanti2 dulu lah kot haha...

Patutla doktor aku cakap anak sulung ni special dan sebenarnya paling disayangi sebab nak keluarkan tu selalunya payah dan lama. Betoi kot.. Tapi tak taula kan.. Kalau anak ramai mana boleh pilih kasih oi..



Tuesday, November 12, 2013

Short getaway to Miri




Miri. Bandar kecil yang tenang. Aku sampai sini pertama kali pada Oktober 26, 2013. Tujuannya satu. Nak tengok tempat suami aku cari rezeki untuk family kecil kami, disamping luangkan masa together2. Just a short weekend getaway, pergi Sabtu balik Ahad.

Bukan tak pernah fikir nak datang selama ni, cuma keadaan aku yang tak mengizinkan. Dah lama tak naik flight, last naik masa pergi Singapore tengah pregnant 3 bulan. Tak ada beza pun, cuma kali ni aku naik flight bawak budak kecik. Ya, sorang diri uruskan karenah anak aku sepanjang 2 jam penerbangan. Tuhan saja yang tahu betapa aku berdoa supaya dia behave well dalam flight. Alhamdulillah, a lil bit hectic during the first 15minutes dan dozed off sleeping on my lap until we touch down.

Tak ada apa yang luar biasa bandar Miri ni cuma tak sehectic KL lah. Satu perbezaan besar cuma bagi aku makanan kat sini sangat mahal berbanding KL. Kat sini okeylah ada Mcd, KFC dan Sugar Bun. First time makan situ tapi cuma order mashed potato. Err.. I don't favor the gravy though. Mungkin sebab tak biasa. Kalau nak harap ada Chili's ke, TGI, Delicious, Italiannis memang aku tak nampak pun. Tapi tak tau la kot2 ada kan..

Satu-satunya benda yang aku suka kat Miri ni is the hotel. Hehe.. Aku duduk di Parkcity Everly Hotel dan bagi aku ok la.. Bersih, katil besar, ada bath tub dengan harga yang berpatutan. Aku tengok ramai jugak pilot and stewardess check in kat hotel ni. Tak sure dari mana, mungkin Maswing. Masa dan keadaan memang tak cukup untuk aku explore Miri ni. Kalau bawa baby memang boleh pergi tempat yang selamat untuk baby jela. Takkan nak pegi Gua Niah, snorkeling etc walaupun hati meronta nak buat semua tu.


Sebenarnya aku nak tengok jugak keboleh hidupan (pun boleh!) aku kat bandar ni sebab mungkin awal tahun depan aku pun akan jadi warga Miri. Sebab husband aku don't really think I can survive here sebab kat sini mall paling besar dan ramai org cuma Bintang Mall. Aku cuba nak suka mall ni so aku nak positif je all the way. Dalam erti kata lain, mungkin semua yang aku nak ada di sini walaupun...........

Sepanjang perjalanan ke Esplanade aku tengok rumah besar2 sangat. Yang kampung, kampung sangat. Jurang yang agak besar disitu. Nak cakap harga rumah murah aku rasa tak. Sebab rate sama je macam KL. Mungkin sebab Miri bandar minyak kot. Makan mahal, rumah mahal, tapi tak dengar complain pun. Aku makan otak-otak sekeping rm1.40!! Kat KL paling mahal pun rm0.70.

Yang famous kat sini nasi lalapan. Aku suka sangat sebab dia macam ayam penyet tapi banyak sayur celur macam ulam makan dengan sambal belacan. Rm12.00 sekali hadap ok! Makanan pertama aku makan kat sini laksa sarawak dekat padang golf miri. Ya allah sedapnya. Bagi 10 mangkuk pun bole habiskan haha..

All in all aku rasa ini trip yang tenang je sebab tak sibuk2 nak shoping, tak jem dan kebanyakan tempat is nature based.  Memang dapat spend quality time dengan family sebab aku rasa macam masa pun lambat je jalan. Tik tok tik tok...

Mungkin satu hari nanti aku jatuh cinta kat bandar ni. Sape tahu..