Sunday, August 4, 2013

Prosedur beli rumah


Rumah merupakan satu aset terpenting yang harus dipertimbangkan dahulu sebelum aset lain atau bolehlah dikatakan liabiliti (realitinya) seperti kereta kerana nilainya yang meningkat naik saban tahun. Okey skeeeemaaaa...!!

Dah2... ni perosedur beli rumah. Memandangkan kami adalah antara ribuan (mungkin jutaan) pasangan mingguan (weekend couple hoi) takde mase la nak g survey rumah bagai. So, kami memanfaatkan web2 property seperti iproperty dan web2 lain untuk proses memburu rumah (house hunting, eh?) bukan HAUNTING ok!

Dapat la yang bekenan, email developer kot2 dapat special Bumi's discount ke ape kan (range dalam 5% to 7%) normally.. Lepastu developer bagi pelan pembangunan rumah tersebut untuk pilih lot mane bekenan beserta harga setiap lot. Jadinye... perlu la diketahui ye saiz standard keluasan sebijik rumah teres adalah 20x70 kalau kecik dari tu nak jugak terpulang la ok. 

Lepastu deal pulak dengan bank, semak pendapatan kite sesuai ke tak nak beli rumah tu. Sepanjang proses ni agen rumah a.k.a wakil developer akan bagitau step apa yang perlu diambil seterusnya. Kami cuma bayar disbursement je untuk lawyer dalam RM600 sebab legal fees semua ditanggung oleh developer. Lawyer ni adalah lawyer developer untuk sediakan Sales & Purchase Agreement (S&P). Tak perlu cari lawyer sebab bank dan developer masing-masing ada lawyer sendiri. Tapi kalau nak cari jugak, terpulang.

Setel semua, sign lah S&P tu kalau bersetuju dengan terma dan syarat. S&P ni nipis sikit dalam lebih kurang 20 page. Developer akan bagi beberapa salinan. Original simpan sendiri, 1 copy untuk bank, 1 copy untuk developer. S&P untuk bank digunakan untuk urusan loan. Yang hal belakang2 bank akan deal dengan developer. Contohnya macam lepas 70% rumah siap, bank akan disburse sekian2 amount. Bank tak la disburse 100% total loan yang dipinjam tu kepada developer. Ikut berapa percent siap. Jadi, bayaran pun kurang untuk tahun-tahun pertama sebelum rumah betul2 siap.

Bank akan bagi offer letter, bagi tau berapa loan yang dia disburse, bayaran balik serta tenure loan yakni berapa tahun tempoh pinjaman dalam letter offer. Sila semak interest yang ditawarkan ok. Semakin rendah semakin bagus lah (common sense). Loan rumah selalunya -2.2% to -2.4% +- dari BLR (Base Lending Rate) yang sekarang ni dalam 6.6%. Tak silap aku laaa.... 

Bayaran tak lah dimulakan serta merta. Ambil masa jugak. Macam aku start dari bulan December 2012 dah sign S&P dan offer letter semua, cuma bulan Julai 2013 baru start bayar. Masa proses tu kena selalu follow up dengan lawyer. Aku pun pernah kerja firm so aku tau cara kerja tu macam mana. Kalau tak follow up case tu gone with the wind laaa.. Haha.. Kena bising-bising selalu baru kerja cepat jalan. Lol. Bukan sebab malas, sebab banyak lagi benda lain nak buat. Memasing nak urgent. So, selalunya depa prioritize yang dok bising-bising ni lah haha..

Ok, firm (lawyer) bank akan sediakan copy yang sangat tebal untuk diinitial every page ok! Ni bukan S&P or offer letter. Ni macam-macam lagi ada aku pun tak ingat. Ni la yang nak kena chase selalu sebab kalau tak sign benda ni macam mana nak start semua. Meaning pembelian tu masih tertangguh. Silap-silap kena bayar penalty lagi. Huhu.. 

Sebab kami memasing baby 1987 (echewahh) maka loan tu boleh dipanjangkan sampai 35 tahun. Gilaa lamaaa... tapi husband decide sampai 30 tahun sudahh.. Ikot masing-masing la.. sekarang aku dengar smpai 40 tahun pun ada. Macam sweet tapi beragakla woi takkan sampai umur tua ganyut hutang tak habis-habis. Adoiii... Pandai sungguh bank ni.

Okeylah tu je perkongsian kali ni. Harap bermanfaat. Bagi yang muda tu, dari beli kereta baik invest untuk rumah. Tak duduk buat sewa pun xpe. Kawan husband aku umur 25tahun beli rumah lepas grad umur 23 harga 180k then jual baru2 ni harga 350k! Heran aku rumah mahai2 pon tetap ada pembeli. Untunglaaa... Till then.


1 comment: