Friday, April 11, 2014

Tips bila berjauhan dengan suami



Dah 2 tahun aku belajar hidup berjauhan dengan suami. Aku ingat lagi, pertama kali dia kena report duty ke seberang laut, aku terkelu jap. Husband pun pening nak accept job offer atau reject je. Dhla baru kahwin, tengah pregnant, now kene duduk asing?? Sobs. Sebenarnya bukan aku sorang macam ni. Ramai. Zaman sekarang ni jarangla nak jumpa husband and wife duduk sekali. Bukan semua orang nasib baik. Bestfren aku kahwin dengan orang kapal.. memang berbulan jugak kena tinggal. Apa pun aku patut bersyukur aku tak pernah kena tinggal lebih 2 minggu hehe..

First time skype dua2 nanges haha kelakar bila ingat balik. Sekarang masing2 dah tough. Cuma fikir masa muda kerja kuat2 boleh relax awal. No point aku ikut dia, bukan boleh bawak naik pelantar pun. Sama je kena tinggal jugak. At least kat sini aku ada saudara, family boleh tengok kalau sakit ke apa. Husband pun selalu sangat balik. Kadang2 meeting kat kl balik jugak. Aku rasa masa yang kitorang spend lagi berkualiti berbanding masa dia kerja kl dulu.

So, bila husband takde, apa yang aku buat?

1. Kemas rumah. 5 hari kerja mana ade masa nak sental toilet bagai. So, precious weekend buatla apa yang patut.

2. Shoping. Sebab ada baby agak leceh nak shopping. Tapi aku selalu ada adik atau kawan keluar sekali so senang. Tak boleh imagine nak tolak stroller and trolley at the same time sorang2!

3. Buat apa aku suka. Contoh : menjahit apa2 jela

4. Hantar baby kat babysitter jap, g spa pamper yourself.

5. Selalu berhubung dengan suami kalau dia ada coverage

Tengok2 dah habis weekend.. takde masa nak rasa bosan. Tambah2 anak dah aktif memang takde masa la nak meratib bagai. Baik layan baby je.. then next weekend husband pn balik.. masa ni la nak mengada ke apa lantakla.

Yang tak bestnye bila duduk jauh ni bila anak sakit ke, aku sakit ke.. sedih ok. Seboleh2nya aku nak elak anak aku warded sbb dah pernah rasa susahnye.. nak kerja, nak g toilet kat ward pun susah sebab baby takkan nak tinggal. Nak tak nak kena ada orang lain sekali dengan kita. Tapi alhamdulillah sejak dah jangkau setahun ni  anak dah jarang sakit.





Hubungan jarak jauh macam ni memang menuntut kepercayaan tahap tinggi dan isteri pulak memang kena independent. Kena yakin tujuan suami pergi nak cari nafkah untuk family. Bagi aku, selagi husband aku beria nak balik rumah je lepastu kalau balik tak boleh berenggang ok lagi la tu. Call pun hari2, tak dapat call emel je lepastu wajib bercakap dengan anak dia hari2, nafkah tak pernah miss, aku rasa takde masalah besar nak letak sepenuh kepercayaan kat pasangan.  So bak kata adik aku, " love is blind, but marriage is an eye opener".. true indeed.

Cant wait for tomorrow.. my normal routine every friday after work I have to head straight to the airport to pick up my boyfriend. Haha nitez!

No comments:

Post a Comment