First and foremost, bersalin di Hospital Serdang amat memuaskan bagi aku. Doktor, midwife dan nurse semua memang ambil berat pasal pesakit, siap wish goodluck dan doa semua selamat masa nak tolak ke labour room lagi. Masa kat PAC room even doctor not on duty pun greet nicely lepastu advice suruh baring kalau tak tahan sakit sangat, selawat and everything. Never a single traumatic moment for me as many reviews been read during my pregnancy on how bad the service of government hospital is. Cuma jangan nak gedik and mengada lah ok memang la orang malas nak layan. Bukan kau sorang patient kat situ. How people treat u is based on how u treat people also laa.. Yin and Yang.
Back to the topic. Aku buat keputusan bersalin kat Hospital Serdang sebab tu paling dekat dengan rumah, senang family member nak datang in case things does not went smoothly as u wish i.e anak masuk nicu macam kes aku laaa..
3 hari aku duduk wad kelas 1 and kosnya ialah :
RM 630 sahaja. Kalau bayar deposit RM 800 untuk kelas 1 pun akan dapat refund balik sebab total bil tak sampai RM 800 pun. Ni pun sebab dah tolak subsidi kerajaan. Nak ikutkan total kos RM 1,520 kalau takde subsidi. Thank you kerajaan Malaysia.
Sebab aku ada medical card ING tak perlu bayar deposit cuma call insurance suruh issue Guarantee Letter (GL) je. So total cost untuk aku selama bersalin ni is RM0.00.. Sooo happy.. hahahhaha..
Orang tanya kenapa tak pergi beranak kat Prince Court sedangkan company husband cover bersalin sana. Bagi aku tak payah la nak ber Prince Court bagai sakit nye sama je. Dah la tengah kl buatnye jem mampus beranak dalam kereta. Prince Court kemana, anak kemana. Aku dah masuk wad KPJ, Hospital Pantai (ni melawat orang ok) tapi wad Hospital Serdang is the best bagi aku.
Bilik sorang, orang kemas tiap-tiap pagi, husband teman skali, bilik air dalam bilik guna sendiri je xshare, baju bedobi, sampah hari-hari kutip, vacum hari-hari, nurse baik gila siap cerita pengalaman bersalin sendiri, doktor dah la cantik, baik pulak tu cuma wad xde tv je. Alhamdulillah xde skali pon aku kena cek dengan doktor lelaki sepanjang bersalin. Kalau tak maunye tak besalin aku. Hahaha.. And again, thank u to those who take a good care of me masa duduk kat wad 8B Hospital Serdang. God bless.
Wad nicu baby aku je kena bayar RM62 untuk 3 hari sebab baru lahir takde insurans lagi. Hehehehe.. Hopefully this helps sapa-sapa yang tengah survey nak bersalin kat mana. Trust me, government hospital is the best provided that u are not gedik and mengada type. Yang tu aku pon rasa nak lempang laju-laju. Booo!!! Ok bye :)