Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Friday, July 4, 2025

35 weeks now

I don't know how to start. Lets start with how I feel today and my routine. Started off my day at 6.30am, getting ready for work, even though I had sleepless nights lately. I travelled 1 hour one way to work, which I still can endure in the morning, tapi on the way back home from work in the evening, I can't even tolerate the pain sometimes.

Last 2-3 days tidur salah bantal and sakit sangat bahu and leher. Sometimes bawak ke kepala. I can't turn my head as per normal sebab sakit gila. Kaki bengkak like nobody's business. If malam2 i akan tinggikan kaki, then morning dah tak glaring bengkak tu. However, thorughout the days, makin bengkak dan bengkak then ulang balik the same routine. Sometimes it looks like my kaki nak meletop. Had my checkup every 2 weeks now. Last week I had to repeat MGTT test sebab ukuran perut baby besar 1 week dari due date, meanwhile the head and size cuma 1-2 days je difference from my edd. Turn out everything is normal, cuma this time I really feel so hopeless maybe due to my advance age compared to my last two pregnancies. 

I had to go to toilet many many times at night. Every single hour to pee to poo etc. Keep having braxton hicks especially at night. Im not sure how long do I have to face all these. Is this the sign of labour? I really not sure at all. 

-_-

Saturday, January 4, 2025

Pregnant Again on our 13th Years of Marriage

Happy new year 2025! How time flies. I don't even remember what I did in 2024. 

17th Nov 2024. The day I found out that I'm pregnant with our third baby. I am at 37 years old, both kids are now independent, doing their own stuff and suddenly.... 2025 will be the year that I will have to roam back to milk and diapers aisle. 

11th weeks now, and I feel like shit. I don't have the energy to do anything. I just try to live everyday. I don't have any appetite for foods, but I know I have to eat for my growing baby. At the same time I still have to go to work. Luckily my morning sickness only happen after maghrib. I would throw up like nobody's business.

Bloated 24/7 is normal now. Salute to mommies who gets pregnant every year to go through all these. I can eat fruits, but I hate it now. I hate filtered water be it at home/ office. I just hate to drink because it taste weird. I hate chicken but I don't have options. I hate seafood and meat, basically I hate everything but I force myself to eat something at least.

I felt sleepy and hungry all the time. I will eat mixed nuts all just because I have to stop my growling stomach. As for my husband, normally we would go for date nights, after the kids were asleep. Now, no more since I don't even have the mood to do anything. Really felt bad for him. Please tell me this will be over soon.


I realized lately anything that I thought, somehow will be materialized. I'm not sure how and why though. I want my mom fried beehoon so badly. My mom lived 4-5 hours away from me hence I know I won't be getting it sooner. I never tell anyone about this craving, and obviously my mom don't have any idea about it. My mom came to my house and guess what? She brought her fried beehoon! I cried thinking that Allah has been so generous to me.

I don't know what happen with this beehoon cravings. One day, my husband brought us to a Thai restaurant. I didn't tell him what I want to eat because I don't have the mood for anything. Deep down I felt like eating fried beehoon that night. Quite disappointed that they do not have it in their menus. Its ok, I ordered Phad That instead. Guess what? The waiter came to me to tell me that the Phad Thai is out of stock, so I had to order something else. I casually tell him that I want to have fried beehoon. Yes! Of course I got my fried beehoon. I'm shooked!

Last 2 weeks I thought, would be good if we can travel to Bali. I didn't plan or say anything to my husband about this, coz it is just a thought. I didn't feel like myself pun to travel due to my pregnancy. One evening after work, my husband ask me to choose any place to go and ask me to plan a short trip at least to go getaway for a few days. He handed me his card and voila! Off we go to Bali the very next day. When this happened, somehow I felt scary. Why Allah has granted my wishes so easily. I would still cry in the car every morning, even when I listened to Zikr. Maybe its the pregnancy hormone right? Even the simplest thing, for instance if I saw a rainbow in the sky while driving, I felt like its a gift from Allah to me and he sees me even though Im just a human, and that made me cry.

Today it happened again, Remember I told that I hate to drink the filtered water? We have someone came over to service our water filter this morning and she accidentally broke the pipe hence we can't use the dispenser until the maintenance guy came later in the evening. My husband was worried that we don't have water to drink in between. He bougth loads and loads of Spritzer water and yeah. Actually, that is the only kind of water that I would drink right now during this first trimester. I think, the stock he bought might last until months. Actually, every morning before work, I would drop by the gas station to buy Spritzer as my drinking water throughout the day and now of course I don't need to already. I am really grateful somehow, even when I didn't say to anyone what I need/ wants, Allah always knew it and he will make it happen. There's always a way.

I don't intend to blurt out everything, some of it I will keep to myself. I jot this so that I will always remember. I can't wait for this baby to arrive. This is a big Rezq that Allah has granted us. Actually it is the doa of  the brother and sister that was being granted by Allah. Alhamdulillah. I don't know how will I manage this, but I know, I can and I will do it somehow. It has been 10 years since I last giving birth, of course I forget things. My husband treat me like I am the first time mom haha.. But pity them coz I dont have the  mood for anything right now, i.e to lepak, to do chores, to cook etc. This too, shall pass insyaallah.

10.43pm, bedroom SR.






Wednesday, April 22, 2015

Mengandung minggu ke 38

Ticker menunjukkan hari ni genap aku mengandung 38 minggu 3 hari. Tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi sebelum due date. Sakit badan jangan cakap lah sekarang. Kalau boleh aku nak bersalin cepat-cepat sikit huhu..

Ramai yang cakap perut aku besar kali ni berbanding yang pertama dulu. Yelah, besar sebab nak shave yg kat bawah tu pun dah tak nampak langsung. Kena pakai cermin. Unlike masa mengandung kali pertama nampak lagi okey... Duh...

Hari ni aku rasa baby sangat aktif dari pagi. Kenapa ek.. Selalu aku buat kerja sampai tak perasan baby punya movement sebab banyak lagi benda lain nak fikir. Tapi hari ni kemain ya.. kembung-kembung perut aku dia dok begolek dalam tu. Siap tersedu-sedu bagai lagi (aku rasa la sebab ada satu time tu macam berdetak sedu-sedu macam tu) ah tak tau nak describe macam mana.

Dulu aku mengandung kembar darah. Kali ni macam mana ek. Aku risau jugak sebenarnya kalau tak ada apa-apa tanda tetiba dah ada bukaan ke apa kan. Sebab anak kedua jalan tu dah ada. Harap-harap jangan la macam tu. Huhu..

Pasal aku pulak macam biasa la.. tak boleh tengok toilet kotor. Hari-hari nak sental lepas tu letak air freshner. Kalau aku rasa bau air freshner tu tak kuat or dah kurang wangi harus cari yang baru. Dalam kereta pulak ambi pur tu kadang-kadang aku cabut ambik bau sepam dua rasa best je. Pembawakan kot walaupun aku tau chemical kan memang tak baik untuk baby tapi tak boleh tahan la. Kalau pergi Jusco market tu aku paling suka duduk lama-lama kat bahagian sabun. Tarik nafas dalam-dalam sebab nak bau dia. Lepas bersalin harap takde perangai pelik macam ni lagi la.

Oh ya dua minggu sebelum ni aku kena food poisoning lepas makan bento. Malam tu rasa perut mengeras sentiasa. Aku ingat nak beranak dah skali pergi toilet habis muntah semua. Lega... Baru perut tak mengeras. Then boleh tidur macam biasa tapi pukul 6 pagi tu aku muntah lagi tak sempat pergi toilet muntah tepi katil ok! Argh sudah... Siap warna hijau kuning semua ada. And perut mengeras. MC lah hari tu tak pergi kerja. Pegi klinik doktor cakap food poisoning pun boleh trigger contraction. Patutlah sikit-sikit mengeras.

Then lepas dua tiga hari kena food poisoning tu tetiba satu badan rasa gatal macam kena hama. Aku mandi dengan air garam pun tak jalan jugak. Takde lah bintik ke, gigitan nyamuk ke apa cuma gatal satu badan dari kaki sampai kepala. Boleh melecet kalau garu pakai kuku. Even sampai sekarang pun aku gatal lagi cuma tak seteruk masa mula-mula kena dulu. Sampai tak boleh tidur and bahu aku bengkak sebab menggaru punya pasal. Habis bab gatal kaki bengkak pulak macam katak kembung dah aku tengok. Dulu tak de pulak macam ni. Btolla simptom mengandung ni lain-lain tiap-tiap anak.

Sekarang kaki dah tak bengkak, cuma sakit celah kangkang bila nak start bangun atau jalan. Memang rasa susah tapi demi anak apa saja aku turutkan. Haha.. Walaupun orang cakap mengiring ke kiri lebih  baik untuk baby tapi badan aku tetap selesa mengiring ke kanan. Nanti tengah malam bila sedar baru aku mengiring ke kiri sebab dah lenguh nak tampung berat bila baring macam tu.

Kedudukan baby dah kat bawah. Last week check up doc cakap dah engage sikit. Baru-baru ni check up tak engage lagi pulak. Mana-mana jelah.. Haha.. This week check up tengok lah macam mana cerita dia. Aku ingat nak servis aircond lah this week. Panas gile tidur sekarang sampai pasang econ dengan kipas sekali lepas tu ikat rambut tinggi-tinggi baru boleh tidur. Tak pun aku je yang rasa panas macam tu.

Oklah, we'll see bila aku akan pop out dengan simptom-simptom yang aku cakap kat atas ni ek..

** Baru buat submission e-filing hari ni lepas datang mood. Better late than never :)

Sunday, January 25, 2015

Prepping for the bun in the oven

I'm soo lazy to blog about mommy checklist ahaha... Last time aku guna Leesa Formula and fully utilised all the items. Macam aku cakapla, aku suka sangat ginger cream dia. Kali ni nak try set NR tapi rasa-rasanya macam nak beli ala carte ginger cream Leesa Formula hihi.. I miss the smell..

Aku pernah mengomel pasal sembelit masa berpantang last time. Kali ni, tidak lagi. Seriously item wajib ada bagi aku yang amat-amat penting ialah Duphalac dan berbondong-bondong enema. Sekarang baru 26th weeks, still long way to go hopefully. Barang baby shouldve crossed the list already, barang mommy ape lah sangat. Ngeh..

Barang keperluan berpantang
Maternity pad/ Overnight pad
Disposable panties
Nursing cover
Nursing bra
Minyak urut
Tungku
Stokin, sweater
Hairdryer (untuk keringkan luka bawah, yes I use this!)
Slipper
Breast pad
Set berpantang
Barut
Mandian herba

Kebanyakan barang dah ada masa berpantang anak pertama dulu. Macam barut, sweater, stokin, panties semua tu. Jadi tak banyak yang perlu get ready kali ni. Cuma aku fokus nak ambik set berpantang dengan breastpump je..

What have I done in the past weeks?









Menyelesaikan semua shopping spree sebelum diri ini tak larat nak mengusung badan membeli benda-benda ni semua. Sekarang pun dah rasa macam nak tercabut tulang punggung ni. Adoi.. Kalau dah sarat habislah. Lesson learnt masa past pregnancy. No more last minutes prepping.

Sekarang fokus baca balik buku You Having a Baby by Dr Mehmet Oz yang glemer dalam Oprah tu. Ada jugak certain benda yang takde dalam list terbeli jugak. Adatlah kan. Macam beli medela swing maxi tu ada beberapa pakej boleh pilih. Since semua benda aku dah beli, so aku opt to take baby carrier dengan hands free breast pump bra as their free gift. Hands free bra tu pun mahal jugak kalau nak beli. Walaupun tak terfikir pun sebelum ni hehe..

Rompers aku beli kat Kenanga wholesale city jer. Satu pek ada 5 helai. Aku beli 2 pek 10 helai cuma RM50. Kebanyakan barang baby beli masa expo Sogo hari tu. Sangat berbaloi lah kot nama pun baby expo. Yang last aku beli breastpump with all the free gifts, avent starter kit (paten lama pun lantaklah sana asal menang di poket sendiri ahahah), diaper bag, lotion halau nyamuk semua beli kat PWTC baby expo. Sangat worth every penny lah aku rasa.

The end~


Wednesday, December 24, 2014

Simptom mengandung anak kedua

Anak nak masuk dua yaw.. boleh crossed salah satu wish list aku sebelum cecah 3series hehe.. Ni jelah antara simptom yang aku hadapi masa pregnancy kali ni.

1) Antara yang ketara banyak kahak. I hate spitting tengok orang spit merata-rata pun macam eiii gross nak mampus. Tapi tulah, benda yang tak suka memang selalu datang pon. Masa pregnant kali ni sedia la plastik whatsoever untuk buang lendir-lendir tak berkenaan tu. -sorry if it sounds disturbing- oh my!

2) Tak suka ayam. Prefer steak berbanding chicken chop. Obviously lah sebab dah cakap tak suka ayam kan. Tapi masuk 5 bulan dah boleh makan ayam la cuma kalau ada benda lain memang tak prefer.

3) Yup, ada morning sickness tapi cuma 3 bulan pertama. Tu pun mild je tak delah sampai dehydrated ke apa. Boleh kira dengan jari lah berapa kali je muntah masa pregnancy kali ni.

4) Lapar selalu. Makan macam monster lepas dah habis fasa morning sickness. Monthly check up baru 5 bulan dah naik 4kg! Kesannya aku kena minum air gula next check up. Choy!

5) Tiba-tiba suka nak pakai barang kemas. Sebelum ni memang aku simpan je gelang ke rantai tak pakai pun sebab rimas. Tapi masa pregnant ni aku suruh husband beli gelang emas ko.. Tak penah-penah sampai husband aku pun pelik. Layan jelah craving bini dia ni. Nak buat macam mana dah aku asyik menyanyi-nyanyi. Hehe..

6) Suka makan asam. Pelik eh sebab sebelum ni aku tengok mangga muda pun seram sebab dah terbayang masam macam mana. Aku tak suka asam sebab taknak otak kecut. Tah dari kecik aku rasa kalau makan asam nanti otak kecut. Ngeng.

7) Baby ni suka duduk belah kiri perut je tak tau lah sebab apa. Belah kanan rasa kosong. Pelik ke eh?

Selain dari yang kat atas ni, perubahan kat diri aku pulak tak delah apa sangat pun. dah 21 weeks pregnant pun masih takde baby bump yang ketara. Sekarang ni fasa confuse buncit ke pregnant. Hadoii... Cumanye kalau mood rajin aku datang habis satu rumah aku kemas lepastu sakit segala sendi punggung time nak berjalan. Seksa sungguh.

Dah scan baby dan insyaallah it's a Boy! Orang kata naluri ibu selalu betul tapi malangnya aku rasa aku takde naluri apa2 pun nak predict gender baby so better buat scan jelah kan. Tapi ada je yang scan lain keluar lain. Apa pun Alhamdulillah... Get to smell bau syurga again. Till then!

Thursday, September 5, 2013

Finally, it is not happening!

Assalamualaikum w.b.t,

My baby girl is almost 9 months old and she gets cheekier each day. Don't even know if I use the right wordings. Haha.. Since my last delivery my period was soooo hanky panky it annoyed me sometimes. NEVER a time she visits me on regular basis as 'she' used to before I got married. Hmmph... After getting married she only visits me once haha.. Yelar, I got pregnant immediately lol.

So... Now the period is not regular. Sometimes once a month, sometimes twice, sometimes only three days and sometimes up to 15 days. It is so confusing especially when u need to do family planning. U know what i mean.

After my first jab for family planning right after I finished my confinement, we did not take any protection at all. I did not continue the next jab because i feel that it did not suit me.

Oh hello we both study biology in school so lets do natural planning haha yeah right now u think u re right la kan.. See later how it goes...

So here comes the moment of truth when I showed simptoms of pregnancy the past few weeks. I feel bloated, always rushed to toilet to pee, my period did not visit me anymore, and u name it! I have it all, babe.

I couldn't take it any longer, bought the rm5.90 pregnancy test kit and......







We are not pregnant. Phewww.. ;)

Hubs says in our family quality should come first. We need to raise our children with full commitment and responsibility. We are now still PJJ and we really could not afford to have another child at this moment. So yeah.. Lets wait for another 3 or 5 years, perhaps? For amni to have little brother and sister, no?

However, Allah s.w.t has the best plan i know, we could only plan..... KUN FAYA KUN
We really are grateful for whatever that comes into our life.






Saturday, April 20, 2013

Kos bersalin wad kelas 1 Hospital Serdang

First and foremost, bersalin di Hospital Serdang amat memuaskan bagi aku. Doktor, midwife dan nurse semua memang ambil berat pasal pesakit, siap wish goodluck dan doa semua selamat masa nak tolak ke labour room lagi. Masa kat PAC room even doctor not on duty pun greet nicely lepastu advice suruh baring kalau tak tahan sakit sangat, selawat and everything. Never a single traumatic moment for me as many reviews been read during my pregnancy on how bad the service of government hospital is. Cuma jangan nak gedik and mengada lah ok memang la orang malas nak layan. Bukan kau sorang patient kat situ. How people treat u is based on how u treat people also laa.. Yin and Yang.

Back to the topic. Aku buat keputusan bersalin kat Hospital Serdang sebab tu paling dekat dengan rumah, senang family member nak datang in case things does not went smoothly as u wish i.e anak masuk nicu macam kes aku laaa.. 

3 hari aku duduk wad kelas 1 and kosnya  ialah :



RM 630 sahaja. Kalau bayar deposit RM 800 untuk kelas 1 pun akan dapat refund balik sebab total bil tak sampai RM 800 pun. Ni pun sebab dah tolak subsidi kerajaan. Nak ikutkan total kos RM 1,520 kalau takde subsidi. Thank you kerajaan Malaysia. 

Sebab aku ada medical card ING tak perlu bayar deposit cuma call insurance suruh issue Guarantee Letter (GL) je. So total cost untuk aku selama bersalin ni is RM0.00.. Sooo happy.. hahahhaha..




Orang tanya kenapa tak pergi beranak kat Prince Court sedangkan company husband cover bersalin sana. Bagi aku tak payah la nak ber Prince Court bagai sakit nye sama je. Dah la tengah kl buatnye jem mampus beranak dalam kereta. Prince Court kemana, anak kemana. Aku dah masuk wad KPJ, Hospital Pantai (ni melawat orang ok) tapi wad Hospital Serdang is the best bagi aku. 

Bilik sorang, orang kemas tiap-tiap pagi, husband teman skali, bilik air dalam bilik guna sendiri je xshare, baju bedobi, sampah hari-hari kutip, vacum hari-hari, nurse baik gila siap cerita pengalaman bersalin sendiri, doktor dah la cantik, baik pulak tu cuma wad xde tv je. Alhamdulillah xde skali pon aku kena cek dengan doktor lelaki sepanjang bersalin. Kalau tak maunye tak besalin aku. Hahaha.. And again, thank u to those who take a good care of me masa duduk kat wad 8B Hospital Serdang. God bless.

Wad nicu baby aku je kena bayar RM62 untuk 3 hari sebab baru lahir takde insurans lagi. Hehehehe.. Hopefully this helps sapa-sapa yang tengah survey nak bersalin kat mana. Trust me, government hospital is the best provided that u are not gedik and mengada type. Yang tu aku pon rasa nak lempang laju-laju. Booo!!! Ok bye :)

Monday, October 15, 2012

Set bersalin Leesa Formula

Finally settle dah pasal confinement set nak guna masa pantang nanti. Ni pon tak sengaja.. Merayap-rayap kedai jamu sementara tunggu order makan malam hari ni survey la pasal confinement set ni pulak. Yang bestseller menurut tokey kedai adalah Leesa Formula (LF) and Set Bersalin NR (Nona Roguy) kah itu?? Hahah not very sureee loooo... Memula cari bengkung Leesa je. Sebab pernah tengok kat WHI bengkung dia macam best sebab panjang and bertali senang adjust dengan bentuk badan. Harga bengkung RM49.00 tapi dah alang-alang kat kedai jamu hemmmm tangan ku gatal jugaklah amek full set terus senang tak payah pikir lagi. Huh!

Penat survey kat blog-blog mommies dah. Ada yang suka Tanamera la, Mustika Ratu, Sendayu Tinggi and the list goes on. Pening kepala laaa... Being a traditional me, aku sebenarnya bayangkan berpandang pakai pilis bagai but this LF set takde sume tu. Ade ginger cream sahaja to substitute pilis. Ok jugaklah coz ada jugak terbaca bila benda tu (whatever param pilis like i know??) kering kat dahi terjatuh atas baby laa (ala cian) apela.. So cream rasenye takde la cmtu kan cume feel tu kureng lah sikit agaknye.. Hihi..

Aku tak tau Leesa Formula confinement set ade 3 option sampaila kat umah baca pamplet dia nih. Set A (basic), Set B (setA + bengkung) dan Set C (premium) WHICH is the one yang aku beli!! Huh.. Ok foiinneee ni set premium dapat beg lutsinar tu free. Macam dalam gambo kat bawah.. Cantik bangat gamaknyeeee... -__- Tapi takpe, badan nak pakai lama, so just bear with it la kan..




Now the kotak lepas bogelkan look like this. 




Part aku suka, tungku herba. Emmm.. wangi. Nak pakai letak dalam steamer boleh gilir-gilir pakai. Berguna jugak steamer adik aku adiah kawen dlu tak pakai-pakai lagi. Boleh pakai letak tungku. Hihihi...



Contour gel (mommy) and minyak telon (baby) macam biasa lah.. Macam pati halia bagai tu la gamaknye. Minyak telon LF ala cart quite mahal jugak lah kan consider saiz dia yang kemetot cmtu. Harga beli seketul-seketul minyak telon ni RM12. Aku dah beli actually minyak telon baby tu baru RM 7 - 8 je kot and wayy besar than this.



Ok next. Teh herba, pil haruan, pil perawan, krim halia. Yang longgar dirapatkan, yang tekoyak dipulihkan. Aku rase ok je sebab tak payah telan jamu air ape bagai tu lah kan.. Kalo pil anytime boleh telan.



Ok, manual cara nak guna etc. Cukuplah untuk berpantang 44 hari. 



Yeay, dah tak payah pikir dah. Barang baby settle. Barang mummy settle. I'm in 30 weeks and still counting. Lepas ni fokus buat resume ke prep for incoming iv ke ape.. And fokus buat exercise like what have been suggested by Dr Mehmet Oz dalam buku You Having a Baby. Hehe.. Oh fyi, set premium Leesa Formula berharga RM350 sekotak tapi dapat diskaun so bayar RM315 je untuk semua ni. 


Dalam kepala pikir nak minyak kelapa dara Tanamera untuk sapu perineum tapi macam ngeri bukan? Emmm.. emmm... nantilah pikir kalau ada mood. Ok bye.

Wednesday, September 26, 2012

Checklist ibu dan bayi baru lahir

Masuk usia kandungan 28 minggu dah giat menyoping barang-barang baby & mummy in case la terkena kelahiran pramatang (nauzubillah) at least dah agak bersedia nak ke hospital :)

Untuk ibu, cuma sediakan benda yang takde je macam maternity pad, disposable nursing pad, disposable panties dan stokin tebal. Yang lain-lain tu barang asas travel jelah macam kain batik, baju sikit, selipar, cardigan, towel, toiletries etc. semua tu dah ada cuma tinggal nak pack je. Tak perlu la nak beli baru kann.. Take note that ini barang asas ke hospital sahaja. Belum lagi barang berpantang. Breast pump, pati haruan, jamu, bengkung dan sebagainya plan nak beli 2 minggu lepas baby lahir. Konon nak utilise masa dengan baby breastfeed skin to skin lah kalau ada rezeki. Hehe..  




Untuk baby, barang bawah ni je yang dah disediakan : (insyaallah cukup) boleh revise lagi kalau ada yang tertinggal.

Selimut, tuala, barang mandi, baby oil, minyak angin


Grooming : nasal aspirator, baby wipes, cotton buds, nail clipper, pampers, sikat & berus,
 bedak baby

Feeding : botol susu (untuk susu & air masak), puting, bekas simpan susu,
berus botol susu

Pelapik tilam baby

Baju, mittens & booties, beg baby, breastfeed cover, barut baby

Yang belum beli lagi susu formula kecik (in case takde susu, nauzubillah), besen madi baby, kelambu baby, tilam & bantal baby (to be sponsored by Tokma). Benda lain macam breastpump tunggu papa dia laa.. Milk storage nak dekat habis pantang baru beli sebab gigih nak pam. Bolehhh..?? Car seat beli masa dah besar sikit dan boleh duduk, stroller tengok keperluan sebab takot takde masa pun nak guna. O.O 


Ok tu je sikit sebanyak barang yang dah dibeli untuk menyambut orang baru. Hehe.. Kalau tak cukup nanti mama lari pegi kedai beli ye baby..  

Tuesday, September 18, 2012

Merajuk!

Kereta broke down hari ni sebab habis bateri. Pakai bateri free maintenance memang kena redha jelah kalau tiba-tiba enjin tak boleh hidup. Abah ada meeting pulak sampai malam. Husband pun ada kursus berapa hari kat Bangi so tak tidur rumah. Huh! Nak ikot Bangi dengan Seri Kembangan sekangkang ayam je. Tapi dah aku yang insist tak bagi dia balik konon tak nak menyusahkan so terima jelah nasib diri. Huhuhu..

Nasib ofis dekat je dari rumah. So boleh lah gagahkan diri berjalan slow-slow. Tapi takot jugak nak lintas jalan sebab kereta semua laju-laju macam tak de brek je. Plus, indon je yang jalan kaki -_-.. Takotnye kalau kene ragut. Sepanjang jalan baca ayat kursi tak berhenti. Huhu..

Sampai rumah temengah-mengah. Maklumlah, jalan laju (tak jalan slow okeh) takot kene ragut whatsoever. Mak buyong nak masuk 7 bulan pulak tu. Memang nasib lah.. Takpe, exercise sikit-sikit harap-harap mudah bersalin nanti. Amin.. Lalu pulak depan nurseri. Eh, saje nak bagi aku survey ke ape ni. Siap boleh sembang-sembang dengan owner nye. Peramah dan baik untuk 1st impression. Okeylah, kalau nak drop baby sini lepas die lahir nanti. 

Bukak kunci rumah terus rasa kepala berpinar macam nak pitam. Lepastu macam nak nanges sebab fikir kesiannya aku ni mengandung tak de sape tolong. Sedehnyeeee!!!! Husband dah dekat pon takde jugak!!! Ah mainan syaitonnnn... Saje je kan nak buat aku marah husband. Padahal aku yang tak bagi dia balik. 

Abah balik ofis terus ajak aku keluar amek kereta. Pakai jumper lah kan.. Baru enjin boleh hidup. So, drop kereta kat rumah lepastu pegi makan. Lapa nye.. maklumlah mood nak masak pon tak de sebab hmmmm... Ke aku je macam ni? Pape jelah..

Then husband berapa kali call and mesej tanya pasal kereta. Bukan tanya pasal aku ke ape -_-. Ah mainan syaiton lagi!! Jawab jelah okey kan. Semua dah setel. Esok baru abah tolong tukarkan bateri. Otw balik rumah, husband mesej lagi cakap tengah kareoke kat hotel sebab free. WTF??? Arghh!! Tetibe rase sakit hati malas nak jawab. Ke aku je macam ni???? Andaila ni sebab hormon, so aku tak leh nak buat ape la. Tapi masa dan saat ni memang nak nanges dulu sebelum tido. Ok bye!

Thursday, September 13, 2012

Minggu 26

Hai Baby,

Mama miss u.. Sekarang dah minggu ke 26 baby duduk dalam perut mama. Esok papa balik. Yeay.. I never felt lonely walaupun papa keje jauh sebab mama ade baby mama yang aktif ni. Kadang-kadang mama cakap-cakap dengan baby n baby tendang-tendang perut mama bagi respon. Soo cute. 

Last week mama buat scan dekat An-Nur sebab mama ingat baby tak begerak lama. Mama risau sangat selagi tak tau keadaan baby mama dalam ni. Alhamdulillah semua ok doktor cakap. Heartbeat baby pun normal and u were so active. Tegolek sana sini dalam perut. Yelah, ruang besar lagi kan..

Doktor cakap tak kan lah aktif macam ni tak gerak. Hehe.. Lepastu mama tanya jantina. Sorry mama tak tunggu papa sebab mama tak sabar nak tau. Dah alang-alang kan.. Tapi baby kepit ya ampunnnnnnn... sampai setengah jam scan pun still tak nampak. Nampak sepintas lalu je macam . . . . . . . tapi insyaallah la kan.. So mama tak lah boleh confirm lagi. Malam tu mama skype dengan papa pasal tu. And he was so happy to hear both of us are fine. 

U know what.. masa doktor scan mama nampak mata, hidung, mulut baby yang comel tu. Bila doktor nak zoom kat muka terus tutup muka dengan tangan? Kedekutnya... Lepas tu menguap-nguap. Excited sungguh mama tengok. U showed off ur legs..!! doktor pun puji kaki sayang cantik. Amboi..

Emm.. pasal mama pulak, sekarang mama still bertenaga lagi nak jalan-jalan ke ape. Boleh shopping groceries sorang-sorang lagi. Still boleh pakai heels. Opps..!! Sayang tak menyusahkan mama langsung. Mungkin baby faham papa jauh kan. Tapi kalau beli groceries mama tak beli dah air berat-berat macam mama slalu beli dulu. Mama takot tak larat nak angkat la sayang.. Mama beli jugak tapi sekotak atau sebotol je. Dulu baby pun tau kan mama suka buat stok air dalam fridge. Hehe.. 

Kali ni papa balik lama sikit. So, kite boleh manja-manja dengan papa la ye sayang. Book ticket midnite movie malam Sabtu, jalan-jalan macam yang kita selalu buat dulu. Papa balik 2 minggu lepas tu kita tinggal berdua jela balik.. Nasib Aunty Na slalu balik hari Kamis n tokbah pun slalu ada kat rumah teman mama. Tapi ada jugak masa-masa mama kena duduk sorang-sorang nak buat macam mana kan.. Baby kecik lagi dalam perut tak pe la.. Still bearable. Oh ya, baby dah 700gm last week.. :)

Dis week mama suka makan roti dengan meatloaf n cheese, buah-buahan je macam anggur, sunkist (woah tiap-tiap malam 2 bijik haruss) and of course susu n milo untuk anak mama sayang ni.. I love u so much baby. Just now ur dad message me to let u know how much he love u as well. Please grow up healthily ye sayang.. We both love u so much..!!

Aww.. baby mama dah bangun. Dah start tendang-tendang. So I gotta stop now. Jom layan baby mama sembang pulak. Ni hao maa...?? :)