Showing posts with label Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Bersalin. Show all posts

Tuesday, June 9, 2015

Bersalin di KPJ dengan epidural

What's on my mind bila dah tahu pregnant? Yup, kat mana aku nak bersalin and buat check up. My first born dua kali admitted KPJ Kajang dan everytime dia sakit pun if aku rasa perlu buat detail examination, I will opt to go to KPJ Kajang as well sebab tak payah cerita banyak tentang history my baby. Tapi aku tak pernah la sakit pergi hospital ni. Jarang sakit pun sebenarnya. So aku dah biasa dengan hospital ni lah kiranya untuk segala masalah kesihatan baby first aku. Tengok pakej bersalin macam ok so terus decide buat check up kat sini.

Kenapa kali ni aku pergi private? Yes, the reason is EPIDURAL. Remember when I deliver in Hospital Serdang and I did request for any pain reliever during contractions but unfortunately tiada epidural according to the staff nurse. I'm so not gonna pee many times on bed lagi untuk delivery kali ni dan aku takut sangat sakit sebab aku dah tau sakit nak beranak tu adalah terlalu sakit. Cukuplah sekali aku rasa all the way natural without any pain reliever.

Berbalik kepada cerita tadi, first time appointment pergi pilih gynae and terus je check up dengan dia. Kadang-kadang that particular gynae ada urusan bila next appointment so consider klinik tutup, staff hospital akan inform earlier via SMS and phone call. Senang lah nak plan check up kat klinik biasa je. Tapi make sure bawak lah report tu bila nak bersalin nanti. Kat KPJ tak payah bawak buku tebal2. Just bring along appointment card, segala mak nenek info tentang check up patient sebelum2 ni dah ada dalam sistem. Check up kat sini sepanjang aku pergi memang tak pernah less than RM100 haha.. A simple check up include scan la. Selalunya tu harga untuk check up biasa macam scan, timbang berat, tekanan darah and consultation sikit2. Untuk minum air gula, check darah semua mahal sikit lagi. Usually bila check up klinik biasa untuk normal one aku cuma kena max RM60  je include scan. Yelah, mana charge consultation specialist hahahaa.. Whateves.

From both experience, first born with GH and new little addition with private, satu perbezaan nyata yang aku nampak is, with GH masa deliver tu I have to bear a lot of pain, tak ada orang nak fokus kat kau je sebab ramaiiii sangat nak terberanak, kena panggil nurse or doc to come entertain u masa u really need any help from them or else diorang akan entertain patient lain yang ramaiii yang also need them at the same time. Hihi.. TAPI layanan dalam wad is superbly awesome dekat GH. Couldn't ask for any better dan aku tak ada apa nak complaint sebab di GH memang diorang ambil berat sangat pasal patient after delivery. Banyak kali jugak doc buat ward round. Tak tahulah sebab aku ambil first class ward ke apa tapi aku rasa wad lain pun sama je kot in terms of service.

As for private hospital, dekat labour room memang best. Aku kan tak sakit masa dah dilate 5cm tapi aku insist jugak nak ambik epidural sebab takot sakit. Afterall that's the ONLY reason aku nak beranak kat sana. So all the way during the labour process is a bliss sebab aku relax, tengok tv tak menangis or menjerit bagai menahan sakit. Staff nurse akan datang tak perlu panggil to make u as comfortable as they can. Betul masa nak tunggu dilate 10 cm tak ada scene terkencing banyak kali sebab contraction ok. Semuanya gentle dan buat aku rasa 'bersih'. Don't get me wrong here, 'bersih' means aku tak rasa hancing sebab when I need to pee nurse dah siap tube and besen. When my ketuban dipecahkan, air keluar sikit2, bila pad dah penuh diorang akan tukarkan without having to ask. Tapi lepas tu di ward, biasa2 jelah. Aku prefer GH lagi untuk servis post-delivery.

Manage to capture few pics in labour room while waiting for the 'real' labour. Sorry pic quite gelap. It's a dimmed light anyway so that aku boleh tidur. Masa procedure je pasang lampu terang.

Labour room


Labour room



Wad

Lepas deliver, aku ambil double bedded ward. Bayar extra untuk katil so that we have the whole room to ourself plus husband get to have his own hospital bed for the night. Tak sure lah tapi aku rasa bilik single cuma ada satu katil je and yang teman boleh tidur sofa. Correct me if I'm wrong, that's why we opt for double bedded room. So kat atas ni aku capture katil husband aku lah. Husband aku pon dapat makanan hospital jugak every meal time macam dia pulak yang bersalin. Ceh. Menu ada variety.. for me menu orang berpantang lah always ikan with blackpepper lah, ikan masak apa lagi tapi ikan ikan ikan all the way. For husband menu orang biasa jer..

So dengan epidural dan double bedded room, the cost is..



for normal delivery without forceps, vacuum etc.

Hopefully bermanfaat for new moms out there yang masih berfikir kat mana nak bersalin dan sebagainya. Sharing is caring till then bye.


Saturday, May 30, 2015

Review set berpantang Nona Roguy


Berpantang hari ke 25. Meh aku nak review set bersalin Nona Roguy yang aku pakai untuk bersalin kali ni.

Basically ada 6 jenis barang dalam ni excluding barut. Barut aku beli berasingan. Unlike set Leesa Formula yang aku pakai sebelum ni ada include sekali barut. Harga lebih kurang je so aku boleh consider set Nona Roguy ni sebenarnya agak mahalla sebab takde barut kan..

So, cara pemakaian semua ada tertulis dalam buku pamplet yang ada disertakan dalam box ni. Pil untuk makan ada satu jer iaitu Phytonatal. Bagi aku, pil ni memang superb lah bagi mereka2 yang ada masalah sembelit lepas bersalin. Yelah, normally perjalanan usus jadi lebih perlahan lepas bersalin, sebab tu lah boleh trigger sembelit atau bak kata omputih constipation. Untuk aku, aku cuma makan Phytonatal lepas dinner 2 biji. Esoknya confirm segala bendasing yang tidak diperlukan dalam badan akan dapat dikeluarkan dengan jayanya. Aku suke giler pil ni. Thanks to the inventor. Baby aku pulak alhamdulillah takdelah cirit birit ke ape bila aku makan Phytonatal ni. In fact susu badan pun banyak.

First few weeks bersalin especially the first week, tiap2 hari aku akan basuh tempat luka bersalin dengan uncang cuci herbanika. Luka aku sikit jer, so memang cepat baik. Aku cuci dengan uncang ni pun sebab tak nak bawah tu berbau hanyir. Kalau orang dulu2 nenek aku cakap basuh pakai asam keping. Walaupun dah baik luka, aku still continue cuci dengan uncang cuci ni. Sepaket tu boleh pakai banyak kali selagi ada herbanye. Boleh jugak dibuat mandi tapi aku memang berpantang mak aku dah siapkan air rebusan daun2 macam serai wangi, limau purut etc so aku takdelah guna benda ni untuk mandi.

Paling best minyak Herbanika NR. Aku dah bawak siap2 minyak ni ke hospital masa bersalin hari tu. Benda pertama yang aku pakai lepas bersalin. Titik sikit dekat pad dan urut badan. In fact dah habis pun minyak ni aku pakai sobs.. Nak beli lagi tapi malas lah so aku pakai minyak angin biasa je sekarang ni. Untuk aku, bila titik dekat pad, tak de lah berbau darah nifas tu. Luka pun cepat je baik. Lepas dry dengan hairdryer tempat tuut tu, pakai pad yang dititik dengan minyak herbanika memang rasa bersih dan fresh.

Satu lagi benda yang dah habis aku pakai is Herbanika lulur, Best sangat sebab aku perasan muka aku macam berseri sikit bila pakai ni. Bantai jer lulur kat muka sekali wakakakaa... Ada jugak krim barut herbanika. Krim ni memang buat barut aku bertukar kuning haha.. Dua2 benda ni asasnya kunyit kot tak silap aku sebab lulur tu pun buat lantai toilet aku jadi kuning hohohhh... Ada orang rajin lapik dengan kain or tisu taknak barut kotor tapi dah dasar pemalas macam aku ni ah gasaklah sana. Kurang2 aku rajin jugak pakai barut. This time aku ada 3 barut haha so tukar2 lah hari2 bila basuh.

Last but not least, akar herbanika. Memandangkan aku peminat green tea kalau makan makanan jepun, dan aku jugak boleh telan air teh herba mustika ratu macam tu je, air akar herbanika ni takde lah susah pun aku nak telan. Rasa dia lebih kurang sama je. Aku suka minum suam berbanding yang sejuk. Kalau suam laju sikit minum. Letak dalam termos and minum jer bila dahaga. Air akar ni pun function dia untuk banyakkan susu. Sama jugak macam phytonatal, anak aku takdelah kembung ke, cirit birit bila aku consume benda ni. In fact dia dah sleep through the night pun sekarang ni walaupun masih dalam hari. Senang sikit kot jaga baby lelaki kan. As long as lepas mandi tuamkan baby insyaallah takde masalah kembung or angin pasang.

Take note set ni takde pilis ya, ginger cream ke apa cuma ada krim barut herbanika tu untuk perut. Aku prefer ginger cream n krim perut Leesa Formula lagi sebab krim tu lagi power dari losyen halia bara whatsoever in the market sekarang. Krim tu kalau pakai peh bepeluh2 perut aku. Krim barut herbanika NR pulak takde lah feel dia se kick Leesa Formula punya cuma aku perasan walaupun macam tu, kesan dia stretch mark kat perut tak de lah nampak horror sangat n perut pun boleh jer langsing hehohhh..

Kalau diberi pilihan, aku nak semua dalam set Nona Roguy, tambah Ginger cream n losyen barut Leesa Formula hihi... Phytonatal memang terbaik lahhh..No sembelit at all I love it. Overall berat aku dah kembali ke berat asal and in fact few kgs lesser than berat asal sebenarnya sekarang ni. Walaupun makan nasik tak hengat banyak gile tapi still turun jugak berat. And thanks to breastfeeding. Awal2 dulu laju jer berat turun, sekarang dah slow down sikit hopefully boleh ler turun lagi hakhakkk..

Okeylah tu jer babai!!

Sunday, January 25, 2015

Prepping for the bun in the oven

I'm soo lazy to blog about mommy checklist ahaha... Last time aku guna Leesa Formula and fully utilised all the items. Macam aku cakapla, aku suka sangat ginger cream dia. Kali ni nak try set NR tapi rasa-rasanya macam nak beli ala carte ginger cream Leesa Formula hihi.. I miss the smell..

Aku pernah mengomel pasal sembelit masa berpantang last time. Kali ni, tidak lagi. Seriously item wajib ada bagi aku yang amat-amat penting ialah Duphalac dan berbondong-bondong enema. Sekarang baru 26th weeks, still long way to go hopefully. Barang baby shouldve crossed the list already, barang mommy ape lah sangat. Ngeh..

Barang keperluan berpantang
Maternity pad/ Overnight pad
Disposable panties
Nursing cover
Nursing bra
Minyak urut
Tungku
Stokin, sweater
Hairdryer (untuk keringkan luka bawah, yes I use this!)
Slipper
Breast pad
Set berpantang
Barut
Mandian herba

Kebanyakan barang dah ada masa berpantang anak pertama dulu. Macam barut, sweater, stokin, panties semua tu. Jadi tak banyak yang perlu get ready kali ni. Cuma aku fokus nak ambik set berpantang dengan breastpump je..

What have I done in the past weeks?









Menyelesaikan semua shopping spree sebelum diri ini tak larat nak mengusung badan membeli benda-benda ni semua. Sekarang pun dah rasa macam nak tercabut tulang punggung ni. Adoi.. Kalau dah sarat habislah. Lesson learnt masa past pregnancy. No more last minutes prepping.

Sekarang fokus baca balik buku You Having a Baby by Dr Mehmet Oz yang glemer dalam Oprah tu. Ada jugak certain benda yang takde dalam list terbeli jugak. Adatlah kan. Macam beli medela swing maxi tu ada beberapa pakej boleh pilih. Since semua benda aku dah beli, so aku opt to take baby carrier dengan hands free breast pump bra as their free gift. Hands free bra tu pun mahal jugak kalau nak beli. Walaupun tak terfikir pun sebelum ni hehe..

Rompers aku beli kat Kenanga wholesale city jer. Satu pek ada 5 helai. Aku beli 2 pek 10 helai cuma RM50. Kebanyakan barang baby beli masa expo Sogo hari tu. Sangat berbaloi lah kot nama pun baby expo. Yang last aku beli breastpump with all the free gifts, avent starter kit (paten lama pun lantaklah sana asal menang di poket sendiri ahahah), diaper bag, lotion halau nyamuk semua beli kat PWTC baby expo. Sangat worth every penny lah aku rasa.

The end~


Tuesday, November 26, 2013

Pengalaman bersalin

Nak masuk setahun dah aku bersalin. Hehe sekejapnya macam tak terasa. Dulu sebelum kahwin selalu kena senggugut sampai guling-guling tahan sakit. Lepas kahwin period sekali lepastu pregnant. Heaven gila tak period lama, so tak payah hadap senggugut tiap bulan.

Seronok mengandung anak pertama sebab semua pengalaman tu belum pernah rasa. Cukup 39 minggu 5 hari dah keluar tanda.

Ahad, 16 Disember 2012
8.00am : masuk toilet ada darah dan lendir warna pink. Tapi masih tak sakit. Cuma berdebar sebab tak lama lagi kena beranak -_-

10.00am : ada sakit sikit tapi tak sesakit macam senggugut. Aku ingat doc yang aku selalu pergi checkup cakap contraction ni yang betul2 punya adalah sakit sampai aku tak boleh nak senyum dah. Adik aku boleh buat lawak suruh aku senyum time tu. Obviously masih boleh ketawa tebahak2 lagi.. Ko tunggu! Parents aku insists pergi hospital jugak nak cek kot2 kena tahan wad. Masa ni boleh jalan lagi, boleh senyum dan berlagak normal. Sebab dah ada 'show' so kena la pergi cek. Sesi selukan yang pertama nurse cakap baru buka 1cm. Boleh balik rumah dulu. Bila sakit selang 5minit secara konsisten datang hospital cepat. Ok, balik lah kiter... Lega sikit hehe

2.00pm : dah mula rasa sakit macam bedenyut2. Setiap kali nak mula sakit aku cuak dah.. Yela macam roller coaster kejap sakit, kejap tak sakit. Tapi masih boleh senyum jgn risau haha. Aku nak relaks, ajak adik aku teman aku tidur. Sebenarnya suruh dia catat selang masa contraction aku haha.. Sakit dah weh tapi ok lagi. Konsisten setiap 7 minit. Ok la kan stil boleh tidur.

8.00pm : sakit dah tahap macam senggugut aku. Aku ingatkan ni la paling max sakitnye so aku rasa eh xde la sakit sangat. Lol.. Ko tunggu!

8.30pm : aku duduk di pac room hospital serdang. Nurse seluk lagi dah buka 4cm. Dia suruh salin baju pink. Masa ni boleh jalan laju lagi sampai kena tegur tak sakit ke jalan laju. Hu... Setiap kali kena seluk kan depa pakai pelincir apa tah aku rimas so aku akan pergi toilet basuh. Tu lah yang last aku boleh jalan pi toilet -_-

10.00pm : sakit aku dah makin menggila. Muka pun dah start bekerut-kerut tahap tak boleh senyum. Aku baring je kat katil tu. Baring mengiring tak kena, telentang lagi la tak kena. Ya allah... Aku tak henti2 zikir (la'ila ha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin), benafas elok2, ada masanya aku bawak minda aku ke dunia lain kurang sikit rasa sakit tapi masa tak boleh fokus ikut hati nak jerit je tapi aku masih waras kot nak buat benda macam tu. Sampai tahap menggeletar badan aku masa sakit contraction tu.


Isnin, 17 Disember 2012
2.00 pagi : masih layan sakit tapi keadaan makin sunyi so boleh cuba bernafas betul dan bawa fikiran menerawang ke benda lain dari dok fikir pasal sakit. Sakit memang sakit tapi aku dah rasa macam terlalu sakit sampai badan aku dah lali. So just embrace it. Tiba2...... POP!!! Lepastu dengar bunyi baby nanges. Terkejut aku orang depan katil teberanak dalam PAC room! Ni macam bilik observation je sebelum tolak ke labour room. The mom tak bunyi ke sakit ke apa? Tak sakit la kot kan.. Tak panggil doctor pun? Erkk.. Lepastu doc datang la sebab baru je tadi cek dia baru buka 6cm. Anak first lak tu. Doc cakap awak beranak sendiri tengok ni habis koyak rabak. Ok lupakan kisah dia. Ni kisah aku wahahahaaa...

3.00am : sakit dah sangat gila tapi masih boleh bbm mak aku. Mama tak tidur sembahyang the whole night doa untuk aku. Sobs! Hurm lepas tu tiba2 datang sakit macam betul2 nak meneran dah. Ya allah memang aku rasa nak meneran. Terus panggil nurse suruh cek bukaan. Tak rela aku bersalin dalam pac room ni. Baru 6cm. Lamanyaaaa.... Aku ingat dah 8cm ke.. Huhu.. Sebenarnya sebelum tu aku stick kat 4cm punya lama so nurse cakap meh dia tolong bukakkan laluan. Dia godek2 bawah tu sampai jadi 6cm. Jangan tanya aku macam mana. Aku pun tak tau. Tapi tak sakit pun seluk. Nak compare dengan contraction macam kena gigit semut je. Sakit makin menggila dan ni first time aku ter 'shee shee' atas katil masa contraction! Lenjun kain pink aku. Nurse datang salinkan. -_- tq nurse baiknyaa... Bukan sekali ok 3kali!!! Ohmy... Apa la aku ni. Pemegang katil besi tu macam nak patah aku pegang masa datang contraction.

5.00am : tiba2 dengar bunyi POP!! Teburai air keluar dan aku yakin ketuban aku dah pecah. Sekali lagi nurse datang salin kain aku. Huhu... Dia cakap lepasni bukak cepat sikit kot sebab ketuban dah pecah. Ok dah 7cm. Husband aku akan touch down kl dalam pukul 8.30 pagi. Allah gerakkan hati dia kot nak balik awal sikit. Sebab due aku patutnya 20 Disember. Dia ingat nak balik awal sikit so that boleh teman aku sementara tunggu 20 Disember tu. Tapi Allah dah rancang sebaiknya...

9.00am : orang lain semua dah masuk labour room. Aku je masih disitu sampai nurse pun dah betukar shift. Sedih ok! Aku cakap kat nurse tolak jela saya dalam labour room. Dia cakap kat labour room pun sama je. Tapi dorang tolak jugak aku masuk labour room dan panggil husband aku. Sedihnya aku cakap dia masih on the way from epot! Tak pelaaa.... Masa ni masih 7cm -_-

9.05am : dalam labour room dah. Macam biasa sakit teketar2 bila datang contraction. Aku tak de amek ape2 ubat tahan sakit ke, gas ke apa all the way natural. Bukan aku taknak, takdak sapa offer pun -_- bolehhh?? Haha... Tapi aku yakin pasti boleh badan aku terima semua ni. Tiba2 nurse cakap dah full 10cm dan boleh push. Dalam masa depa sediakan lampu, alatan bagai, nampak husband aku masuk. Macam dapat semangat untuk push ok! Mana 8cm & 9cm? Tetiba 10 cm terus! Push lah 2 -  3 kali. Jangan risau bab push aku dah khatam berapa bijik buku tah takot punya pasal. Doc ckp aku pandai push ok kembang jap.

9.38am : keluar baby dan sakit semua hilang terus. Memang ada buat episiotomy so that koyak tak terlalu besar. Lepastu jahit dan cucuk anti kancing gigi masa tengah jahit tu. Apalah sangat sakit jahit memang tak rasa sakit lah sebab sebelum ni sakit macam nak gila. Apapun pengalaman ni amat berharga untuk aku.


Tak sangka dari setitis sperma dan sebiji ovum boleh jadi manusia. Badan perempuan ni sangat kuat sampai boleh keluarkan seorang manusia lain. Lelaki ado??? Haha... Apa pun aku sangat besyukur. Tapi kalau tanya aku nak ke lagi??? Erkkk nanti2 dulu lah kot haha...

Patutla doktor aku cakap anak sulung ni special dan sebenarnya paling disayangi sebab nak keluarkan tu selalunya payah dan lama. Betoi kot.. Tapi tak taula kan.. Kalau anak ramai mana boleh pilih kasih oi..



Saturday, April 20, 2013

Kos bersalin wad kelas 1 Hospital Serdang

First and foremost, bersalin di Hospital Serdang amat memuaskan bagi aku. Doktor, midwife dan nurse semua memang ambil berat pasal pesakit, siap wish goodluck dan doa semua selamat masa nak tolak ke labour room lagi. Masa kat PAC room even doctor not on duty pun greet nicely lepastu advice suruh baring kalau tak tahan sakit sangat, selawat and everything. Never a single traumatic moment for me as many reviews been read during my pregnancy on how bad the service of government hospital is. Cuma jangan nak gedik and mengada lah ok memang la orang malas nak layan. Bukan kau sorang patient kat situ. How people treat u is based on how u treat people also laa.. Yin and Yang.

Back to the topic. Aku buat keputusan bersalin kat Hospital Serdang sebab tu paling dekat dengan rumah, senang family member nak datang in case things does not went smoothly as u wish i.e anak masuk nicu macam kes aku laaa.. 

3 hari aku duduk wad kelas 1 and kosnya  ialah :



RM 630 sahaja. Kalau bayar deposit RM 800 untuk kelas 1 pun akan dapat refund balik sebab total bil tak sampai RM 800 pun. Ni pun sebab dah tolak subsidi kerajaan. Nak ikutkan total kos RM 1,520 kalau takde subsidi. Thank you kerajaan Malaysia. 

Sebab aku ada medical card ING tak perlu bayar deposit cuma call insurance suruh issue Guarantee Letter (GL) je. So total cost untuk aku selama bersalin ni is RM0.00.. Sooo happy.. hahahhaha..




Orang tanya kenapa tak pergi beranak kat Prince Court sedangkan company husband cover bersalin sana. Bagi aku tak payah la nak ber Prince Court bagai sakit nye sama je. Dah la tengah kl buatnye jem mampus beranak dalam kereta. Prince Court kemana, anak kemana. Aku dah masuk wad KPJ, Hospital Pantai (ni melawat orang ok) tapi wad Hospital Serdang is the best bagi aku. 

Bilik sorang, orang kemas tiap-tiap pagi, husband teman skali, bilik air dalam bilik guna sendiri je xshare, baju bedobi, sampah hari-hari kutip, vacum hari-hari, nurse baik gila siap cerita pengalaman bersalin sendiri, doktor dah la cantik, baik pulak tu cuma wad xde tv je. Alhamdulillah xde skali pon aku kena cek dengan doktor lelaki sepanjang bersalin. Kalau tak maunye tak besalin aku. Hahaha.. And again, thank u to those who take a good care of me masa duduk kat wad 8B Hospital Serdang. God bless.

Wad nicu baby aku je kena bayar RM62 untuk 3 hari sebab baru lahir takde insurans lagi. Hehehehe.. Hopefully this helps sapa-sapa yang tengah survey nak bersalin kat mana. Trust me, government hospital is the best provided that u are not gedik and mengada type. Yang tu aku pon rasa nak lempang laju-laju. Booo!!! Ok bye :)