Showing posts with label Government. Show all posts
Showing posts with label Government. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Tips lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan awam

Disclaimer : Entry would be a bit lengthy. This tips is based on my own experience. Four times manual exams and one time online exam, all passed. I wouldn't take any responsibilities for those who failed even after reading my tips. Kekeke.. :p

Sebab SPA no longer buat manual exams nowadays, aku cerita secara brief jelah pasal manual exams ni. Sebenarnya bagi aku manual exam lagi lah susah berbanding online exam sebab tak silap aku ada 5 paper. Dari pagi sampai ke petang baru siap. Keluar je hall memang rasa ting tong skek. Hahaha.. Ni senarai paper and brief explaination pasal paper2 ni :
  1. Pengetahuan Am
  • Berkisar isu semasa, pengetahuan am yang biasa. Kadang-kadang ada jugak soalan pasal sistem komputer, pasal law terms sukan, etc.
  • Contoh : Siapa pelumba basikal negara? Tahun berapa Sukan Komanwel diadakan? Kacang jer kan... Ada jugaklah yang susah sampai tak terfikir dek akal. Malas nak fikir.
  1. Daya Penyelesaian Masalah
  • Ini soalan matematik. Bukan add math pun. Kira okey lah cuma kalau tak laju memang tak cukup masa. Masa memang sangat berharga time ni. Tau term perimeter, basic2 macam sudut 360 darjah total pun oklah. Ada algebra sikit2. Ada jugak soalan macam soalan PTS, soalan logik dsb. Kalau exam untuk akauntan ke, kastam ke.. kira susut nilai/depreciation tu normal lah. Note that manual exam TAK BOLEH GUNA KALKULATOR -_-
  1. Paper English/BM 
  • Ni senang. Soalan objektif jer. Bagi petikan, lepastu ada soalan ko paham ke tidakk petikan tu. Cam soalan darjah 6 bolehhh?? Tak delah. Ada je pusing sket2 kena pikir sket2 tapi rilex sket lah buat paper ni.
  1. Esei Bahasa Melayu
  • Ada 5 tajuk. Pilih satu untuk digoreng.
  1. Esei Bahasa Inggeris
  • Sama macam esei BM. 

Ok, enough pasal manual exam. Sekarang SPA dah canggih ok. Pakai online jer. Online ok jugak cuma ada la sikit2 flaw yang maybe boleh diperbaiki. Contohnya SPA tak boleh verify betol ke calon exam sebenar yang ambik exam. Mana tau orang lain yang ambikkan so tak adil lah persaingan di situ. Lagi satu, bila buat online kat rumah Mr. Google memang available je kan. Tak tau term, google. So, macam no point jugaklah sebab bagi aku ujian sebenar bila buat online ni cuma kat daya penyelesaian masalah je. Math exam manual sebenarnya tak boleh guna kalkulator, tapi kalau dah kat rumah, bodoh la kan tak guna kalkulator. Tu jela kot flaw yang significant sekarang. Haha sori..


Mari aku terangkan secara ringkas tentang online exam. Basically online exam ada 3 paper sahaja which are:

  1. Pengetahuan Am
  2. Daya Penyelesaian Masalah
  3. Ujian Psikometrik
  • Yang dua di atas aku dah terangkan sebelum ni. Apa itu ujian psikometrik? Ujian ni takde jawapan yang betul or salah. Cuma jawab dengan jujur baru boleh nilai kau orang yang jenis macam mana. Contohnya? Nasihat ibu bapa adalah elemen penting dalam keputusan yang saya buat. (Ya/Tidak/Tak Pasti). Ada kalanya saya mengumpat bila ada masa terluang (Ya/Tidak/Tidak Pasti). Jawab ler.. 

LETS CONTINUE UNTUK TIPS LULUS EXAM

1) Baca paper, dengar berita. 
  • Walaupun tak de masa, dalam kereta boleh dengar radio Bernama 24 frekuensi 93.9 area Lembah Klang. Buat masa ni radio ni cuma available di KL dan Johor je tak silap aku. Aku suka radio ni sebab everyday update isu semasa, ada perbincangan politik, isu kepenggunaan, basically boleh tune telinga dengar benda2 yang ilmiah sikit dari benda merepek2 je kan. Sekurang-kurangnya isu semasa sentiasa update. Bukan esok exam, iv, hari ni baru dengar. No! No! Tapi nak lagi baik, baca lah paper. Update sket ok.
2) Soalan matematik
  • Jawab laju2. Bagi aku, penentu lulus ke tak banyak bergantung kat Seksyen ni. Sebab tak semua orang boleh habis on time. So, bila dapat habis ontime, and yakin jawapan dah betul, peluang lulus tu tinggi. 
  • Jawab soalan yang ada jawapan jitu (precise?)dulu. Yang perlukan kemahiran logik yang agak tinggi tinggalkan dulu. Contohnya : gambarajah apa yang patut ada selepas gambarajah ini..? Ni jenis soalan PTS yang memang memerlukan calon tenung soalan tu lama untuk dapat jawapan. So bila yang dah jawab soalan yang memang boleh diyakini jawapan tu, barulah jawab soalan jenis logik pulak.
  • LAJU LAJU LAJU
  • Paham konsep. Ni sudut pun tak tahu memang susah la nak jawab. Sesaran, jarak tu apa? Diameter, Perimeter, sudut hexagon, kiraan masa, unit, banyak lah konsep asas kena tau sebab nak kira tentunya perlu paham konsep. Tapi aku yakin semua orang tahu benda ni kan.
3) Ujian psikometrik. 
  • Kalau soalan macam ni : Saya tidak pernah ponteng kerja (Ya/Tidak/Tidak Pasti). Kalau jawapan Ya, bermaksud awak memang rajin, tak pernah ponteng kerja. Kalau jawapan Tidak, maksudnya, awak ni tak setuju dengan pernyataan di atas, yang membawa maksud, awak memang pernah ponteng kerja.
  • Elakkan jawab Tidak Pasti.
4) Guna unifi/streamyx, laptop
  • Untuk elakkan masalah jawab exam online, guna laptop instead of tablet atau smartphone masa jawab exam. Maybe boleh, tapi lebih baik jangan ambil risiko. Sebab bukan tiap-tiap hari SPA buat pangiilan exam tau. Jadi, jangan la sia-siakan peluang sebab masalah remeh temeh macam ni. 
5) Selalu refresh kalau jawapan tak lekat. 
  • Refresh lah kalau ada masa. Ada jugak masanya bila refresh tiba-tiba langsung tak ada satu pun jawapan yang lekat. Jangan risau, refresh je banyak2 kali. Insyaallah kalau betul dah jawab, semua soalan akan keluar lampu hijau.

Ok lah tu jela setakat ni. Yang penting, Usaha, Doa, Tawakal. Amin... Doakan aku next iv. 


Friday, August 29, 2014

Senarai Perdana Menteri Malaysia

1) Tunku Abdul Rahman (1963-1970)

  • Bapa kemerdekaan Malaysia

2) Tun Abdul Razak (1970 - 1976)
  • Bapa pembangunan
  • Usaha menurunkan kemiskinan
  • Rancangan pembangunan luar bandar
  • Dasar ekonomi baru
  • Diplomasi hubungan luar - hubungan erat dengan China, menamatkan konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia.

3) Tun Hussein Onn (1976 - 1981)
  • Bapa perpaduan
  • Menjadikan perpaduan nasional agenda utama
  • Mengekalkan momentum pembangunan ekonomi Dasar Ekonomi Baru
  • Mencetuskan Skim Amanah Saham Nasional

4) Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981 - 2003)
  • Bapa pemodenan
  • Negara berdaya maju, projek berprofil tinggi
  • Dasar pandang ke timur, kempen bersih dan amanah
  • Dasar pensyarikatan dan penswastaan
  • Penubuhan Proton
  • Menjadikan Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara industri
  • Pelan rancangan negara maju
  • Koridor raya multimedia, KLIA, KLCC, F1, KL Tower dan lain-lain
  • Malaysia boleh (belayar 1 dunia, daki gunung Everest)

5) Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003 - 2009)
  • Bapa pembangunan modal insan
  • Teruskan usaha bangunkan Malaysia
  • Islam Hadhari
  • Badan integriti nasional
  • Berkerja bersama saya, bukan bekerja untuk saya
  • Menubuhkan SPRM
  • Dasar biotech nasional, dasar automotif nasional
  • RMK 9 - fokus peningkatan nilai tambah dalam ICT, biotech & aeroangkasa

6) Dato Seri Najib Tun Abdul Razak (2009 - current)
  • Bapa Transformasi
  • Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
  • 6 NKRA GTP, ETP
  • menambahbaik undang-undang

Wednesday, August 27, 2014

Goods and services tax (GST)

Disclaimer : This entry is for my own reference only. I don't take responsibilities for any incurring events with regards of this entry from now on.
  • GST
  • Jenis barangan
  • Kebaikan GST
At first, I don't understand what GST is. Apa bezanya dengan SST (Sales and Service Tax) yang ada sekarang? Forgive me for being ignorance tapi GST is everywhere now (2014) and I guess it's the time for me to look thoroughly what it is all about. Actually the first ever interview I've been after finishing my final paper in uni is with Ernst & Young as GST consutant back in 2010. No wonder why I did not make it in the second round as I have no idea what is it hahahaha... Whatever. It is good to know that the industry player is getting ready for this moment wayyyyyy back then.

GST
GST falls under indirect tax atau cukai tidak langsung. Registration deadlines for businesses with income more than RM500,000 is at 31st December 2014. The actual implementation is on 1st April 2015. However, for business which has turnover of less than RM500,000 have the voluntary option to register.

Failed to register can cause fine ranging from RM1,500 to RM 20,000 with effect after the date of official implementation of GST.

Those who register are eligible to charge GST to their customer, however, those who did not register have no other option but to absorb GST as consumer.

I can say that SST is single stage tax whereas GST is actually a multi stage taxation, with every level included such as manufacturers, wholesalers, retailers and consumers

Types of supply
  1. Standard rate supply (6%)
  2. Zero rated supply - not collect GST on supplies but entitled to claim credit tax input used in the course of furtherance of business.
  3. Exempt supplies - not collect GST. Not eligible to claim tax credit on input
  4. Supplies not within the scope of GST - eg. service provided by government, sales incurred from a place outside Malaysia
The keywords to understand here is kredit cukai input atau input tax credit. I am too lazy to demonstrate in graphic but lets just say, for instance, a wholesaler (W) who is registered for GST bought its supplies from manufacturer (M) (also register for GST) for a value of RM 100,000. Therefore, in M's invoice stated that W have to bear GST of 6% (RM 6,000).

After that, W sold its supplies to retailer (R) for a total invoice value of RM150,000. That means, R have to bear GST of 6% as well (RM9,000). W is eligible for input tax credit of RM6,000 for supplies bought from M, which means the GST remit is RM 3,000 by wholesaler instead of RM6,000 (RM9,000 - RM6,000). Got it?

I can conclude that, in GST tax is fairly distributed all the way until it reaches the final stage in the chain which is the consumer. 

Kebaikan GST

By implementing GST, it will lower business cost, enhance global competitiveness, enhance compliance, reduce red tape, fair pricing, greater transparency.

It is obviously not me, myself making up all these points. When I understand GST, I know all the above is very logic. Why? Should I elaborate more? Hahahaha... 

  1. Lower business cost. Remember that I point out about kredit cukai input? Yea, thanks u got the idea.
  2. Enhance global competitiveness. Trading outside Malaysia tak diimpose GST. Adalah cukai lain tapi later lah ya..
  3. Enhance compliance. I think so as semua companies yang nak charge GST are required to register.. Where?? Di Custom Dept. of course. Can use manual post, TAP system (Tax payer access point) or walk in je.
  4. Reduce red tape. Secara automatiknya ya.. Maybe tapi mungkin awal-awal mesti ada juga karenah.
  5. Fair pricing. Yes, because tax is distributed fairly along the chain.
  6. Greater transparency. Sebab of course company nak claim input tax credit, so have to disclose invoice kat kastam lah or whatever way they disclose so that they will be eligible for that. Kalau SST ada jer mamak charge ok. Tanpa register ke Kastam whatsoever so pendapatan negara tu sedikit sebanyak terbocor sebab sebagai pengguna do u really know yang mamak tu ada bayar ke SST to kastam? Atau dia charge other income je for SST yang dia kutip tu. Tapi GST, hopefully senarai company yang register akan boleh disemak dengan cepat lah so that peniaga tak sesuka hati charge GST even tak register.



Friday, August 30, 2013

Count your blessings

Hi,

Amni had been admitted for a day and a half due to high fever. I must admit the service was fast and that's it. I paid rm1.50 for the same service at the government hospital and rm1,556.60 at KPJ literally laa (coz I'm not the one who paid, the insurance company, of course).

Bersyukur lah di Malaysia ni ada option untuk dapatkan rawatan perubatan. Kalau tak mampu masih boleh dapatkan rawatan yang jauh lebih baik di hospital kerajaan. Bagi yang ada insurans dan yang mampu, boleh memilih untuk ke hospital swasta supaya boleh beri ruang kepada yang kurang mampu untuk dapatkan rawatan lebih segera.

Berbanding di Amerika Syarikat, kalau takde insurans cover, takde at least 100usd dalam bank memang tak boleh dapatkan rawatan. Hari ni aku bersyukur sebab dilahirkan oleh ibu bapa aku, jadi ahli keluarga aku, jadi rakyat Malaysia, berpeluang jadi ibu, kahwin dengan lelaki baik dan terlalu banyak anugerah yang perlu aku syukuri. ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH ALLAH kerana aku bukan dilahirkan oleh rakyat di negara bergolak dan terutama sekali bukan dilahirkan dalam keadaan kafir.

Be grateful, count your blessings! Selamat hari merdeka, Malaysia Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku. Ok bye kena pergi kerja. Ya Allah bersyukur masih ada kerja ;)