Showing posts with label Finance. Show all posts
Showing posts with label Finance. Show all posts

Thursday, April 10, 2014

Redeem maybank treats points

Sebagai pengguna tegar maybank, be it online banking ke.. bayar bil so on and so forth even credit card and insurance persaraan pun aku ambil maybank punya. So, dah lama tak check treats point. Kalo pengguna maybank mesti tau apa benda ni.. Malas nak explain hehe.. basically it is a reward in terms of points bila guna servis diorang.. sama je macam bonuslink etc..

Berbalik pada cerita, aku try la tengok berapa dah treats points aku. Ada 50000 ++ .. cuba redeem something la hehe... so aku redeem jam casio yang memerlukan treats points dalam 41k something.. nak test betul ke dapat for free.. benda free sape taknak kan..

Dalam web cakap proses dalam 3 ke 4 minggu sebelum attempt delivery.. sokey la, ive got nothing to lose pun kan. Tapi i got it within a week. Magic for me sebab mana ada benda free wei dalam dunia ni.. i checked the market price rm119 jam ni so not bad la kan.. bukan cap hayam sangat hehe

So.. taraaaa


Give it to my baby sis in Seri Puteri as I already have a watch given by husband. Tak dak la pengumpul tegar jam pon.. apa pun aku suka sebab free yey!!

Sapa pakai amex maybank p la usha treat points hampa. Aku suka amek sebab points dia triple lagi2 on weekends. Kalo master ergh points bergerak macam sipot sedut. Aku la.. kalo jenis yang memang selalu guna kad kredit ni mesti banyak accumulated points punya..

Ok goodluck bye!

Tuesday, September 24, 2013

Edit lah sangat..

Salam.. hehe tengok previous post aku rase nak gelak guling-guling. Hadoi nak bukak online shop tapi gamba kau ya ampun edit sampai juling. Betollah hari ini patut lebih baik dari semalam. Kalau semalam aku rasa gambar aku tangkap tu paling lawa hari ni aku rasa kesian kat aku sebab gambar sangat tak pro. Ok hari ni aku buat project recapture apa yang patut guna kamera yang sepatutnya. Hehehe..

Tangkap gambar barang pun makan tahun lol..

Bawah ni hasil bidikan (ceh) jurugambar amatur iaitu aku la. Haha.. aku rase cantik kot. Kau rase? Tapi cantik la dari semalam hehe


















Susah jugak nak jual barang online. Hari ni je aku dah beli 2 jenis barang. BELI ok. Tolonglah. Jauh menyimpang dah ni woii... Dah esok tutup sebelah mata. Fokus apa yang patut. 

Hari ni aku happy finally dapat tengok gigi anak aku dah nampak bayang2 nak keluar. Patut la meragam tak hengat.. Macam belangkas dah asyik nak melekat dengan aku je. Pasal gigi pun excited. Ke cemana? Ok bai!

Sunday, August 4, 2013

Prosedur beli rumah


Rumah merupakan satu aset terpenting yang harus dipertimbangkan dahulu sebelum aset lain atau bolehlah dikatakan liabiliti (realitinya) seperti kereta kerana nilainya yang meningkat naik saban tahun. Okey skeeeemaaaa...!!

Dah2... ni perosedur beli rumah. Memandangkan kami adalah antara ribuan (mungkin jutaan) pasangan mingguan (weekend couple hoi) takde mase la nak g survey rumah bagai. So, kami memanfaatkan web2 property seperti iproperty dan web2 lain untuk proses memburu rumah (house hunting, eh?) bukan HAUNTING ok!

Dapat la yang bekenan, email developer kot2 dapat special Bumi's discount ke ape kan (range dalam 5% to 7%) normally.. Lepastu developer bagi pelan pembangunan rumah tersebut untuk pilih lot mane bekenan beserta harga setiap lot. Jadinye... perlu la diketahui ye saiz standard keluasan sebijik rumah teres adalah 20x70 kalau kecik dari tu nak jugak terpulang la ok. 

Lepastu deal pulak dengan bank, semak pendapatan kite sesuai ke tak nak beli rumah tu. Sepanjang proses ni agen rumah a.k.a wakil developer akan bagitau step apa yang perlu diambil seterusnya. Kami cuma bayar disbursement je untuk lawyer dalam RM600 sebab legal fees semua ditanggung oleh developer. Lawyer ni adalah lawyer developer untuk sediakan Sales & Purchase Agreement (S&P). Tak perlu cari lawyer sebab bank dan developer masing-masing ada lawyer sendiri. Tapi kalau nak cari jugak, terpulang.

Setel semua, sign lah S&P tu kalau bersetuju dengan terma dan syarat. S&P ni nipis sikit dalam lebih kurang 20 page. Developer akan bagi beberapa salinan. Original simpan sendiri, 1 copy untuk bank, 1 copy untuk developer. S&P untuk bank digunakan untuk urusan loan. Yang hal belakang2 bank akan deal dengan developer. Contohnya macam lepas 70% rumah siap, bank akan disburse sekian2 amount. Bank tak la disburse 100% total loan yang dipinjam tu kepada developer. Ikut berapa percent siap. Jadi, bayaran pun kurang untuk tahun-tahun pertama sebelum rumah betul2 siap.

Bank akan bagi offer letter, bagi tau berapa loan yang dia disburse, bayaran balik serta tenure loan yakni berapa tahun tempoh pinjaman dalam letter offer. Sila semak interest yang ditawarkan ok. Semakin rendah semakin bagus lah (common sense). Loan rumah selalunya -2.2% to -2.4% +- dari BLR (Base Lending Rate) yang sekarang ni dalam 6.6%. Tak silap aku laaa.... 

Bayaran tak lah dimulakan serta merta. Ambil masa jugak. Macam aku start dari bulan December 2012 dah sign S&P dan offer letter semua, cuma bulan Julai 2013 baru start bayar. Masa proses tu kena selalu follow up dengan lawyer. Aku pun pernah kerja firm so aku tau cara kerja tu macam mana. Kalau tak follow up case tu gone with the wind laaa.. Haha.. Kena bising-bising selalu baru kerja cepat jalan. Lol. Bukan sebab malas, sebab banyak lagi benda lain nak buat. Memasing nak urgent. So, selalunya depa prioritize yang dok bising-bising ni lah haha..

Ok, firm (lawyer) bank akan sediakan copy yang sangat tebal untuk diinitial every page ok! Ni bukan S&P or offer letter. Ni macam-macam lagi ada aku pun tak ingat. Ni la yang nak kena chase selalu sebab kalau tak sign benda ni macam mana nak start semua. Meaning pembelian tu masih tertangguh. Silap-silap kena bayar penalty lagi. Huhu.. 

Sebab kami memasing baby 1987 (echewahh) maka loan tu boleh dipanjangkan sampai 35 tahun. Gilaa lamaaa... tapi husband decide sampai 30 tahun sudahh.. Ikot masing-masing la.. sekarang aku dengar smpai 40 tahun pun ada. Macam sweet tapi beragakla woi takkan sampai umur tua ganyut hutang tak habis-habis. Adoiii... Pandai sungguh bank ni.

Okeylah tu je perkongsian kali ni. Harap bermanfaat. Bagi yang muda tu, dari beli kereta baik invest untuk rumah. Tak duduk buat sewa pun xpe. Kawan husband aku umur 25tahun beli rumah lepas grad umur 23 harga 180k then jual baru2 ni harga 350k! Heran aku rumah mahai2 pon tetap ada pembeli. Untunglaaa... Till then.