Monday, October 25, 2021

Bahagia itu....

Menulis lagi.. tunggu isya jap lagi around 8.09pm. Bila menulis balik kat sini, faham2 jelah, suami saya sudah balik bekerja. Jadinya, takde lagi sesi batal air sembahyang everytime after solat. Maka, boleh la saya simpan wudhuk untuk next solat. Hihi.. Bersaya pula. 😅

Salam takziah untuk semua yang terkesan dengan Covid19. Tak dapat bayangkan kalau aku yang diuji macam tu. Kehilangan ahli keluarga, pasangan atau anak2. Astaghfirullahalazim.. Hugs to all of u. Lama dah aku puasa social media. Takde nak upload apa2 sebab zaman sekarang ni bagi aku, bahagia tu biarla kita yang rasa sendiri. Takde apa nak dibuktikan pun dekat orang lain. Tak sampai hati nak upload kebahagiaan, sedangkan ada insan lain yang baru kehilangan. 

Tak sangka dah setahun berlalu sejak kes dulu. Hati aku mungkin dah semakin pulih. Aku rasa la.. tapi bila husband balik kerja tu, aku masih rasa sedih, risau jugak sikit2. Macam tu lah. Tapi mungkin keadaan dah sangat baik berbanding tahun lepas, masa ni. Dari kecik sejenis kuat merajuk, memang lama la masa untuk aku betul2 pulih. Husband aku pun, kesabaran dia memang banyak diuji selama setahun ni. Anytime aku boleh trigger, anytime aku boleh moody. 

Looking back through gambar2 yang aku ambik dalam phone gallery, banyak benda aku perlu bersyukur. Husband aku, on his side, aku nampak dia berusaha sangat nak pulihkan hati aku. Bagi semua benda yang aku nak sampai aku dah tak tahu apa je lagi yang kurang. 

Da masuk isya gais. 

Lapar la bila tengok gambar2 dalam gallery ni. Hm...

View rumah adik aku

Talking to the moon..........

Aku dekat tower 1, bila dapat amek gambar tiga2 ni align

Fav anak saye

Fav anak lelaki saye

Cendol ni the bomb dekat Melaka

Ramen asam pedas telur mayong.. Weird taste tapi sedap

Fav drink saye... Cham Iced!

Ini masa kita lepak kopitiam. Lempeng sambal bilis paling terbaik kat sini

Kan dah cakap anak saya suka fries

Makan kat qbistro mmg kena order mee goreng! telio!

Ok bye nak isya dulu sebelum menyuap makanan ke mulut anak2 saye hahahahah 😉