Saturday, April 20, 2013

Kos bersalin wad kelas 1 Hospital Serdang

First and foremost, bersalin di Hospital Serdang amat memuaskan bagi aku. Doktor, midwife dan nurse semua memang ambil berat pasal pesakit, siap wish goodluck dan doa semua selamat masa nak tolak ke labour room lagi. Masa kat PAC room even doctor not on duty pun greet nicely lepastu advice suruh baring kalau tak tahan sakit sangat, selawat and everything. Never a single traumatic moment for me as many reviews been read during my pregnancy on how bad the service of government hospital is. Cuma jangan nak gedik and mengada lah ok memang la orang malas nak layan. Bukan kau sorang patient kat situ. How people treat u is based on how u treat people also laa.. Yin and Yang.

Back to the topic. Aku buat keputusan bersalin kat Hospital Serdang sebab tu paling dekat dengan rumah, senang family member nak datang in case things does not went smoothly as u wish i.e anak masuk nicu macam kes aku laaa.. 

3 hari aku duduk wad kelas 1 and kosnya  ialah :



RM 630 sahaja. Kalau bayar deposit RM 800 untuk kelas 1 pun akan dapat refund balik sebab total bil tak sampai RM 800 pun. Ni pun sebab dah tolak subsidi kerajaan. Nak ikutkan total kos RM 1,520 kalau takde subsidi. Thank you kerajaan Malaysia. 

Sebab aku ada medical card ING tak perlu bayar deposit cuma call insurance suruh issue Guarantee Letter (GL) je. So total cost untuk aku selama bersalin ni is RM0.00.. Sooo happy.. hahahhaha..




Orang tanya kenapa tak pergi beranak kat Prince Court sedangkan company husband cover bersalin sana. Bagi aku tak payah la nak ber Prince Court bagai sakit nye sama je. Dah la tengah kl buatnye jem mampus beranak dalam kereta. Prince Court kemana, anak kemana. Aku dah masuk wad KPJ, Hospital Pantai (ni melawat orang ok) tapi wad Hospital Serdang is the best bagi aku. 

Bilik sorang, orang kemas tiap-tiap pagi, husband teman skali, bilik air dalam bilik guna sendiri je xshare, baju bedobi, sampah hari-hari kutip, vacum hari-hari, nurse baik gila siap cerita pengalaman bersalin sendiri, doktor dah la cantik, baik pulak tu cuma wad xde tv je. Alhamdulillah xde skali pon aku kena cek dengan doktor lelaki sepanjang bersalin. Kalau tak maunye tak besalin aku. Hahaha.. And again, thank u to those who take a good care of me masa duduk kat wad 8B Hospital Serdang. God bless.

Wad nicu baby aku je kena bayar RM62 untuk 3 hari sebab baru lahir takde insurans lagi. Hehehehe.. Hopefully this helps sapa-sapa yang tengah survey nak bersalin kat mana. Trust me, government hospital is the best provided that u are not gedik and mengada type. Yang tu aku pon rasa nak lempang laju-laju. Booo!!! Ok bye :)

Kos servis Nissan Almera 1000km

Hai!

Bagi yang tertanya-tanya.. ni experience aku sendiri. Total cost servis Almera 1000km is only RM90 provided that labour fees is free during certain period. 

Siap servis dan cuci kereta sekali for free. :)

Prosedur beli kereta

Hello guys... :)

Been such a long time never write anything here. Tipu cakap busy.. actually nobody is busy, if u want it u'll make time for it no matter what. Straight to the point.

Now that u have in mind what car u want to buy.. Every day and night dream of it. The smell of new car.. even game the sims pon mood enlighten a bit of smelling new car. Hehe.. Ok enough. First thing first, decide dulu kegunaan dan penggunaan kereta tu mainly untuk apa. For instance, macam aku ada new family member nak boh stroller mana la muat dalam myvi tecik aku. So, aku perlukan sebijik kereta sedan dan bagi aku anak sorang takkan lah aku nak angkat mpv. Lainlah next year nak beranak lagi. :P

Banyak lagi faktor lain kena consider contohnya :

    • jimat minyak atau tak. Unless anak tauke minyak sukati lah nak angkat kereta makang minyak banyakk.. Or, anak orang kaya or even hang memang kaya where money is not a problem at all. 
    • maintenance cost. Meaning kos servis, alat ganti etc. Bukan hat yang bayaq bulan-bulan tu. Kalau kereta tu tak pandai rosak asai bawak ja bmw pon boleh aihh nak pakai. Hahahahhahahaaa...
    • insurance and road tax masa birthday dia tiap taun. Note that makin mahal harga kereta tu, makin mahal la insurans dia tetiap tahun. Unless for new car hampa ada transfer ncd (non claim discount) dari kereta lama ke kereta baru so tak sakit sangat nak bayaq.. Maksimum ncd tak silap aku 55% la kot.. More or less. 
    • penumpang. Hokey ni boleh masuk dalam salah satu faktor consider beli kereta sebab kalau single boleh la angkat viva ka.. swift ka.. mirage ka.. keta compaq yang kiut miut. Kalau dah kawen tiap weekend bawak mak mentua shoping boleh la angkut sedan ka.. adik baradik or anak ramai angkut mpv or van sudahhh.. Tak pon lori ikot suka hampa laa..
And now.. dah bekenan, p la showroom dia. Pi test drive dulu apa macam kena tak di hati tu.. Sales assistant (SA) will guide u from a to z. Depa pon nak makan komisyen jugak kan.. Jarang ada SA yang main tipu kalau kat showroom. Kalau beli kereta second tak tau la pulak..

Then, bayar booking fees range dalam RM500 ke RM1,000 lebih kurang je proses macam beli rumah cuma beli kereta lagi cepat prosedurnya.. This booking fees is usually refundable in case tak jadi beli. Then kira-kira sume berapa loan yang korang nak buat lepas tolak deposit yang korang boleh bayar. Better siapkan at least 10% deposit la ok hutang banyak-banyak pon tak tenang aihh.. Deposit tak perlu bayar lagi sampaila dapat kunci.

Pasal loan ni, kalau nak senang lulus bayaran bulanan tu mesti tak lebih 1/3 dari pendapatan korang lepas dah tolak komitmen lain macam rumah, kad kredit, personal loan etc. Kalau tak, maybe kena ada penjamin. Tak sure la pendapatan tu gross income ke net income. Hehe.. Better if net la kan.. Gross pebendenye kene tolak EPF, income tax bagai dulu.. 

Biasanya hari ni submit dokumen, esok loan dah lulus. Antara dokumen yang dikehendaki : slip gaji 3 bulan, bank statement 3 bulan. Dah lulus then tunggu jelah perkhabaran dari SA bila nak dapat kereta dan setel kan balance downpayment tu.

So, here's my new baby.. Walaupun tak canggih macam kereta hampa.. tapi asal kena dengan family kecik aku sudahhh.. Travel jauh pun mesti ok sebab sebelum ni aku pakai myvi 1.3(A) ni upgrade sikit la 1.5(A) ada la jugak progress. Hahahahaaa...


Masa dalam showroom lagi



Overall alhamdulillah walau first time beli kereta sendiri tak de la experience kena tipu ke apa. Semua went smoothly and even my SA Mr. Tan did a very good job siap kawtim interest rate kereta bagi rendah lagi dengan bankers. Booking lepas tu within 2 weeks time dah dapat kunci. So happy hunting guys!

Bye!

Sunday, March 10, 2013

Keluarkan KWSP Akaun 2 beli rumah

Disclaimer : Prosedur ini terpakai untuk pembelian rumah dari developer sahaja. 

Kenapa beli rumah dari developer lebih untung? First and foremost, tentulah kalau beli dari developer dapat promo snp dan yuran guaman free of charge. Let say beli dari individu, lawyer fees will be borned by the purchaser la. Banyak tau! Dahla bayar ikot harga rumah. Ada la pengiraan dia cemana kan.

Nak beli rumah step 1 kena la ada rumah yang nak dibeli. Tentukan rumah tu dibeli dari developer atau rumah dari orang perseorangan. Meaning rumah secondhand macam tu. Secondly, kalau beli dari developer selalunya kena bayar booking fees range dalam RM 1,000 tanda kita berminat nak reserve rumah tu. Chop la lot mane nak beli. Deal harga semua la kan. Don't worry this booking fees akan ditolak dari 10% downpayment nanti. Macam biase la.. After that check dengan bank boleh lulus loan tak. Unless la banyak sangat duit nak beli cash kan! Beli cash kompom kena kejar dengan income tax. Huahaha.. Jage2 ada mata yang memerhati. Eh tetibe.. 

Loan boleh check dengan banyak bank. So, choose the one who give the best offer in terms of interest rate la sebab long term loan ni interest rate memang banyak difference walaupun beza -2.2% dengan -2.4% from the Base Lending Rate (BLR). Loan dah lulus, lawyer akan uruskan SNP (Sales and purchase agreement). Sebab beli dari developer so all these costs FOC la ok. Cuma kena bayar disbursement dalam RM 600 ++ macam tu. Then sign SNP, bawak pegi bank dan tup tap tup tap tunggula dalam sebulan or mungkin lebih cepat bank akan keluarkan offer letter to disburse the loan amount. Sign ape bagai lepas tu tunggu je la bile nak start bayar. Basic step jela.. sebenrnya banyak lagi .. MRTA bagai tak sentuh pun lagi but don't worry deal jelah dengan ur developer. Diorang memang akan membantu especially for first timer macam kami ni ler..

So dokumen ape nak bagi KWSP so that duit dalam akaun 2 boleh dikeluarkan untuk bayar macam-macam ni? Semuanya perlu dikemukakan dalam original dan salinan.

1) I/C
2) Offer letter bank
3) Sales and purchase agreement
4) Surat nikah (kes macam aku la.. loan name husband je but ownership dalam SNP our both names)
5) Bank statement yang nak dimasukkan duit tu

Proses paling lama 2 minggu. Tapi selalunya kurang dari 6 hari bekerja. Cepat dan pantas gitu. So kalau 2 nama dalam SNP dedua boleh keluar EPF based on 10% dari harga rumah. Tak keluarkan immediately pun takpe.. Maybe u don't need the money to pay deposit tapi make sure kalau nak keluarkan untuk renovation ke in the future mesti keluarkan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh SNP. Lepas tu da takleh keluar dah okey..

Contohnya rumah RM300k. 10% maksimum boleh keluar ialah RM30k. Wife dah keluar RM10k. Husband entitle to keluarkan lagi RM20k je dari dia punya EPF akaun 2. Nak tau duit dah masuk ke belum sila check status kat website i-akaun kwsp memasing. Kalau in process boleh jadi dalam seminggu lagi. Kalau dah tulis lulus esoknye dah dapat duit dalam akaun. Easy as ABC. So goodluck!

Online shopping

What is the best web to shop online? Personally aku ada my own preference of online shop based on categories. A good online shop is the one with various payment option, fast delivery and can be trusted. Bagi aku bonus point, free gift, cash vouchers semua tu adalah added points to a good online shop. Bagi aku website yang nampak professional lebih boleh dipercayai compare dengan blogspot online shop. 

Website yang memang selalu buat aku gile dan addicted is bestbuyworld sebab servis dia memang pantas plus everytime aku beli mesti ada extra added advantage, be it in terms of points or even a surprise free gifts!Padahal baru 3 kali je beli. Argh.. memang tiap kali bukak ade je nak added into cart -_-

Itu kalau website untuk makeup, cleanser or senang cakap penjagaan diri la. Kalau for baby aku suka fabulousmom.com. Purchased from them once, and of course never hesitate to purchase again next time. Servis bagus, cepat, tepat, cuma ada added postal fees beberapa ringgit je. Takde free delivery lagi but it's still okey for me sebab compare duit petrol, toll etc pun same jugak kan. 

For babies punya barang aku suka bbluvsme sebab memang banyak choice plus servis pun ok. Never cheat one laaa... I love fashion valet also. The concept and everything tapi taulah kan kalau baju ni aku memang cerewet sikit. Have to try it on kalau cantik di badan baru beli. Cantik kat badan orang lain tak semestinye cantik kat badan aku. Heh...!! Maybe can think of purchasing bags ke, jewelleries ke.. kasut from them. But don't fret la coz depa ada hassle free return kalau tak muat ke ape kan. But being me, aku tak suka buat kerja dua kali. Hehehe.. But I love Vivy and FV. Seriously. 

These are my babies for current purchase from bestbuyworld. I love them too much that I keep buying again and again. Gosh!! Plus it is wayy cheaper compared to when u buy at the outlet.



First time beli I'm the lucky 7 yang dapat cash voucher in terms of points for RM50! That can be consider a lot already kan. Rugi lah tak guna untuk next purchase.

See..??



Bought RM190 gets 190 points. Then got extra 5000 points that is equal to RM50. Do the math la how much should I buy to reach until that point. Hehe.. Already did my second purchase and I got FREE Estee Lauder tote bag! Tak kisah la murah ke ape yang penting I LOVEEEE FREEE ITEMSS tambah-tambah lagi ianya adalah SURRRPPPRISEE.. :)

U gotta visit this site ok! Got happy hour some more. Nak beli product yang lagi lagi murah gila beli masa happy hour OH MY GODD even when I'm typing this I'm going crazy. Haha.. SKII  4 botol RM90 gila ke ape ni... 





Go visit. Now! :)

Of wedding anniversary

9 March 2013 mark our 1st anniversary as husband and wife lepas almost 7 years ++ together. I feel so blessed for what I have now. Gotta be bersyukur sangat. Walaupun weekend husband and wife je tapi tetap bersyukur sebab husband balik every week compare dengan masa dia kat Miri sebelum ni. Cuma balik every 2 weeks :( 

All I can say is I love him so much and no one could replace his special place in my heart. My perfect imperfect husband. Argh the feeling of calling ur love ones as husband. Indescribable feeling. Thanks for the lovely gift even I know u re not that romantic type of person. Never remember my birthday also until get scold everytime. Haha.. Tu dulu lah. Now he's the first person to remember my birthday. Oh btw thanks facebook!! -_-

You gave me this...


And u said it is becoz I'm stinky. Noiceeee....!! Anyway, I still love this and love u. And most importantly, you gave this precious little girl to teman me when I was all alone and u re not around. Thanks love!!










Breastpump Unimom Mezzo

Seronok dapat breastfeed baby selama ni sebab tau she gets the best out of me. Tapi of course lah kena ada breastpump sebab nak bagi bekal dia bawak nursery. :)

"Benda mahal tak semestinya bagus. Benda bagus tak semestinya mahal".. Eheyyy.. macam pernah dengar tapi di mana ya..?? Breastpump yang aku guna Unimom Mezzo. Breastpump manual je pun. Memang tak pernah dengar tapi bila search kat internet dan blog2 breastpump yang murah dan bagus mesti ada review pasal Unimom Mezzo. Boleh takkk.. nak yang murah je. Hihi..


First time nak guna memang tak keluar susu langsung. Oh my! Dalam hati cakap demmit pam murah memang macam ni ke? Tipula semua review2 bagai tu. Harus pakai yang letrikk kekononnn.. Sebenarnya aku terpaksa guna masa awal-awal bersalin lagi sebab baby admitted nicu for second time due to chicken pox. Dua hari perah pakai tangan ok! Naik lenguh bahu ni padahal breastpump ade je dah beli cuma tak pandai pasang dan pakai. Cam tuuuttt je alasan. Haha..

Lepas tu saje-saje lah try test pakai sebab dah lenguh perah pakai tangan. Tengok2 laju je kua susu. Plus tak sakit langsung pun. Aku tak tau lah kalau guna breastpump lain sakit tu macam mana tapi yang ni pump memang lembut je dan flow susu pun ok. Kalau miss B penuh, pam 5 minit pun dah dapat 5oz. Kebaikan manual breastpump ni aku boleh pam di mana-mana je. Dalam kereta, kat office, sebab tak payah berletrik bagai. 

Banyak ke sikit susu yang di pam tu bagi aku bukan sebab breastpump. Kalau slalu stimulate dengan baby punya suction dekat miss B then susu pun akan lebih banyak keluar. Banyak atau kurang nye susu based on supply and demand. Kalau selalu susukan baby, insyaallah stok susu tak akan kurang. Pam pun jangan stress. Rileks je sedar2 dah penuh breastmilk storage tu.

See..??



Breastmilk memang aku tak letak dalam freezer sebab kesian kat baby mesti tak sedap minum susu beku yang dah dicairkan. Eh? So aku letak tempat fridge aje susu boleh tahan dalam 5 hingga 7 hari. Tiap-tiap hari mesti pump 4 botol untuk stok. So far, cukup lagi everytime hantar nursery. Bagi 16oz je umur dia 2 bulan ni dari pukul 8.30am sampai pukul 6.00pm masa ambik dia. Seronok pam malam-malam pukul 2 - 3 pagi sebab flow susu tu laju and cepat penuh botol. Hihi..

Tak ada susu formula yang setanding dengan susu ibu sebab hanya susu ibu yang mempunyai antibodi untuk ketahanan badan baby. Manusia TAK BOLEH cipta antibodi. It's all in your mind. Masa baby aku kena chicken pox memang aku nak bagi susu badan so that dia akan lebih kuat lawan virus campak tu. Alhamdulillah I manage to provide her with breastmilk every single day. Kalau new born kena chiken pox memang sangat bahaya sebab boleh kena paru-paru n otak dia. Bersyukur sangat it didn't happen to my baby. Aku cuma doa dia kuat lawan penyakit tu. So, admitted 9 days dan alhamdulillah sekarang dia la baby paling sihat dan nakaiii.. I'm the happiest mom in the whole world again. :)

And btw this baby is RM118 per unit. Just buy la ok if u got much cheaper price than the retail price. Tell ya it is worth every penny.