Sunday, March 10, 2013

Keluarkan KWSP Akaun 2 beli rumah

Disclaimer : Prosedur ini terpakai untuk pembelian rumah dari developer sahaja. 

Kenapa beli rumah dari developer lebih untung? First and foremost, tentulah kalau beli dari developer dapat promo snp dan yuran guaman free of charge. Let say beli dari individu, lawyer fees will be borned by the purchaser la. Banyak tau! Dahla bayar ikot harga rumah. Ada la pengiraan dia cemana kan.

Nak beli rumah step 1 kena la ada rumah yang nak dibeli. Tentukan rumah tu dibeli dari developer atau rumah dari orang perseorangan. Meaning rumah secondhand macam tu. Secondly, kalau beli dari developer selalunya kena bayar booking fees range dalam RM 1,000 tanda kita berminat nak reserve rumah tu. Chop la lot mane nak beli. Deal harga semua la kan. Don't worry this booking fees akan ditolak dari 10% downpayment nanti. Macam biase la.. After that check dengan bank boleh lulus loan tak. Unless la banyak sangat duit nak beli cash kan! Beli cash kompom kena kejar dengan income tax. Huahaha.. Jage2 ada mata yang memerhati. Eh tetibe.. 

Loan boleh check dengan banyak bank. So, choose the one who give the best offer in terms of interest rate la sebab long term loan ni interest rate memang banyak difference walaupun beza -2.2% dengan -2.4% from the Base Lending Rate (BLR). Loan dah lulus, lawyer akan uruskan SNP (Sales and purchase agreement). Sebab beli dari developer so all these costs FOC la ok. Cuma kena bayar disbursement dalam RM 600 ++ macam tu. Then sign SNP, bawak pegi bank dan tup tap tup tap tunggula dalam sebulan or mungkin lebih cepat bank akan keluarkan offer letter to disburse the loan amount. Sign ape bagai lepas tu tunggu je la bile nak start bayar. Basic step jela.. sebenrnya banyak lagi .. MRTA bagai tak sentuh pun lagi but don't worry deal jelah dengan ur developer. Diorang memang akan membantu especially for first timer macam kami ni ler..

So dokumen ape nak bagi KWSP so that duit dalam akaun 2 boleh dikeluarkan untuk bayar macam-macam ni? Semuanya perlu dikemukakan dalam original dan salinan.

1) I/C
2) Offer letter bank
3) Sales and purchase agreement
4) Surat nikah (kes macam aku la.. loan name husband je but ownership dalam SNP our both names)
5) Bank statement yang nak dimasukkan duit tu

Proses paling lama 2 minggu. Tapi selalunya kurang dari 6 hari bekerja. Cepat dan pantas gitu. So kalau 2 nama dalam SNP dedua boleh keluar EPF based on 10% dari harga rumah. Tak keluarkan immediately pun takpe.. Maybe u don't need the money to pay deposit tapi make sure kalau nak keluarkan untuk renovation ke in the future mesti keluarkan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh SNP. Lepas tu da takleh keluar dah okey..

Contohnya rumah RM300k. 10% maksimum boleh keluar ialah RM30k. Wife dah keluar RM10k. Husband entitle to keluarkan lagi RM20k je dari dia punya EPF akaun 2. Nak tau duit dah masuk ke belum sila check status kat website i-akaun kwsp memasing. Kalau in process boleh jadi dalam seminggu lagi. Kalau dah tulis lulus esoknye dah dapat duit dalam akaun. Easy as ABC. So goodluck!

Online shopping

What is the best web to shop online? Personally aku ada my own preference of online shop based on categories. A good online shop is the one with various payment option, fast delivery and can be trusted. Bagi aku bonus point, free gift, cash vouchers semua tu adalah added points to a good online shop. Bagi aku website yang nampak professional lebih boleh dipercayai compare dengan blogspot online shop. 

Website yang memang selalu buat aku gile dan addicted is bestbuyworld sebab servis dia memang pantas plus everytime aku beli mesti ada extra added advantage, be it in terms of points or even a surprise free gifts!Padahal baru 3 kali je beli. Argh.. memang tiap kali bukak ade je nak added into cart -_-

Itu kalau website untuk makeup, cleanser or senang cakap penjagaan diri la. Kalau for baby aku suka fabulousmom.com. Purchased from them once, and of course never hesitate to purchase again next time. Servis bagus, cepat, tepat, cuma ada added postal fees beberapa ringgit je. Takde free delivery lagi but it's still okey for me sebab compare duit petrol, toll etc pun same jugak kan. 

For babies punya barang aku suka bbluvsme sebab memang banyak choice plus servis pun ok. Never cheat one laaa... I love fashion valet also. The concept and everything tapi taulah kan kalau baju ni aku memang cerewet sikit. Have to try it on kalau cantik di badan baru beli. Cantik kat badan orang lain tak semestinye cantik kat badan aku. Heh...!! Maybe can think of purchasing bags ke, jewelleries ke.. kasut from them. But don't fret la coz depa ada hassle free return kalau tak muat ke ape kan. But being me, aku tak suka buat kerja dua kali. Hehehe.. But I love Vivy and FV. Seriously. 

These are my babies for current purchase from bestbuyworld. I love them too much that I keep buying again and again. Gosh!! Plus it is wayy cheaper compared to when u buy at the outlet.



First time beli I'm the lucky 7 yang dapat cash voucher in terms of points for RM50! That can be consider a lot already kan. Rugi lah tak guna untuk next purchase.

See..??



Bought RM190 gets 190 points. Then got extra 5000 points that is equal to RM50. Do the math la how much should I buy to reach until that point. Hehe.. Already did my second purchase and I got FREE Estee Lauder tote bag! Tak kisah la murah ke ape yang penting I LOVEEEE FREEE ITEMSS tambah-tambah lagi ianya adalah SURRRPPPRISEE.. :)

U gotta visit this site ok! Got happy hour some more. Nak beli product yang lagi lagi murah gila beli masa happy hour OH MY GODD even when I'm typing this I'm going crazy. Haha.. SKII  4 botol RM90 gila ke ape ni... 





Go visit. Now! :)

Of wedding anniversary

9 March 2013 mark our 1st anniversary as husband and wife lepas almost 7 years ++ together. I feel so blessed for what I have now. Gotta be bersyukur sangat. Walaupun weekend husband and wife je tapi tetap bersyukur sebab husband balik every week compare dengan masa dia kat Miri sebelum ni. Cuma balik every 2 weeks :( 

All I can say is I love him so much and no one could replace his special place in my heart. My perfect imperfect husband. Argh the feeling of calling ur love ones as husband. Indescribable feeling. Thanks for the lovely gift even I know u re not that romantic type of person. Never remember my birthday also until get scold everytime. Haha.. Tu dulu lah. Now he's the first person to remember my birthday. Oh btw thanks facebook!! -_-

You gave me this...


And u said it is becoz I'm stinky. Noiceeee....!! Anyway, I still love this and love u. And most importantly, you gave this precious little girl to teman me when I was all alone and u re not around. Thanks love!!










Breastpump Unimom Mezzo

Seronok dapat breastfeed baby selama ni sebab tau she gets the best out of me. Tapi of course lah kena ada breastpump sebab nak bagi bekal dia bawak nursery. :)

"Benda mahal tak semestinya bagus. Benda bagus tak semestinya mahal".. Eheyyy.. macam pernah dengar tapi di mana ya..?? Breastpump yang aku guna Unimom Mezzo. Breastpump manual je pun. Memang tak pernah dengar tapi bila search kat internet dan blog2 breastpump yang murah dan bagus mesti ada review pasal Unimom Mezzo. Boleh takkk.. nak yang murah je. Hihi..


First time nak guna memang tak keluar susu langsung. Oh my! Dalam hati cakap demmit pam murah memang macam ni ke? Tipula semua review2 bagai tu. Harus pakai yang letrikk kekononnn.. Sebenarnya aku terpaksa guna masa awal-awal bersalin lagi sebab baby admitted nicu for second time due to chicken pox. Dua hari perah pakai tangan ok! Naik lenguh bahu ni padahal breastpump ade je dah beli cuma tak pandai pasang dan pakai. Cam tuuuttt je alasan. Haha..

Lepas tu saje-saje lah try test pakai sebab dah lenguh perah pakai tangan. Tengok2 laju je kua susu. Plus tak sakit langsung pun. Aku tak tau lah kalau guna breastpump lain sakit tu macam mana tapi yang ni pump memang lembut je dan flow susu pun ok. Kalau miss B penuh, pam 5 minit pun dah dapat 5oz. Kebaikan manual breastpump ni aku boleh pam di mana-mana je. Dalam kereta, kat office, sebab tak payah berletrik bagai. 

Banyak ke sikit susu yang di pam tu bagi aku bukan sebab breastpump. Kalau slalu stimulate dengan baby punya suction dekat miss B then susu pun akan lebih banyak keluar. Banyak atau kurang nye susu based on supply and demand. Kalau selalu susukan baby, insyaallah stok susu tak akan kurang. Pam pun jangan stress. Rileks je sedar2 dah penuh breastmilk storage tu.

See..??



Breastmilk memang aku tak letak dalam freezer sebab kesian kat baby mesti tak sedap minum susu beku yang dah dicairkan. Eh? So aku letak tempat fridge aje susu boleh tahan dalam 5 hingga 7 hari. Tiap-tiap hari mesti pump 4 botol untuk stok. So far, cukup lagi everytime hantar nursery. Bagi 16oz je umur dia 2 bulan ni dari pukul 8.30am sampai pukul 6.00pm masa ambik dia. Seronok pam malam-malam pukul 2 - 3 pagi sebab flow susu tu laju and cepat penuh botol. Hihi..

Tak ada susu formula yang setanding dengan susu ibu sebab hanya susu ibu yang mempunyai antibodi untuk ketahanan badan baby. Manusia TAK BOLEH cipta antibodi. It's all in your mind. Masa baby aku kena chicken pox memang aku nak bagi susu badan so that dia akan lebih kuat lawan virus campak tu. Alhamdulillah I manage to provide her with breastmilk every single day. Kalau new born kena chiken pox memang sangat bahaya sebab boleh kena paru-paru n otak dia. Bersyukur sangat it didn't happen to my baby. Aku cuma doa dia kuat lawan penyakit tu. So, admitted 9 days dan alhamdulillah sekarang dia la baby paling sihat dan nakaiii.. I'm the happiest mom in the whole world again. :)

And btw this baby is RM118 per unit. Just buy la ok if u got much cheaper price than the retail price. Tell ya it is worth every penny. 

Tuesday, February 19, 2013

Perkara yang tak harus diabaikan selepas bersalin

Straight to the point :

First timer mommies semua! Ok benda ni memang aku terlepas pandang walau dah baca pregnancy book, google apa semua tentang bersalin etc. Benda biasa yang di google pengalaman bersalin orang lain, checklist ibu dan baby ke hospital, set berpantang yang best, set breastpump yang best BUT!!! There's sure something lacking laaa...

Sekarang aku nak reveal benda ni. I'm not sure okey it happen to EVERY new mommies or aku ni antara insan terpilih ke ape nak kena benda ni lepas bersalin. Sembelit! Oh my! I never had sembelit all my life. Lepas bersalin?? FUFUFUUUHHHH.... Tolak lah dengan takut nak mem'buang' lepas dah kena episiotomy nye bagai. Aku bagi rehat 4 hari tak bekerja membuang tak ke membatu bendanye dalam kolon tuuu...? Tambah-tambah bila aku tau makin lama 'simpan' makin keras sebab air makin diserap dalam kolon tu. Psiko gile bila fikir macam mana nak lepas azab duduk toilet lama-lama. Huhu... 

Solutionnye - sedia ubat sembelit or ubat lembut najis siap-siap sebelum bersalin. Yang aku guna duphalac memang ayang angat sebab tak buat aku merana :) walaupun lambat gile tau ada rupanya ubat macam ni. Hihihi..


Secondly : Jangan minum milo banyak-banyak lepas bersalin kerana akan membuatkan najis anda keras! Demmit!! Tu je la minuman yang husband aku beli sepanjang 3 ari kat hospital. Aku cuma tau tak boleh minum milo hari ke 3!! Imagine how I feel..?? Ah tak kire hari ke 4 harus paksa diri membuang. 


Next please dont listen to those people ahkak2 yang cakap jangan 'berak'. Biar dia keluar sendiri. Wtf? How to keluar sendiri?? Ikot tahap kesihatan dan ketahanan masing-masing, if u feel the need to go for it just do it laa.. Somehow kena keluarkan jugak kan.. Okey semua cerita pasal hal toilet kahkahkah because dis is my major fear lepas beranak. Everytime pon takot giler nak membuang ok sepanjang pantang ni. Now2.. duphalac seems so slow to react. Bagi orang macam aku yang memang tak boleh biar ada benda toksin dalam badan ni, u can try enema. Hubs ku belikan 20pcs ok malu giler diaaa.. Tak mahal cuma 60sen sebiji. Ubat air yang dimasukkan dan bonbon. Lepas few seconds semua toksik keluar. Jangan guna selalu ok. Aku cuma guna kalau rasa lambat sangat lebih 2 ari tak membuang jugak memang zass jela.. Lega yawww...


Ok thats all for now. Kesian aku. Semua experimen sendiri je. Coz my mom never experience things like this. Kadang-kadang orang dah lama bersalin mana la nak ingat benda basic camni kannn.. Please jangan cangkung ok!!! Tekeluar kanggggg... Ok scaryyyy.. bye!

Friday, January 4, 2013

Review Leesa Formula

Dah janji nak review masa berpantang guna Leesa Formula (LF) ni so here it is. Sekarang ni nak ikutkan dah hari ke 18 aku bersalin. Start guna set berpantang lepas dah balik kampung hari ke 6 lepas bersalin. Alhamdulillah Amni takde kuning ke ape cuma masuk nicu jap sebab dia muntah air ketuban 3 kali. So, pediatrik decide tahan wad 3 hari lagi nak pantau dia macam mana. So far takde masalah, in fact aku rasa dia baby paling sehat dalam nicu tu. Cuma mak dia ni risau telebihh..

Aku paling suka Ginger cream dia. Sebab wangi dan senang nak pakai. Ni buat ganti pilis yang orang pakai kat dahi tu. Takla jatuh kat baby masa breastfeed. Aku pulak bantai letak kat perut, kaki semua sebelum pakai stokin. Memang best sebab keluar angin. Hihi..

Benda kedua aku paling suka bengkung dia. Sebab panjang dan kalau sorang-sorang pun boleh pakai sendiri. Ketat dan kejap di badan. Rase best je pakai. Bengkung ni aku pakai malam je sebab siang banyak bergerak so tali dia tu kena adjust la kalau nak sedap pakai. Malam tidur dan menyusu je so tak banyak gerak sangat senang tak payah bukak dan adjust lagi. Untuk siang aku pakai bengkung segera jek ;) Sebelum pakai bengkung kena sapu cream perut dia dulu. Cream ni warna perang macam pati halia tu la cuma warna dia jernih. Tak terus panas bila pakai tapi bila dia panas fuh memang berpeluh jugak perut dalam bengkung tu..

Tablet haruan dengan perawan memang aku makan hari-hari 2 biji sekali. So far luka jahitan bawah tu dah kering la. Maybe sebab husband aku dah belikan 8 botol pati haruan gamat harwany tu suruh aku minum hari-hari masa awal-awal beranak dulu. Tablet haruan ni sebagai supplemen la tapi bagi aku okey je.. Susu banyak, baby tak kuning dan tak meragam. Baby pun kuat kentut. Eh, ada kaitan ke?? haha..Tablet perawan pun ada haruan jugak tapi maybe untuk ketatkan ape yang longgar la kot ye dakk.. Nak cuci vagina and sewaktu dengannya tiap kali tukar pad aku beli dherbs pembersih wanita. Ada sirih, manjakani dengan ape tah tapi best la pakai.. Rasa bersih je lepastu keringkan dengan hair dryer. Nurse tak bagi letak minyak gamat sebab kalau lembab boleh mengundang kuman katenyerr..

Minyak telon baby pun aku suka jugak sebab wangi dan baby kentut, berak kencing okeyy.. Tak sakit perut selalu. Baby nanges pun sebab lapar je or nak peluk. 

Last but not least tungku. Okey la wangi bau herba kan. Tapi aku yang pemalas ni pakai tungku letrik je.. Senang dan mudah dipakai. Tengokla kalau rajin nanti kerap la pakai kot.. Leceh jugak nak panaskan bagai. Hihi.. Sesuai untuk orang rajin je la kot.

Semalam aku timbang berat dah turun 9kg. Hopefully will keep on reducing sampai la abes pantang nanti yekkk.. Aku tak tau la sebab LF ke ape kan tapi alhamdulillah setakat ni aku tak de demam ke ape, masuk angin ke, muka bengkak ke masa berpantang. Masa akikah dengan cukur jambul Amni pun orang dok tercari-cari mak baby yang mana sebab aku pakai baju kurung tak nampak macam orang dalam pantang katenyer.. Mak aku pun tanya kenapa muka nampak gebu je. Tak pucat pun.. Pastu die jawab sendiri maybe kamu makan pati haruan kott..?? haha.. Tapi pantang kat kampung kan, memang hari-hari aku mandi air akar kayu dengan serai wangi. Maybe other factors pun should be counted kot. Sebab lain mungkin aku serasi dengan set berpantang ni. So wallahualam.. overall aku bagi 4.8 bintang out of 5 for Leesa Formula. Ok bye.

Monday, October 15, 2012

Set bersalin Leesa Formula

Finally settle dah pasal confinement set nak guna masa pantang nanti. Ni pon tak sengaja.. Merayap-rayap kedai jamu sementara tunggu order makan malam hari ni survey la pasal confinement set ni pulak. Yang bestseller menurut tokey kedai adalah Leesa Formula (LF) and Set Bersalin NR (Nona Roguy) kah itu?? Hahah not very sureee loooo... Memula cari bengkung Leesa je. Sebab pernah tengok kat WHI bengkung dia macam best sebab panjang and bertali senang adjust dengan bentuk badan. Harga bengkung RM49.00 tapi dah alang-alang kat kedai jamu hemmmm tangan ku gatal jugaklah amek full set terus senang tak payah pikir lagi. Huh!

Penat survey kat blog-blog mommies dah. Ada yang suka Tanamera la, Mustika Ratu, Sendayu Tinggi and the list goes on. Pening kepala laaa... Being a traditional me, aku sebenarnya bayangkan berpandang pakai pilis bagai but this LF set takde sume tu. Ade ginger cream sahaja to substitute pilis. Ok jugaklah coz ada jugak terbaca bila benda tu (whatever param pilis like i know??) kering kat dahi terjatuh atas baby laa (ala cian) apela.. So cream rasenye takde la cmtu kan cume feel tu kureng lah sikit agaknye.. Hihi..

Aku tak tau Leesa Formula confinement set ade 3 option sampaila kat umah baca pamplet dia nih. Set A (basic), Set B (setA + bengkung) dan Set C (premium) WHICH is the one yang aku beli!! Huh.. Ok foiinneee ni set premium dapat beg lutsinar tu free. Macam dalam gambo kat bawah.. Cantik bangat gamaknyeeee... -__- Tapi takpe, badan nak pakai lama, so just bear with it la kan..




Now the kotak lepas bogelkan look like this. 




Part aku suka, tungku herba. Emmm.. wangi. Nak pakai letak dalam steamer boleh gilir-gilir pakai. Berguna jugak steamer adik aku adiah kawen dlu tak pakai-pakai lagi. Boleh pakai letak tungku. Hihihi...



Contour gel (mommy) and minyak telon (baby) macam biasa lah.. Macam pati halia bagai tu la gamaknye. Minyak telon LF ala cart quite mahal jugak lah kan consider saiz dia yang kemetot cmtu. Harga beli seketul-seketul minyak telon ni RM12. Aku dah beli actually minyak telon baby tu baru RM 7 - 8 je kot and wayy besar than this.



Ok next. Teh herba, pil haruan, pil perawan, krim halia. Yang longgar dirapatkan, yang tekoyak dipulihkan. Aku rase ok je sebab tak payah telan jamu air ape bagai tu lah kan.. Kalo pil anytime boleh telan.



Ok, manual cara nak guna etc. Cukuplah untuk berpantang 44 hari. 



Yeay, dah tak payah pikir dah. Barang baby settle. Barang mummy settle. I'm in 30 weeks and still counting. Lepas ni fokus buat resume ke prep for incoming iv ke ape.. And fokus buat exercise like what have been suggested by Dr Mehmet Oz dalam buku You Having a Baby. Hehe.. Oh fyi, set premium Leesa Formula berharga RM350 sekotak tapi dapat diskaun so bayar RM315 je untuk semua ni. 


Dalam kepala pikir nak minyak kelapa dara Tanamera untuk sapu perineum tapi macam ngeri bukan? Emmm.. emmm... nantilah pikir kalau ada mood. Ok bye.