Sunday, March 10, 2013

Keluarkan KWSP Akaun 2 beli rumah

Disclaimer : Prosedur ini terpakai untuk pembelian rumah dari developer sahaja. 

Kenapa beli rumah dari developer lebih untung? First and foremost, tentulah kalau beli dari developer dapat promo snp dan yuran guaman free of charge. Let say beli dari individu, lawyer fees will be borned by the purchaser la. Banyak tau! Dahla bayar ikot harga rumah. Ada la pengiraan dia cemana kan.

Nak beli rumah step 1 kena la ada rumah yang nak dibeli. Tentukan rumah tu dibeli dari developer atau rumah dari orang perseorangan. Meaning rumah secondhand macam tu. Secondly, kalau beli dari developer selalunya kena bayar booking fees range dalam RM 1,000 tanda kita berminat nak reserve rumah tu. Chop la lot mane nak beli. Deal harga semua la kan. Don't worry this booking fees akan ditolak dari 10% downpayment nanti. Macam biase la.. After that check dengan bank boleh lulus loan tak. Unless la banyak sangat duit nak beli cash kan! Beli cash kompom kena kejar dengan income tax. Huahaha.. Jage2 ada mata yang memerhati. Eh tetibe.. 

Loan boleh check dengan banyak bank. So, choose the one who give the best offer in terms of interest rate la sebab long term loan ni interest rate memang banyak difference walaupun beza -2.2% dengan -2.4% from the Base Lending Rate (BLR). Loan dah lulus, lawyer akan uruskan SNP (Sales and purchase agreement). Sebab beli dari developer so all these costs FOC la ok. Cuma kena bayar disbursement dalam RM 600 ++ macam tu. Then sign SNP, bawak pegi bank dan tup tap tup tap tunggula dalam sebulan or mungkin lebih cepat bank akan keluarkan offer letter to disburse the loan amount. Sign ape bagai lepas tu tunggu je la bile nak start bayar. Basic step jela.. sebenrnya banyak lagi .. MRTA bagai tak sentuh pun lagi but don't worry deal jelah dengan ur developer. Diorang memang akan membantu especially for first timer macam kami ni ler..

So dokumen ape nak bagi KWSP so that duit dalam akaun 2 boleh dikeluarkan untuk bayar macam-macam ni? Semuanya perlu dikemukakan dalam original dan salinan.

1) I/C
2) Offer letter bank
3) Sales and purchase agreement
4) Surat nikah (kes macam aku la.. loan name husband je but ownership dalam SNP our both names)
5) Bank statement yang nak dimasukkan duit tu

Proses paling lama 2 minggu. Tapi selalunya kurang dari 6 hari bekerja. Cepat dan pantas gitu. So kalau 2 nama dalam SNP dedua boleh keluar EPF based on 10% dari harga rumah. Tak keluarkan immediately pun takpe.. Maybe u don't need the money to pay deposit tapi make sure kalau nak keluarkan untuk renovation ke in the future mesti keluarkan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh SNP. Lepas tu da takleh keluar dah okey..

Contohnya rumah RM300k. 10% maksimum boleh keluar ialah RM30k. Wife dah keluar RM10k. Husband entitle to keluarkan lagi RM20k je dari dia punya EPF akaun 2. Nak tau duit dah masuk ke belum sila check status kat website i-akaun kwsp memasing. Kalau in process boleh jadi dalam seminggu lagi. Kalau dah tulis lulus esoknye dah dapat duit dalam akaun. Easy as ABC. So goodluck!

4 comments:

  1. TQ .. ptg nie nk ke kwsp. pg nie baru cari info .. heheh tq utk info yg byk membantu ^^

    ReplyDelete
  2. tak cukup lagi tu , mcmana dgn surat pengesahan dari pemaju perumahan kwsp nak atau tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xde pun. I betul2 bawak yg di listdown dalam website kwsp. Officer cek dokumen semua then bagi surat pengesahan permohonan keluar epf. Dalam 1 ke 2 minggu mcm tu dah dapat cash.

      Delete
  3. Good info..what if loan n snp under my name tp nk kuarkan org rumah punya kwsp..boleh?

    ReplyDelete