Tuesday, September 24, 2013

Edit lah sangat..

Salam.. hehe tengok previous post aku rase nak gelak guling-guling. Hadoi nak bukak online shop tapi gamba kau ya ampun edit sampai juling. Betollah hari ini patut lebih baik dari semalam. Kalau semalam aku rasa gambar aku tangkap tu paling lawa hari ni aku rasa kesian kat aku sebab gambar sangat tak pro. Ok hari ni aku buat project recapture apa yang patut guna kamera yang sepatutnya. Hehehe..

Tangkap gambar barang pun makan tahun lol..

Bawah ni hasil bidikan (ceh) jurugambar amatur iaitu aku la. Haha.. aku rase cantik kot. Kau rase? Tapi cantik la dari semalam hehe


















Susah jugak nak jual barang online. Hari ni je aku dah beli 2 jenis barang. BELI ok. Tolonglah. Jauh menyimpang dah ni woii... Dah esok tutup sebelah mata. Fokus apa yang patut. 

Hari ni aku happy finally dapat tengok gigi anak aku dah nampak bayang2 nak keluar. Patut la meragam tak hengat.. Macam belangkas dah asyik nak melekat dengan aku je. Pasal gigi pun excited. Ke cemana? Ok bai!

No comments:

Post a Comment