Wednesday, February 10, 2021

I love your sambal udang

Hi there 💓

Yesterday whole family felt bit fatigue so semua tidur awal. Even masa tu pukul 9 pm something pn I dah macam moody2 nak tidur haha.. Then husband I tanya why you takde mood etc? He always akan stress bila I takde mood. Then I said I dont know.. U urut kaki i lah. But I dozed off kot.. I tak tahu la dapat urut ke tak I rasa semua tertidur je kot. 

Then this morning kan.. I terjaga pukul 4.15am. Told my husband kita dah lambat ke? U dah subuh? Actually bila tengok jam ala baru kul 4 lebih kee tapi tak ngantok pulak.. But then sambung cuddle and tidur jela smpai subuh around 6.10am 😄

Right after prayers semua kita terus g park to work out. First time I nak bawa java bike I and twas a success hahhaa.. Still got that skill lol.

View like this... subhanallah 💓

Normally we will jog around 1 full round tau.. Tempat ni besar kot.. Ada naik bukit, turun bukit, tanah rata, somehow challenging jugakla especially coach potato macam I. Husband I self claimed yang dia athletic so whatever 😶

Today I did cycle one round.. and he jog one round. The first bukit yang I cycle tu kan bapaklah seloww serius kaki I macam tak tahan kot even da drop gear smpai low sangat da. Hahaha.. But I told myself many times keep going don't stop even masa tu kaki i dah wobbly sangat hahah..then got another bukit tau.. I macam dah dapat momentum, I should cycle laju2 then I takkan struggle bila naik bukit. True kot! Of course I akan laju than my husband sebab dia jog kan. I sampai dekat carpark, tengok phone scroll2 while waiting for him to arrive.

Husband   : U cycle ke naik bukit tadi?
Me            : Yelah I cycle
Husband   : I cari2 u jugak dalam longkang then panggil2 nama u takde..
Me            : Whattt? Why..
Husband   : Mana tahu u jatuh tak sangka pulak u boleh cycle dekat bukit tuh
Me            : *cricket sounds* whatever la paaa..

One achievement unlocked today. Pat my back..



My lunch today... I buat sambal udang his favourite. Normally I akan beli cili kering kelantan tau.. Sebab dia tak pedas langsung.

Husband   : Nanti u datang rumah mak, u masak la macam ni
Me            : Kan mak masak
Husband   : Nanti u cakap la dekat mak, I suka sambal udang macam ni. U ajar mak buat cmni
Me            : Takkan la I nak ajar mak u. Agak2 la paaa
Husband   : Takpela kenapa tak boleh
Me            : Actually I suka je masakan mak u. I masak cmni sebab u tak suka pedas. Have to u know!

Petang we went to the Mines, collect spectacles I. I tak rabun pun, power both eyes cuma 25 je tau. Bukan 250 lol.. But buat jelah sebab rugi la ada staff benefit tapi tak claim.

I choose it sebab bingkai dia cantik.. Cantik kan!





I just pakai ni whenever I tengok laptop je.. Husband I minta tambah uv ray ke ape ntah so hopefully it meet the purpose lah.

Today my dad will come down to KL. I miss him already. My kids pulak minta rendang ayam and pulut kuning from my mom.. Jap lagi my dad sampai. Nak kemas rumah byeeee....

Tuesday, February 9, 2021

9 February

Today I work from office. Macam biasa, settle benda yang nak kena print, sign etc. 

Tengok lunch I harini ... 



Mixed platter

Actually ada je coach provide meal plan so that we can focus on berapa kalori yang kita dah ambil dan boleh ambil. But today, I nak cepat so semua rebus2 jela. As long as healthy kan 😇

My snacking for morning and petang nanti is orange sunkist pagi amek half, petang amek half. 


Guess what? Husband I bought me folding bike so that I boleh catch up bila dia jogging ke sprinting whatever. Sounds annoying bila dia cakap macam tu but tak pe jelah as long as nanti bila dia da balik laut pagi2 I boleh cycle around. Normally I jog je.. my pace la. Dia tu memang competitive so bila pace I tu dia perlu la ejek  i seloww.  Ceh!

Breakfast I had my F1 shake today, choc flavour. Sedap dan kenyang. If bancuh dengan soymilk even marvelous rasa dia.

My new toy.. *drumrolls*





Java TT451 w 18 speed. Ala macam la I athletic sangat. Anyway, thank u mr husband. Free gift tempat sangkut air and botol air. Nice.. 💓

Ok la da kul 2, till then peeps.

Harini I nak bersyukur atas nikmat dikurniakan these little babies of mine...


I love u both so much. Alhamdulillah 💓💓

Signing off, office desk 2.01pm

Saturday, February 6, 2021

Alma mater

Morning lovelies..

Siapakan manusia yang paling bagus?

"Manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain"

Been few days I tak update this personal journal. Husband I balik KL on 4th February 2021, touch down around 2.40pm. I picked him up dekat airport.. Lepas je road block sebab ada provide letter. Bila husband balik, as always memang akan busy. Focus more on my daily workload, plus family.. anak2 etc.

I tulis this piece while dengar ceramah Ustazah Asma Harun - Wanita Lebih Banyak di Neraka. Alhamdulillah.. this morning my husband and I manage to jog around UPM. Parked dekat KMR, then we jog satu uni. So cantik.. lama dah tak datang UPM sejak grad 10 tahun lepas. Datang juga tapi setakat lalu jelah area Serdang tu.


My alma mater

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar

Salah satu pesanan ustazah, wanita ni kena bersyukur, contohnya bila suami balik rumah dengan selamat, syukur apa yang suami berikan... Bila Allah lihat seorang wanita yang bersyukur, Allah akan menambah nikmat kepadamu. Jika sedikit pun tak mampu syukur, macam mana nk bersyukur dengan nikmat yang banyak. Jadilah pasangan suami isteri yang sentiasa bersyukur. 


My brekkie today, vietnamese roll with pomegranate extract share with husband 💓

Zikir untuk dibaca waktuPagi 3x, Petang 3x, dia berhak mendapat redha Allah di mahsyar kelak.

"Roditubillahi rabba, wabil islami dina, wabi muhammdin nabiyya wa rasula"

Kami redha Allah Tuhanku, kami redha Allah pentadbirku, Allah pemutusku, Allah penetapku, Kami redha segala ujianmu, segala kesakitan yang engkau berikan, segala dukacita, kesedihan yang engkau berikan, kami redha di atas setiap keputusanmu, kami maafkan semua orang yang menyakitiku.

Kami redha bahawa Islam agama kami, cara hidup kamu, cara mati kami, cara bangkit kami.

Kami redha bahawa Nabi Muhammad nabi kami, bantulah kami menghidupkan sunnah nabi, menegakkan kalimah lailahaillah muhammadurrasulullah.


Alhamdulillah, being a wife, I memang patut banyak bersyukur instead of merungut dan memberontak. Terlalu banyak hikmah yang I nampak atas ujian yang Allah berikan dekat kami. Allah nak jentik hati I untuk lebih bersyukur. Selama ni I admit I memang jatuh dalam kategori perempuan yang memang kurang bersyukur.

I bersyukur selama ni, I dapat suami yang bertanggungjawab, ibu bapa yang sihat sejahtera, anak-anak yang sihat dan cerdik, kerjaya yang baik, nikmat mana lagi yang hendak didustakan. Alhamdulillah atas segala nikmatmu ya Allah.

Hidup ni singkat je, tak perlu nak terlalu emosional dengan benda-benda duniawi yang sementara je. Di sini tempat untuk kita kejar akhirat. Insyaallah. Ujian ni banyak dekatkan I dengan Allah. I baru faham maksud suami, anak-anak semua di dunia ni hanyalah pinjaman dari Allah.

Bila amalkan sunnah nabi, penyakit rumah tangga pun akan keluar. Instead of takut dengan racun, lebih baik kita baja kan rumah tangga kita. Jangan pernah rasa sombong dengan sesiapa, mungkin dia yang akan tarik kita ke dalam syurga Allah s.w.t. 

Antara sunnah-sunnah nabi dalam rumah tangga :

  1. Suami membukakan pintu kenderaan atau rumah untuk isterinya.
  2. Mencium isteri sebelum pergi dan datang dari bepergian
  3. Makan sepering berdua
  4. Berlemah lembut dan menemani isterinya yang sakit
  5. Bersenda gurau dan membangun keakraban
  6. Tetap Romantis dan akrab saat isteri sedang haid.
  7. Mandi Bersama
  8. Mengajak isteri makan di luar sambil refreshing.
  9. Saling membersihkan setelah berhubungan
  10. Bersandar di atas dada Isteri dan tidur di atas pahanya
  11. Suami Isteri berpelukan saat tidur
  12. Mengajak Isteri Pergi Ke Luar Kota
  13. Suami Menyuap Isteri
  14. Mencium isteri dari waktu ke waktu
  15. Suami mengantar isteri ketika ke luar
  16. Suami isteri berjalan-jalan di malam hari.
  17. Isteri menyisir rambut suaminya
  18. Isteri menaburkan parfum ke badan suaminya
  19. Ungkapan cinta dan kasih sayang setiap hari
  20. Meletakkan pipi di atas pipi
  21. Suami Isteri membiasakan berolah raga
  22. Memberikan kesenangan kepada Isteri
  23. Memperhatikan perasaan Isteri

Tuesday, February 2, 2021

Mee tomato for the win

Slept around 3am yesterday.. sleepy sangat this morning but my biological clock wakes me up. So I mandi, tak subuh lah sebab still ABC. 😅

Keluar rumah around 9.30am, went to the bank, settle some errands, by 1.30pm Im back home. Lupa nak update my husband on my wherebout. Bukan lupa sangat la, but I know early morning he'll be busy, tambah lagi nak setel handover before balik darat tomorrow. Speaking of tomorrow, I also don't know what will happen. Will we fight again? Hahahah...

He told me that boat from shore will depart around 6am to their platform, then they will board around 8.00-8.15am. Sampai darat around 10am something lah kan. Honestly, I prefer dia kat laut lagi berbanding dekat darat after 'that' thing happen, but right know I rasa I dah ok sikit, lama dah tak mengungkit. Tapi esok I don't know lah mengenangkan dia dah dekat darat and he got plenty of time dekat sana sebelum flight ke kl on the 4th. I hate to think about it. I hope I okay tomorrow. I pun akan work from office so maybe boleh distract sikitlah.

I know sometimes I feel like we are not in a healthy relationship. I really don't want to force him doing things yang dia tak nak. Actually, after 'that' thing happen, sekarang ni he will always update me his whereabout, together with proof etc, which I tak nak pun sebenarnya if that is not what he wanted to do. But he said he did that for our relationship lah, sebab I jujur je cakap trust I dah tak de, and it will take time to build the trust again. I hope one day dengan all the effort yang husband I buat ni, I akan ikhlas pulangkan the trust that he really deserve. Deep down, I know he's a good man. 

Actually dari awal kahwin pun bila jauh, everyday without fail he will text me good morning and good night, and everyday will video call, whatsapp semua etc. We update ape yg kita buat everyday. Bila balik darat, he'll buy me apa2 jelah yang dia boleh capai kat airport tu sometimes.. choc ke, perfume ke.. etc. Ada juga dia belikan I barang macam handbag, SKII, skincare Kiehl ke out of sudden, means bukan time birthday i, even I tak perlukan and tak minta pun. Sometimes dekat office, what happen that day, I'll update him. Sampai sekarang pun. Dulu, I yang selalu malas nak angkat call. Hm.. Sebab banyak kali sangat in a day sampai I tak tahu nak cakap apa. Tipulah kalau I tak nampak yang dia sayang I as his wife sepanjang perkahwinan ni. Dia banyak sangat bersabar dengan all my nonsense.

Sebenarnya, hikmah yang I nampak is, I kena lebih appreciate our family. All these while, husband I je macam tunjuk effort dengan I. Contoh, he'll be the one yang call I, I tak pernah or jarang sangat nak video call dia dulu. Bab lain tu, I rasa tak payah la nak elaborate semua. Basically, before this I mengaku yang I take things for granted. I knew he love me and I selesa je macam tu. Right now, I lebih appreciate him lah, all the small2 things yang I tak nampak sebelum ni. Even when dia ajak I teman dia supper ke, I willing jela bangun nak pergi teman huhu.. 

Maybe betullah dia cakap just 'kawan'. But I hate that bitch. Bagi I, perempuan baik takkan keluar dengan suami orang. Whatever. *rollseyes* It is not that I tak bagi dia kawan dengan perempuan, but all his girl friends, is my friend but not this particular one. So, yeah. I don't know you, intruders. So I have to eliminate u from our life. I jujur je cakap dengan dia, before I kahwin, ada je suami orang ajak keluar, but I didn't do it despite I tak de keje sangat that day, or feel bored ke ape because I respect his wife. I tak pernah kena maki dengan bini orang masa I anak dara okeh! Perempuan yang keluar dengan laki orang ni without the wife tahu, bagi I is a low class bitch, walau solehah mane pon kau potray diri kau.

Mungkin I yang terlalu manja ke mengada2 ke sebab dari kecik when I merajuk, my dad takkan putus asa pujuk I, sampai I okay. Even dari pagi sampai ke petang pn my dad tak akan putus asa pujuk I. Selalunya merajuk pasal benda-benda yang tak penting pun. Hm... Now, my husband kena put extra effort to pujuk I pulak lah. Siapa suruh buat benda bukan2.

Cukup kot bebel.. Hahahah

This morning I tak de buat juice da. I just minum air kosong je segelas. Skip everything until lunch.

I thought I wanna order je from sushi king ke ape those healthy salad. Instead, I buat mee tomato with tomyum vege gravy. Sounds sedap kan..


Mee tu organic tomato mee yang I beli from my friend. Sebab I malas nak tunggu protein defrost, I just masukkan all the veges je dalam tu.. broccoli + mushroom + celery + carrot + chili. Simple yet fulfilling okay.

I still order sushi king, but for my son la.. then my daughter nak keropok lekor pulak.. ni baru anak dua hahaha.. 

I rindu je baby but I tak de masa nak jaga. How? I really salute those mommies yang juggle between work and family well. Perempuan ni memang kuat kan. Tapi ade jugak perempuan yang tak kesah pun hancurkan hati perempuan lain. Hahahah.. Sometimes kne faham, kahwin tu pakej dia datang sekali dengan tanggungjawab, nk bimbing keluarga ke syurga. Happy wife, happy life! Rezeki datang pn Allah salurkan ada juga atas rezeki isteri dan anak2 so lelaki jangan la cepat lupa diri bile da banyak duit tak tau nak buat apa. Kalau tak tahu sangat nk buat apa dengan duit tu boleh jela belikan wife biskut tawar ke.. jagung je.. pulut dakap ke.. geddit? Kalau dah banyak beli pon tak pe, beli lagi dan lagi dan lagi.. ish

Pkp extend lagi ya until 18th Feb 😷

Signed out 6.46pm bedroom

Monday, February 1, 2021

I never diet

Tak de elektrik pulak today.. Still WFH, I'll be in the office only a day or two a week. Otherwise, di rumah saja.

I begin my self love session mid of January 2021. Kalau dulu I cuma pergi jogging time husband ada, but now, if I ada time I akan go jogging even when I'm alone. 

I still makan nasi cuma not everyday. In fact semalam I masak ayam masak merah. Day before I masak nasi briyani ayam. Huhu...Sebab tu I suka lagi order foodpanda or grab food. Beli for my kids portion je. Kalau I masak, I akan masak benda I suka, end up I akan makan banyak 😑

I never diet my whole life. Hasben I cakap dia suka perempuan chubby so yeah mungkin tu salah satu faktor I tak diet haha.. But then, I now realise yang I have to do it for the sake of myself. I mungkin dah terbabas from being chubby to more than chubby but husband I maybe tak cakap apa2 pasal ni sebab dia nak jaga hati i ke... mana tahu kan. lol.

This is the first time yang I betul2 nekad nak diet. Even my sister cakap I never diet. Even when she diet pn i just hmm okay... takde pun nak diet together ke ape. She got her result already and she got the weight that she wants, Still.. watching her progress pn tak membuatkan I nak diet. Maigod.

I start slowly jugak... lama dah fridge I tak stock up processed food. If I nak makan, I akan masak, or order real food la kan.. Anak I pun I tak ajar makan benda2 tu but sometimes kita akan pergi mcd ke kfc ke tapi bukan seminggu 4-5kali macam yang I pernah buat dulu. Dulu I boleh je makan mcd everyday. Even lunch, dinner mcd.. How terrible I feel now sebab tak sayang diri. Sekarang even a sip of coke pun I macam tak sanggup nak telan. Maybe dah dapat 'hidayah'. Hehe..

Yesterday I sign up coaching for diet. My friend punya.. she actually coach people to lose weight. When I'm willing to pay means I'm serious. Started on 3rd Feb, I'll share my progress here. For January 2021, I have shed 4kgs of weight.. which never happen in my whole life. I just buat apa yang I tahu, sometimes, tahan lapar jugak. Tapi, if ada right coaching, I hope diet I akan jadi much better la. 

So this morning I had my usual juice, then in between breakfast and lunch I had greek yogurt + almond + walnut + chia seeds + fruits. Tak sangka sedap. Lunch I had lempeng kelapa from Foodpanda. I hope dinner I tak berat malam ni. 😂



Sunday, January 31, 2021

Take you dancing

Ehh.. guess what? I thought now dah pukul 1pm. Then I tengok jam laptop baru pukul 11.. tengok jam dari cermin cmtulah 😝

Ok.. morningggg.. still 💓

I rasa banyak dah I buat harini.. baru pukul 11. Hmm..

I suka sangat la lagu Jason Derulo - take you dancing, hence the tajuk of my post today. Lifted my spirit pagi2. Hehe.. Satu lagi lagu I suka is from Ariana Grande - 7 rings , kinda like affirmation to me which I really like. So this morning I buat tau petua I tulis semalam tu. Feels so good.. Cuma belum hafal jela al waqiah ayat 35 smpai 38 tu. Today I will hafal. 

Since I normally write in the morning, I nak story apa I buat yesterday nite. I vacuum, mop, wipe all the dusk dekat bedroom I.. lipat kain yang I dah dobi semalam and listen to ceramah agama concurrently. 2 pendakwah yang I paling suka dengar is Ustazah Asma Harun and Ustaz Wadi Anuar. Macam ustazah Asma, more to rumah tangga, perempuan solehah etc.. benda yang motivate me to jadi perempuan yang lebih baik.

Ceramah ustaz wadi anuar more to alam akhirat, dia macam jentik hati and fikiran I untuk lebih berfikir.. Semalam I dengar ceramah ustaz wadi anuar pasal sedekah. Yang I ingat, manusia ni akan masuk syurga ikut pintu amalan yang paling banyak dia buat semasa hayatnya di dunia. 

Kalau tak silap ada 8 pintu syurga and one of it is pintu sedekah. Orang yang paling banyak bersedekah is our Prophet, Nabi Muhammad s.a.w. One of the gist is that, macam mana mulianya Nabi Muhammad, betapa Nabi Muhammad tak pandang dunia sebab, kalau ada benda dunia dalam rumah dia, dia rasa malu dengan Allah. Hatta sebiji kurma. Beliau akan sedekahkan semuanya ke jalan Allah. I malu juga bila dengar macam tu. Tahap keyakinan Nabi Muhammad kepada Allah yang sangat tinggi, I hope one day I boleh jadi macam tu.. Sedekah takkan memiskinkan kita. Setiap satu sedekah yang kita berikan, Allah akan ganti 10. Dan bergantung pada tahap keyakinan kita kepada Allah.. Mungkin Allah akan gantikan 50, 100... Satu amalan yang Allah akan gantikan di dunia, tak perlu tunggu masa akhirat is sedekah.. Banyak I belajar semalam. alhamdulillah..

This morning I woke up, as usual had my juice (celery + carrot + green apple + cucumber + tomato) sama je macam semalam sebab I akan habiskan dulu apa yang ada dalam fridge. Sejak I amalkan minum juice ni, I tak bazir celery dah. Selalunya akan busuk je dalam fridge, together with tomatoes. Hmmm.. what a waste.

Then I prepared my sauna. 20 mins heat at 7. The herbs I'm using is daun sireh and daun limau nipis. I got it for free je since dah tanam kan. Sireh actually antibacteria tau. I ingat lagi I pernah buat experiment masa dekat mrsm dulu. Tengok bawah microscope, when u letak extract sirih, bacteria tu berkurang compared to without daun sireh. 

Ok la, since now only like 11ish.... I nak continue buat plank. Then evening maybe nak kemas bilik anak I, and buang barang yang tak guna dah.

Bye..💓


Saturday, January 30, 2021

30 January kinda self love

Morning..

Started my morning quite late today due to my menses yesterday nite.. perut cramp etc so tak boleh tidur.

Tapi!!

I dah janji dengan diri I, today will be a positive day.. yang baik2 je datang dalam hidup I hari ni okay.. Pukul 9 am bangun, the first thing went through my stomach is air putih. They said better minum air right after u bangun tidur, jangan gosok gigi lagi terus minum. So today I did it hehe.. Then I buat my usual juice (green apple + carrot + celery + cucumber + tomato)


Taste so yum macam jual dekat boost 😋

I nak jot down kat sini benda apa I kena buat right after bangun tidur. Normally kan, I just grab my phone dulu tengok whatsapp. Tak healthy langsung.. tapi tu habit 😑😑 benda yang I kena buang dalam hidup I.

Petua awet muda 1

  1. Bangun tidur, sebelum gosok gigi minum 1 gelas air putih suhu bilik. Kulum air tegukan pertama untuk seketika, selawat dalam hati 3x
  2. Sewaktu basuh muka awal pagi, tadah air di tapak tangan, baca selawat 3x, hembus dekat air dan usapkan ke wajah dari dagu menaik ke atas sampai dahi sebanyak 3x. (jangan dari atas ke bawah, nanti muka cepat berkedut 😳
  3. Lepas solat subuh, baca surah yusuf, then teguk air suam 3kali untuk awet muda.
  4. Lepas solat isya,baca al-fatihah 1x, ayat qursi 1x, surah alwaqiah ayat 35-38 7x, tiup pada segelas air dan niatkan "Ya Allah, perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"
  5. Surah al-waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca dalam hati sebanyak 3x sebelum jirusan pertama air ke badan semasa mandi.
  6. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan.
  7. Amalkan membaca al-quran dengan niat ikhlas kerana Allah swt.

إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاءً ﴿٣٥﴾
(35) Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung .
 
فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ﴿٣٦﴾
(36) dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan,
 
عُرُبًا أَتْرَابًا ﴿٣٧﴾
(37) penuh cinta lagi sebaya umurnya,
 
لِّأَصْحَابِ الْيَمِينِ ﴿٣٨﴾
(38) (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan,


Petua awet muda 2

Berzikir untuk keliahatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan macam ni :

Ya Badiyah 1x

Ya Nur 1x

Ya Hadi 1x

Ya Allah 3x

Baca zikir di atas, tiup ke tapak tangan, then sapu ke muka..


I rasa cukup kot kalau I cuba amalkan petua ni. Kalau banyak sangat petua takut tak terbuat jela. Benda sikit tapi konsisten insyaallah ada hasilnye.. I ada dengar ceramah prof muhaya, dia cakap "if u nak butterfly main dekat taman u, u yang kena ada kan taman tu. U tak perlu nak paksa, die akan datang. Tapi if you chase, dia akan lari... If u biar je the dia sendiri willing datang ceriakan taman u.." 

So I nak apply benda ni dalam konsep rumah tangga I.. which I think kalau we force lagi kita penat end up taman kita pun mati. Dalam hidup ni, segalanya dalam kekuasaan Allah. Apa yang u perlu buat? HIDUP dan berdoa je untuk kebaikan diri u dan orang lain.


"Sesiapa yang diberi rezeki membaca Al - Quran, maka akan hilanglah kesengsaraannya, kerana Al - Quran dan sengsara tidak akan bersatu selama-lamanya. Ketika ditanya : Sebanyak mana kita perlu membaca Al-Quran?"

"Sebanyak mana kebahagiaan yang kamu mahukan"


So this morning weekend I takde keje sangat kan so I kacau husband I yang tengah busy kat laut tu..




I nak satu perkataan je tp jadi berjela2 pulak.. hm.. biasela perempuan tanye2 even da berjuta kali tanye soalan same. Husband I sampai dah hafal jawapan. I memang nk merajuk tambah period lagi tapi dia dah counter balik so sejuk sikit hati ni.

K lah nak mendobi baju. Till then,

Signed out 11.58am, bedroom.