Sunday, November 28, 2021

Snippet of the past few weeks

Hey there.. assalamualaikum.

As usual, when I write on this space, my husband already flew off for work. Exam in few days, tapi past few weeks I keep on berjimba je. How la.

Just to recap what happen during the past two weeks that my husband was around. We went for unplanned road trip to Pahang with the kids. Initially I nak pergi bawa diorang ke Kuala Gandah je. Manage to meet few elephants tapi smol2 one je. Suppose ada aktiviti mandikan gajah etc but sebab air sungai naik so cancel jela. Sebab suam2 kuku je experience tu, we decided to naik sikit head to Kuantan terus. Actually after Kuala Gandah, we stayed in a hotel at Temerloh. Had ikan patin etc then ingat nak cari makan dekat Kuantan. Sampai je Teluk Cempedak terus rasa amazednya ada Starbucks, Mcd, KFC, everything dekat sana and tempat tu so cantik. We end up terus booking a night stayed in Kuantan. 


My world. Captured with Ip13


Kuala Gandah Elephant Sanctuary


We were lucky to meet this 5 month baby elephant


Teluk Cempedak view yang buat we decide to stay for the night




Hello pinky beach

We had lunch at Restoran Mabiq. Ramai orang but quite efficient lah eventhough kena beratur juga nak masuk pun. We arrive on 12.30pm maybe orang baru nak ramai. Food taste good. I had pais ikan, eventhough i don't know what it is, turn out dia ikan patin tempoyak juga. I had it already dekat Temerloh and I had enough kot. Hari2 makan tempoyak pitamm..

We were lucky to secure a room eventhough it weekends. Masa lunch i scroll booking.com and luckily found this resort. Memang cantik. We ride ATV [RM50 for 30mins], ada pool, private beach, complementary breakfast semua, I had no complaint. Definitely I will come back again. There's little pub and restaurant dekat resort ni. We jalan pantai at night, then ada fireworks show, dekat beach. Memang lucky lah sebab kitorang tak tau pun ada benda ni. Dengan lagu2 best feeling sangat la kan. Maybe the ambience buat rasa best kot.

I cuti the whole week sebab annual leave I banyak lagi nak clear. Hehe.. Then balik KL jelah after Kuantan. Esoknya pergi swab test dekat Prince Court coz my husband nak work dah. Sebab alang2 keluar, we shoot to Genting Highlands pulak. Memang trip Pahang sangat la kalini. Tak naik atas. Just jalan dekat GHPO je. Husband alhamdulillah negative, clear nk pergi work.




We had desert dekat Godiva, husband I memang tau perangai I suka desert. Kalau I hilang tu either hilang dalam kedai kek atau kedai kopi. 😅 Both kids inherit trait I yang suka desert tu. Habislah. Manage to grab few handbags kat atas tu. I rasa murah kali ni maybe sebab Black Friday?? atau I memang lucky haha.. Perempuan atas ni dapat coklat dia dah happy dah. 

Owh before that! I ada trip with my family dekat Ipoh masa husband I off to work. Yelah nak tak nak we need to live je dalam covid ni kan. What we can do is try as much as we can to follow SOP. Jangan bersalam, jaga jarak, sanitise always, pakai mask. If dah kena what to do. But alhamdulillah, until now none of our family member get infected by covid. Future, we never know. Semua family members both sides dah vaccinated unless kids below 11 years old macam anak i memang tak lah. Hope Allah protects them always.

Both my parents, my nenek join this trip. Regardless la kena pakai wheelchair ke ape we all tolak je. My sisters, 4 out of 5 ada. In fact semua sibling I pun girls je takde boys haha.. If orang cakap I lemah lembut tu sebab belum pernah tengok I mengamuk jela kot. Ada satu story kelakar pasal nenek I but I keep it to myself jela hahaha.. I just nak create memories while they are still around. I pun tak tahu sampai bila I akan ada dekat sini. We never know. 

Looking back at our picktures, deep down I'm a proud sister and I nak congratulate my parents for raising us so well. My little sister doing specialist in opthalmologist, a med officer soon to be specialist dah. Another one is an engineer building maybe the tallest building in Malaysia, PNB118 and the youngest is doing her ACCA. Perempuan sesat semua orang dah besar suddenly dia lahir. 😂 We talked and chatted like we were still a kid. Especially when the husband is not around. My sister's husband now overseas to oversee construction project dengan Japan company. So of coz la dia pun single macam I haha.. My father cakap, tengoklah diorang ni even dah besar tapi cakap macam masa diorang budak2 dulu. Yeah.. miss that moment sebenarnya. Buat lawak bodoh, but now we are paying for the trip. Just bagitahu where u want to go, what u want to eat, we'll settle everything. Macam mana my parents settle everything for us masa kitorang kecik2 dulu. 

Hey Ipoh

Drooling


My all time fav Ah Cheng laksa


The best roti jala by Chef Nizam

Mee rebus Kuala Kangsar from cooked by my fren, Seri

Some random pictures of what I ate past few weeks haha. Anak I pun dah tahu perangai mak dia jangan makan lagi. Lemme feed the phone first! Lol! Sometimes when I tak amek gambar they'll ask me why I didn't take picture? Boleh makan dah ke ni? Hahahhahah... Sorry kids!!

This time around takde adegan baling barang, gaduh2 maki2.. Am I healed? Hahah.. We never know. But I tahu even how bad the situation is, I am loving him forever. He's back now, tapi hati manusia ni berbolak balik, Allah yang pegang. I'll be devastated but I know I will move on easily if it will ever happen again. For now, I just want to enjoy the moment, had him cuddle me when he's around, buying things that I want, bring me to road trip, kiss me randomly at night when I sleep. Cry when I cried. Trying so hard to jaga my hati. Always tarik kepala I to sleep at his ketiak omg! Hug me tight, make sure I'm covered dengan selimut. 

I don't know but I feel if I mengungkit lagi, macam I break his heart. I fikir banyak kali sebelum reply whatsapp or cakap. Sometimes I dah type, then I delete and type benda yang takkan trigger marah dia. Bila I dah type tu I lega coz I dah buat even tak send kat dia faham tak. Bila nak cakap pun I akan mengungkit dalam hati but then istighfar jap and cakap benda baik2 je la untuk dia dengar dengan telinga tu. At least ada improvement. Dulu I memang hembus je apa dalam hati I and the consequences memang real bad lah kan. Now let say if I teringat, I akan nangis je. I won't say anything. Esok dia fly, malam ni I akan masak untuk lunch dia. And I akan buat cookies favourite dia choc chip sea salt cookies. Actually favourite I, but tu macam signature cookies I la untuk dia haha.. Then final nights tu normally we will cuddle and check each other nangis ke tak. Lol. Lama dah tak rasa berat hati nak lepaskan. I don't know, hikmah after what happen ni, relationship kitorang makin berkualiti. Makin matang mungkin. Alhamdulillah.. Tapi hope dia tak lupa, even I sayang pun I can walk away anytime and forget everything if benda jadi lagi. Parents I tak ajar pula kalau kena pijak just stay.

Tapi like I said previously, I just want to enjoy the moment. I love my husband, love my family, my kids, my friends. I love them all. Insyaallah amin.







Monday, October 25, 2021

Bahagia itu....

Menulis lagi.. tunggu isya jap lagi around 8.09pm. Bila menulis balik kat sini, faham2 jelah, suami saya sudah balik bekerja. Jadinya, takde lagi sesi batal air sembahyang everytime after solat. Maka, boleh la saya simpan wudhuk untuk next solat. Hihi.. Bersaya pula. 😅

Salam takziah untuk semua yang terkesan dengan Covid19. Tak dapat bayangkan kalau aku yang diuji macam tu. Kehilangan ahli keluarga, pasangan atau anak2. Astaghfirullahalazim.. Hugs to all of u. Lama dah aku puasa social media. Takde nak upload apa2 sebab zaman sekarang ni bagi aku, bahagia tu biarla kita yang rasa sendiri. Takde apa nak dibuktikan pun dekat orang lain. Tak sampai hati nak upload kebahagiaan, sedangkan ada insan lain yang baru kehilangan. 

Tak sangka dah setahun berlalu sejak kes dulu. Hati aku mungkin dah semakin pulih. Aku rasa la.. tapi bila husband balik kerja tu, aku masih rasa sedih, risau jugak sikit2. Macam tu lah. Tapi mungkin keadaan dah sangat baik berbanding tahun lepas, masa ni. Dari kecik sejenis kuat merajuk, memang lama la masa untuk aku betul2 pulih. Husband aku pun, kesabaran dia memang banyak diuji selama setahun ni. Anytime aku boleh trigger, anytime aku boleh moody. 

Looking back through gambar2 yang aku ambik dalam phone gallery, banyak benda aku perlu bersyukur. Husband aku, on his side, aku nampak dia berusaha sangat nak pulihkan hati aku. Bagi semua benda yang aku nak sampai aku dah tak tahu apa je lagi yang kurang. 

Da masuk isya gais. 

Lapar la bila tengok gambar2 dalam gallery ni. Hm...

View rumah adik aku

Talking to the moon..........

Aku dekat tower 1, bila dapat amek gambar tiga2 ni align

Fav anak saye

Fav anak lelaki saye

Cendol ni the bomb dekat Melaka

Ramen asam pedas telur mayong.. Weird taste tapi sedap

Fav drink saye... Cham Iced!

Ini masa kita lepak kopitiam. Lempeng sambal bilis paling terbaik kat sini

Kan dah cakap anak saya suka fries

Makan kat qbistro mmg kena order mee goreng! telio!

Ok bye nak isya dulu sebelum menyuap makanan ke mulut anak2 saye hahahahah 😉

Sunday, August 8, 2021

Love ft Marriage & Divorce

Just finished Ep15 Season 2 tadi. This episode mostly highlighted pasal Dr Yu Sin yang seems jealous ex-wife dia found someone maybe better than him. This ex-wife which is Pi Young for me memang tahu lah how to play her role really well. Orang boleh cakap, u boleh je endure the pain of being cheated and let it slide or hid it under the rugs then continue life as usual. Tapi, those yang merasa tu actually tahu apa yang dia patut buat. Betullah, time will tell whether decision yang u buat hari ni tu betul atau tak.

Sakit tu lagi perit especially bila both were in love with each other while still being married. Cheated on by the person that u trust the most is painful. Tapi perempuan ni, once move on then that's it. Mampu gelak jela at the end of the day. 

Anyways, pagi tadi Dato Azizul Hasni Awang menang perak acara Keirin Olimpik Tokyo 2020. Next Paris 2023 I'm sure he will get the gold. Sebak sangat tadi after the race he said that his father was sick at the hospital, he had to leave his family since 15 years old, leaving his wife and children at Australia to pursue his golden dreams. Anak2 everyday call tanya bila nak balik.  Inilah pengorbanan yang dia buat untuk Malaysia. Yang bestnya, wartawan just bagi tau satu secret dekat dia that his wife is pregnant no.3! Such a blessings. Alhamdulillah.. Lepasni dah boleh rehat, balik jumpa wife dan anak2. Tumpang bangga dan happy untuk Dato'.

Harini tak de apa sangat just duduk rumah macam biasa. Sunday is not really a fun day. Sambil siapkan report sambil tengok Olimpik. Husband macam biasa, pergi kebun dengan his father. 

My breakfast for today..

Fresh orange + collagen + aloe + kelulut honey


Buah naga 💗

Actually bila i amalkan collagen ni i macam rasa ada improvement on texture kulit i. Seems glowing and smooth haha.. ke i je rasa macam tu.. Rambut pun dah kurang gugur. So far so good. And aloe I akan add like 2 caps dalam breakfast drink i. Aloe ni setahu i untuk lawas. Yea, it works! Jadi perempuan macam ni lah. Always have to take care of yourself. I nak cantik pun untuk suami ya. 😇

Masalahnya bila everytime husband balik kebun akan bawa durian sekali kat rumah ni.. Haih, I memang pemakan durian tegar. So hard to resist! Kalau tak bawa balik ok je takde la nampak depan mata.

Bila ada kebun durian mestila kena tahu kan jenis2 durian yang ada dekat kebun tu. Husband I ni dia jenis tak kisah sangat. Tapi kalau i, memang selalu nak tahu jenis dia. Memang nampak sama tapi tak ye.. 

D99
D99 ni buah dia bulat, memang kalay tengok kenal sebab line tapak dengan pangsa dia tu jelas.

IOI

Kalau nak kenal IOI, buah dia warna hijau tua, duri rapat2. Bila biasa tengok dan compare memang senang je kenal sebenarnya. Isi dia lembut, sedap sangat. Bak kata kawan i, macam mentega 😅

Semalam husband I belikan maid baru. Philip AF. Actually tak intended nak beli pun. Cuma AF dalam rumah ni adik I dah bawa pindah. Haha.. Memang akan cari AF lah even I tak la masak sangat. Sometimes rasa bersalah jugak bila dia keep on spend duit on me. Bukan lah on me.. tapi macam beli barang besar2 let say now if I nak phone ke, dia akan belikan. Just say it. Tapi most of the time i takkan ambil kesempatan la minta benda bukan2. Macam I, most of my expenses I spend on things I like, contoh Herbalife ke, periuk ke, benda shopee lah. 

Haritu we go to hospital ambil ubat my father. Dah habis tu, biasalah dia akan beli coffee. Macam i suka pastries and cakes. So dia akan belikan i cake even dia tak makan pun carrot cake. I jot down kat sini sebab nanti bila i marah i harap i tak lupa kebaikan dia ni.


Carrot cake HUKM

He's on his way from kebun da. So I nak kena masakla ni. Sup daging je harini.. Simple dan senang. Makan dengan bubur. 

Hujan lebat berpetir2 sekarang. Okay lah time to cook! Till then 💋


Thursday, August 5, 2021

You gotta love yourself woman!

Hi Dear,

I just completed my vaccination yesterday. 2nd dose at PWTC was so smooth. Sekejap sangat dah settle. This time, I memang tengok when the PIC doing the jab, just to make sure that they do it properly coz banyak dah complaint vaksin angin la, tak suntik etc. Im soo not gonna waste my time on having to face semua tu. Nope, didn't take any pics sebab nak avoid risk of contagious infection if I let others hold my phone or vice versa. Digital cert tu cukup dah bukti dah complete dose kan.

Musim durian dekat pilah just started around past 2-3 weeks. Ade lah jual dekat my friend sikit, etc. I tak excited sangat musim durian ni, entahlah. Maybe sebab dari kecik my family pun ada dusun durian. Always spend time sana when there's durian season. Then after married, my husband bought an orchard also.. which more or less the same je lah. And one more sebab durian ni buat I benci. Biasalah perempuan menggedik andartu blaja kolej private jadi doktor kontrak pastu demand nak permanent post pulak akan hint suka durian la etc. Like I care. Semua benda rasa entitle. Kamonla.

I just came across a quote tau.. 'heartbreak doesn't last long, same goes to love'. U know what I mean? Over time, it heals.. tapi u won't forget that u are hurt, cuma somehow hati u dapat terima, and u akan tahu sebenarnya pemilik hati tu cuma satu, Allah. Sedih bila tahu orang yang kita sayang, percaya tu.. hati dia dekat orang lain. If it was easy to just walk away, I would. Tapi banyak sangat hati yang akan terluka. Especially my parents and my kids. So, I know I can to this too. Memaafkan dan move on, melupakan tidak. 

It would be easy if he just let me go macam tu.. dari pujuk I with his every effort. Made me feel macam sometimes I love him, bila ingat balik I jadi benci. Mengamuk2 untuk dia lepaskan je I (ni memang I wajar kena kecam) but then he said that until I found someone yang boleh jaga I better that dia jaga I, he won't lepaskan I. One day if I found the one, then dia akan buat apa yang I nak. Ok bai.

This morning, I feel like boosting my immune system lepas ambil vaksin. Scared last time masa first dose teruk sangat effect dia for a day. Demam, sakit badan etc but this time I takde rasa apa apa pun. So far so good. Cuma husband ada demam dan sakit badan. But taknak mengaku lol.

Guna juicer jelah mix orange + tomato + herbalife collagen + aloe. Biasalah rasa collagen ni tak sedap rasa nak muntah tapi when mix with fresh orange okay jela tutup mata minum. In my early 30s now, so kena la love myself more. Orang lain hati boleh berubah kan.. Dia lupa kot hati I ni pun boleh je berubah.


My breakfast drink. Oh lupa, ada add a tsp of kelulut honey. One of superfood yang I suka. Confirm natural sebab my sis in law bela belakang rumah dia je 😅


Hello breakfast!

Okaylah hopefully boleh cantik lepas ni wakakakakaa...


Saturday, July 31, 2021

Just Maybe

"PUTUS ATAU TERUS"

Aku sedang bertanya tanya
Tentang perasaan kita
Benarkah kita saling mencinta
Atau hanya pernah saling cinta

Bukankah kamu juga merasa
Dingin mulai menjalari
Percakapan kita
Pertanyaan kamu sedang apa?
Terkesan hanya sebuah formalitas saja

Coba tanyakan lagi pada hatimu
Apakah sebaiknya kita putus atau terus
Kita sedang mempertahankan hubungan
Atau hanya sekedar
Menunda perpisahan

Bukankah kamu juga merasa
Dingin mulai menjalari
Percakapan kita
Pertanyaan kamu sedang apa?
Terkesan hanya sebuah formalitas saja

Coba tanyakan lagi pada hatimu
Apakah sebaiknya kita putus atau terus
Kita sedang mempertahankan hubungan
Atau hanya sekedar
Menunda perpisahan

Bila kamu tanya aku maunya apa
Aku mau kita trus bersama

Coba tanyakan lagi pada hatimu

Kita sedang mempertahankan hubungan
Atau hanya sekedar ohh..
Hanya sekedar
Menunda perpisahan 

***********************************************************************************

Lately banyak cerita sedih among my friends. The husband of my office mate passed away due to covid 19. My ex colleage, the husband now in ICU intubated due to covid stage 5. Al fatihah to both of them. Harapnya korang kuat hadapi ujian dunia ni. Meanwhile.. ujian aku pun berbeza. I'm fighting everyday untuk kembalikan hubungan macam sedia kala. Allah masih bagi aku peluang. Tapi mungkin terlalu lama MCO aku ke yang mental? Atau instinct aku yang fail?

Aku manusia.. Aku pun tau letih. Too tired to fight. Tak tau apa yang aku fight. Until today.. I'm not fighting anymore. Just a total silent. It's okay. Sometimes aku tau, 'pandangan' dia tu menyatakan that I'm not that good, that judgemental look at me when there were days yang I tak really productive, maybe. I never judge u when u are on your unproductive mode. Laying in bed, phone 24 hrs.

Just. Whatever. I had enough. I don't know if I'm living a lie or it's just me yang tak nak percaya.

I had enough of 'owh harini letih sangat, balik kebun', 'penatnya kayuh basikal. tak larat.', .. For me, it just meant one thing, u just had enough of me. Just say it to my face. Instead of just lying everytime. To me, and to yourself.

Maybe I should recite Al-Fatihah to myself.

Sometimes I wish I would be gone but life is not as simple as that. Orang dah tak nak, buat apa nak stay. 

I did visualize myself, working somewhere in the country that is dear to me someday, leaving everything behind. Sometimes, I would visualize other things, macam one fine day bila dah tua we will spend our days with the cucus.. pegi kebun etc. But the latter seems better. 

Maybe I should just brace it and let go. Afterall, a happy marriage is a union of two good forgivers.

Maybe I should just let it slide and move on.

Just maybe.

Sunday, July 11, 2021

Hijrah Cinta

He might thought that I'm after his money. But he did forgot that I was there when he had nothing. To be honest, I don't know what I am after. The love we had already been broken. There's basically no more pure love that all these while I thought was ours. There's no more trust. There's no more us.

Cakaplah aku letakkan cinta aku pada manusia. U can say whatever u want, because u can. It's not your heart that was broken. I wonder if I just end it, would u still be fine? Kau cakap kau tak akan ok, but again, tu cuma kata-kata. U will be just fine without me. 

Kaca yang pecah pun takkan kembali ke asal.

Jadi, bila aku broken, jangan salahkan aku.

"Apa yang kau nak aku buat?" 

There's no answer to that question. It's not that I did not do any soul searching after what had happened. Mungkin ini balasan untuk aku. Atau ujian. Mungkin. Tapi aku separuh kuat je nak hadap semua ni. Baton tu dekat tangan aku, Tapi, end of it, kau yang akan buat keputusan.

Tak adil untuk aku, untuk kau, untuk anak bila semua ni jadi. Bila aku rasa nak menjeruk hati. Bila-bila aku nak. Bila-bila aku trigger. Aku takkan trigger pun kalau benda ni tak jadi. Tapi aku pun tak boleh salahkan takdir. Aku tak layak pun nak question takdir yang dah jadi.

"Semua harta aku atas nama kau. Kau nak apa lagi? Apa yang kau takut sangat?'

Honestly.. 

I'm speechless. This is hurting me even more. When we had nothing, I'm the one who bought the A4 and printer to print your resume. Even proofreading it before it got sent out. And this is all I got? When u think u are at the peak? Will it be better if I'm gone for good? I never want anything from u. All these while.. I'm doing everything out of love. Takpelah. I'm too tired to explain.

Kau mungkin rasa aku membenci. Sumpah tak akan ada benci. Cuma hati ni terlalu hancur. Aku berperang dengan perasaan sendiri almost everyday. Mungkin dengan buat kau benci kau akan lebih senang melepaskan. Jujur jela dengan perasaan kau. Kalau cuma aku, mana mungkin ada dia. Kan?

Maybe it would be better if aku just pergi. Tinggalkan semua ni. Tinggalkan segala kesakitan ni. At the same time, mana mungkin aku tinggalkan anak-anak aku. Tak adil untuk anak-anak aku nak hadap semua ni. My babies, I will pass my exam this December, and I have a plan already. For us. Insyaallah. All will be fine.

Thursday, July 1, 2021

Welcome July 2021

Bulan baru.. dekat Malaysia masih PKP to curb Covid 19. Kes sehari 5k+ to 6k+.. 

Lama sangat tak tulis dekat sini. Husband I (masih) since balik before his birthday haritu still di sini. Permit kerja still pending, hence most of them tak boleh balik Sarawak. Almost 3 months staying together, terlalu banyak ups and down. Imagine la.. I akan tulis blog when he's not around. Lama sangat I rasa I tak jengah this personal space sebab masa I memang occupied untuk family. Lagi2 dengan PKP ni dua2 work from home, anak2 PDPR.

This time MCO I rasa mentally exhausted sangat. If last time, I ada masa nak main basikal dekat Putrajaya (before incident kena tahan polis happened). Tapi kalini, nak naik basikal pun takde mood sebab tak boleh rentas daerah.. I memang takkan main dekat main road sebab I tak tahu bawak motor and tak pandai bajet. That's why before this I cuma akan main dekat taman2. But taman pun dah tak boleh sekarang. Tak boleh rentas daerah, tak boleh pergi more than 10km from your house.

December 2021 would be a hard core month for me. I ada 4 papers to finish. Memang I kena prepare from now or else I die lah kot. While I'm typing this, my cat massage me. Disturbing sungguhla. Ish.. Anak I kat luar tu.. PDPR start at 7.30am.. Dia pulak taknak pakai earphone. Hurm.. terpaksa layan ya.. 

Kelas baby kecik I start at 8.30am. If dia kelas, he wants me to teman him. Everyday ok. Sampai kelas dia habis around 11am. I pun akan duduk sebelah, doing my revision or doing my work. And kena layan dia if dia tanya soalan yang dia tak faham. 

Around 12ish, I akan start cooking for lunch. Normally simple je la. Routine PKP I terlalu sama everyday sampai somehow dah muak. Husband cakap suruh I masak sekali je sehari. If dah masak lunch, dinner order makan dekat luar. Yelah, kalau dinner hari2 nasi pataya, nasi goreng kampung... baik I masak sendiri jelah. Kena dengan tekak my family, tekak I. Bukan tak bersyukur. Tapi mak2 ni dia rasa puas kalau dia masak sendiri.

I akan buat kerja sampai around 5am macam tu. (ikut office hour), and I akan sambung la malam ke tengah malam ke if ada dateline nak meet. Kalau mood ke laut, siang layan netflix ke, astro go kt laptop. Malam I akan cover balik buat kerja. Flexible sangat cuma lebih baik kalau covid ni takde dah, and semua back to normal.

Gaduh laki bini tu biasa la. I ke yang tak bersyukur, mungkinla. Atau I terlalu demand ke? I don't think so. Kalau I demand, I minta husband I cari maid. I pun takkan buat semua kat rumah ni.. masak, cuci baju, cuci pinggan, sidai baju, lipat baju, setel anak semua, make sure dua2 orang tu ikut schedule PDPR. 

I wonder la.. ada ke husband and wife yang sentiasa 24 jam loving, sayang each other, tak pernah bergaduh.. semua indah je? For me, kitorang gaduh, kadang dua2 makan hati, sampai nangis2. I nangis, husband I nangis. Sebab benda kecik jela selalunya. Contoh : bila I beli beras, I akan beli beras wangi.. Bila husband beli, dia beli beras hancur. Benda macam ni pun boleh buat gaduh. From my point of view, gaji dia puluh2 k kot, bukan tak mampu. Benda nak bagi makan family. From his point of view, I tak bersyukur and takbur. I don't know. Bila fikir balik, mungkin dia pun main ambik je beras apa2 pun dekat mall tu. I syak kitorang ni dah stress duduk rumah.

It's okay.. by the time habis this year, I akan finish all my papers, my life will change 360 degrees. I nak manifest benda ni hari2. Insyaallah, aminn.