Sunday, January 31, 2021

Take you dancing

Ehh.. guess what? I thought now dah pukul 1pm. Then I tengok jam laptop baru pukul 11.. tengok jam dari cermin cmtulah 😝

Ok.. morningggg.. still 💓

I rasa banyak dah I buat harini.. baru pukul 11. Hmm..

I suka sangat la lagu Jason Derulo - take you dancing, hence the tajuk of my post today. Lifted my spirit pagi2. Hehe.. Satu lagi lagu I suka is from Ariana Grande - 7 rings , kinda like affirmation to me which I really like. So this morning I buat tau petua I tulis semalam tu. Feels so good.. Cuma belum hafal jela al waqiah ayat 35 smpai 38 tu. Today I will hafal. 

Since I normally write in the morning, I nak story apa I buat yesterday nite. I vacuum, mop, wipe all the dusk dekat bedroom I.. lipat kain yang I dah dobi semalam and listen to ceramah agama concurrently. 2 pendakwah yang I paling suka dengar is Ustazah Asma Harun and Ustaz Wadi Anuar. Macam ustazah Asma, more to rumah tangga, perempuan solehah etc.. benda yang motivate me to jadi perempuan yang lebih baik.

Ceramah ustaz wadi anuar more to alam akhirat, dia macam jentik hati and fikiran I untuk lebih berfikir.. Semalam I dengar ceramah ustaz wadi anuar pasal sedekah. Yang I ingat, manusia ni akan masuk syurga ikut pintu amalan yang paling banyak dia buat semasa hayatnya di dunia. 

Kalau tak silap ada 8 pintu syurga and one of it is pintu sedekah. Orang yang paling banyak bersedekah is our Prophet, Nabi Muhammad s.a.w. One of the gist is that, macam mana mulianya Nabi Muhammad, betapa Nabi Muhammad tak pandang dunia sebab, kalau ada benda dunia dalam rumah dia, dia rasa malu dengan Allah. Hatta sebiji kurma. Beliau akan sedekahkan semuanya ke jalan Allah. I malu juga bila dengar macam tu. Tahap keyakinan Nabi Muhammad kepada Allah yang sangat tinggi, I hope one day I boleh jadi macam tu.. Sedekah takkan memiskinkan kita. Setiap satu sedekah yang kita berikan, Allah akan ganti 10. Dan bergantung pada tahap keyakinan kita kepada Allah.. Mungkin Allah akan gantikan 50, 100... Satu amalan yang Allah akan gantikan di dunia, tak perlu tunggu masa akhirat is sedekah.. Banyak I belajar semalam. alhamdulillah..

This morning I woke up, as usual had my juice (celery + carrot + green apple + cucumber + tomato) sama je macam semalam sebab I akan habiskan dulu apa yang ada dalam fridge. Sejak I amalkan minum juice ni, I tak bazir celery dah. Selalunya akan busuk je dalam fridge, together with tomatoes. Hmmm.. what a waste.

Then I prepared my sauna. 20 mins heat at 7. The herbs I'm using is daun sireh and daun limau nipis. I got it for free je since dah tanam kan. Sireh actually antibacteria tau. I ingat lagi I pernah buat experiment masa dekat mrsm dulu. Tengok bawah microscope, when u letak extract sirih, bacteria tu berkurang compared to without daun sireh. 

Ok la, since now only like 11ish.... I nak continue buat plank. Then evening maybe nak kemas bilik anak I, and buang barang yang tak guna dah.

Bye..💓


No comments:

Post a Comment