Tuesday, March 16, 2021

Cry for me

Pagi ni.. bangun awal sikit.. around 4.30am sebab semalam tidur awal sangat. Ready lunch box for the kids, sempat masak laksa kurus untuk diri sendiri. Haha..

My lunchbox today...


I bukan peminat laksa actually.. tapi i commit nak follow meal plan, so there u go. Tak habis pun makan.. asalkan kenyang je.

Harini nak membebel tentang hukum ganggu rumah tangga orang. Perempuan ni ada banyak jenis.. Ada je yang sebolehnya elak keluar dengan suami orang, ada yang nampak luaran je macam baik tapi takde segan silu keluar dengan suami orang.. ada jugak yang nampak macam jenis main redah, i.e nampak luaran macam jahat, tapi takkan sampai hati ganggu rumah tangga orang.

Basically.. kita tak boleh menilai manusia dari luaran sebenarnya. Yang nampak baik tu, tak semestinya hati baik, yang nampak jahat tu, tak semestinya hati busuk. Perempuan yang ada maruah dan harga diri, mostly takkan proceed pun berkawan dengan suami orang. Tak ada istilah kawan ye antara lelaki dan perempuan yang dah berkahwin. Whatever u put into the universe, will come back to u. Ketahuilah, one day, kau buat rumahtangga orang macam ni.. Kau akan rasa jugak apa yang kau buat ni. Kalau bukan kau, anak cucu keturunan kau akan rasa semua benda yang kau buat dekat rumah tangga orang lain. Honestly, bila kau rasa ok je makan2 tengok wayang dengan suami orang lain without the wife knowing, kau memang perempuan yang tak tau batas. Murahan. Hidup ni mudah je... kalau tak mampu nak menyenangkan orang, jangan menyusahkan orang.

Ketahuilah hukum mengganggu rumah tangga orang adalah HARAM.

Kesan dia banyak ya.. bukan sekadar tu je. Yang tahu, tahulah. Hati isteri ni, kalau dah mati rasa, susah. Bila dia tahu dekat hati suami tu ada si sundal sial ni. Mostly akan undur diri. Unless suami ni cepat tersedar yang dia dah buat kesilapan bila dah tesedar dari mimpi sementara tu. Cubalah sekuat daya pun nak dapat semula hati isteri yang dah luka tu.. kesannya tetap ada. Maafkan mungkin, melupakan mungkin tak. Eventhough the husband already cut off all the ties and communication.

Trust issue tu ada. If the event happen bila pasangan suami isteri ni tak ada masalah pun, mungkin suami hanya rasa nak isi kekosongan yang ada. The aftermath tu.. bukan hanya atas isteri sahaja, tetapi kesan dekat suami pun ada. Lagi-lagi bila isteri dah diam dan tak meratap menangis, mengamuk semua, suami sikit sebanyak rasa je yang wife dia tak takde trust pun dekat dia. And dia akan question whether wife dia masih sayangkan dia seikhlas hati lagi ke tak macam dulu. Wife pulak selalunya akan rasa worthless.. question balik aku tak pandai jaga suami that's why jadi macam ni. Tapi perempuan kuat, dia selalunya akan diam je dan do things that make her happy. Invest in herself more after the event happen in their marriage.

Semua dah dewasa, dah faham. I personally, alhamdulillah tak pernah proceed nak kenal dengan suami orang lain masa belum kahwin dulu. Suami orang ni, memang tak dinafikan agak directlah in terms of approach dia tu. Tak tau lah memang ada je so called 'anak dara' yang boleh terima approach direct macam tu. Tapi ramaiiii je lagi perempuan baik kat luar sana bolayan je ajakan lelaki yang dah ada family ni ; i.e yang dah berkahwin. I syak so called anak dara tu memang sejenis desperate dats y rembat jelah apa yang ada 😏😏

Takpe, I mampu kesian je hahahha..

Wife ni sometimes bukan sengaja nak bersikap kurang ajar ke ape..tapi ketahuilah isteri yang disayangi oleh suami akan menjadi isteri yang mentaati. Perempuan ni cara dia defend diri dia macam tu lah sampai kadang kala tersalah tafsir dikatakan kurang ajar. I dah malas nak membebel pasal ni. Sebabnya.. benda ni.. semua orang tau je. Cuma dia jadi jugak kat orang lain2.. Nak cakap fitrah pun tak.. mostly sebab gagal kawal hawa nafsu. Gagal hadap ujian bila ada pihak ketiga cuba menyondol.

My day harini not bad lah.. alhamdulillah atas rezeki hari ni..

I manage to settle all outstanding task today.. CFO I on leave so cam hip hip hooray lah kat ofis dia takde haha..

Jambu air colleage I bagi.. buat snacking pagi


Bouquet duit n loket gift from my FSD




Girls out there.. value your worth. Invest in yourself.. Hidup jangan menyusahkan orang.. Cuba gembirakan orang sekeliling. Jangan ambil hak orang. Keep moving forward!! 💝 Hidup ini terlalu singkat untuk terus meratap. Doakan I shed more and more weight this week ya.. Doakan yang baik2 untuk diri sendiri.. stay positive! Yang penting... jom ber'oil'ing dulu 😉

No comments:

Post a Comment